Bab 31 - Epilog 2

3.9K 137 14
                                    

Aku hanya berani bermimpi. Sungguh tidak terhitung berapa kali aku bermimpi tentang kau.

* * *

"Sayang..." Tangan mulus Amirah diraih lembut oleh Syazwan. Spontan bibirnya menguntum senyuman.

"Abang ni dah kenapa? Tiba-tiba jer panggil ni?" kerutan di dahi Amirah jelas kelihatan. Pelik betul. Sekejap suka mengusik, sekejap pula suka merajuk. Ada-ada sahaja dia ni.

"Takde apa-apa. Abang cuma..." kata-kata Syazwan terhenti di situ. Dia menghela nafas panjang. Pandangannya melekat lama pada wajah putih bersih milik Amirah.

"Tiba-tiba abang rasa sedih pula." luah Syazwan. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia terdetik untuk berkongsi luahan yang merisaukan hatinya sejak akhir-akhir ini.

"Lah, kenapa abang sedih pula?" Amirah mengusap lembut rambut Syazwan sambil menayangkan riak risau.

"Abang takut kalau sayang lari daripada abang lagi. Abang takut sayang tinggalkan abang sekali lagi. Abang takut abang akan kehilangan kasih seorang isteri buat kali yang kedua."

Amirah tergelak, "Abang ni biar betul. Susah senang kita hadapi bersama tau? Jangan risau, sayang takkan tinggalkan abang,"

"Hahaha, janji tau? Abang ingat lagi hari Allah pertemukan kita kembali. Gelak sakan abang setiap kali teringat peristiwa tu. Ya Allah mencuit hati betul,"

Ketawa yang terbit daripada bibir Syazwan itu membuatkan hati Amirah lega. Dia juga turut ketawa. Sungguh, peristiwa itu juga kerap bermain di mindanya.

"Kan? Mirah pun rasa macam tu. Tak sangka abang macam tu. Hahaha."

Mereka sama-sama mengimbas kembali peristiwa pertemuan mereka yang berlaku 5 tahun yang lalu.

5 tahun yang lalu...

"Assalamualaikum, Jepun!" dia menjerit kecil tatkala menjejakkan kaki di negara matahari terbit itu.

Matanya tidak lepas daripada memandang suasana bandar Tokyo yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk ibu kota itu. Kelihatan ramai orang yang sedang sibuk mengerjakan urusan masing-masing manakala dia berada di tengah-tengah orang ramai, memerhatikan gerak geri mereka.

"Ah, konichiwa!" datang seorang perempuan berambut pendek paras bahu menyapanya.

Amirah tersentak. Tubuhnya dipalingkan menghadap perempuan yang memegang bendera negara Jepun itu.

"Nama saya, Dako. Awak Amirah kan?" soal wanita yang menggelarkan dirinya Dako, sedikit pelat berbahasa Melayu.

"Ya, saya. Dako? Muichi Dako? Pemandu pelancong saya?"

"Ya, Muichi Dako. Panggil sahaja saya Dako. Jom saya bawa awak melawat tempat bersejarah di bandar Tokyo," ajaknya sambil menarik tangan Amirah supaya membuntuti langkahnya.

* * *

"Jom kita pergi ke Muzium Nasional Tokyo. Muzium ini terletak di seberang Taman Ueno. Tempat ini menyimpan pelbagai sejarah berkait dengan bagaimana berdirinya kerajaan-kerajaan di zaman era pemerintahan Shogun dan juga memuatkan sejarah Jepun itu sendiri. Tambahan lagi, banyak artifak dari negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand  dan Indonesia." jelas Dako lagi sambil tangannya menunjukkan ke arah beberapa lukisan yang dipamerkan di muzium tersebut.

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now