Bab 30 - Epilog

3.4K 116 9
                                    

Percayalah, sakit hati itu sementara. Tapi pemahaman, pengajaran yang diperoleh, bisa abadi.

-Tere Liye-

* * *

7 tahun kemudian...

"Mama! Buka pintu ni! Mama!" seorang budak kecil sedang gigih mengetuk pintu sebuah bilik, memanggil ibunya. Riak resah jelas kelihatan pada wajahnya.

"Abang Aqeel kenapa ni?" seorang budak perempuan yang lebih kecil daripadanya menyoal perbuatan lelaki yang digelar Aqeel itu.

"Syafiqah, mama!"

"Mama... merajuk lagi!"

Budak perempuan itu menelengkan kepala memandang abangnya, Aqeel.

"Hari ni hari apa abang?" soal Syafiqah.

Riak wajah Aqeel terus berubah. Mata dialihkan kembali pada pintu bilik mamanya. "Hari ni, papa ada terjatuhkan pasu pagi tadi!"

"P-pasu?"

"Baby Breath. Bunga kesayangan mama!"

"Ish, papa ni!"

Mereka berdua menggelengkan kepala ke kanan dan kiri. Patutlah mama mereka merajuk sampai tak keluar bilik.

* * *

"Sayang!" laung Alif yang ketika itu sedang berdiri di hadapan cermin, menilik teliti wajah kacaknya.

"Ya, abang!" laungannya itu berbalas kembali dengan suara lunak seseorang.

Rain datang sambil bercekak pinggang. Matanya mencerlung tajam ke arah lelaki itu. Manakala lelaki itu sudah tersengih seperti kerang busuk. Bukan Rain tak tahu rutin hariannya apa. Haih, penat mahu menjawab soalan yang sama.

"Hensem tak abang hari ni?" ya. Soalan itulah yang akan Alif soal setiap hari pada waktu pagi.

"Abang! Kan sayang dah cakap jangan tanya soalan tu. Berapa kali nak jawab soalan tu ha? Ni baby dalam perut ni pun dah muak tau tak? Nanti kalau dah lahir dia asyik tanya sayang hensem ke tak wajah dia, siaplah abang! Ish, nak jer sayang piat telinga abang! Geram!" bebel Rain lalu merengus kasar.

Alif tergelak kecil. Senyuman nakal mula terbit di bibirnya. "So, kenapa tak piat telinga abang?"

Bibir Rain dicebikkan seperti muncung itik. Tangannya disilangkan ke dada. "Dah comel sangat. Tak sampai hati n-nak piat!"

"Bagus ya sayang ni. Isteri siapa ni hah?"

"Ish tak mengaku isteri betul abang ni!"

"Haha, sayang abang ni mudah merajuk sangat! Period eh?" usik Alif sambil tangannya dilingkarkan pada pinggang isterinya.

"Abang ni! Orang pregnant mana datang bulan! Teruk betul. Benci Doktor Alif!" telinga Alif dipiat kasar. Ha, biar padan dengan muka dia.

* * *

"Mama, Bell... urm, mama sihat tak?" perlahan suara itu bertanya. Rindunya tak terluah lagi pada mamanya. Sudah beberapa tahun wanita itu tidak dijenguknya.

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now