Bab 11 - Bintang

2.9K 150 15
                                    


“Like the star that we looked at together, I promised to be a star in your heart that remains for a long time and shines.”

+ + +

"Awak, bangunlah cepat. Atuk ajak pergi berkebun tu." bebel Amirah pada Syazwan yang masih lena diulit mimpi indah. Pening betul kepala Amirah melihat Syazwan yang masih tidak berganjak daripada katil.

"Awak.." rengeknya lagi sambil menggoncang kuat bahu milik lelaki itu.

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Muncul atuk Amirah yang sudah siap memakai pakaian yang selalu dia gunakan untuk berkebun.

"Bakpo nga tok laki mung ni Mirah? Tok bangun lagi rupanya," tutur Tok Zaim. "Tidak mengapo lah Mirah. Biar tok tolong kejutkan dio. Mirah pergi la tolong nenek sekejap. Tok pasti dio bangun." kata Tok Zaim sambil tersenyum sinis.

Amirah mengukirkan senyuman lalu menganggukkan kepalanya berkali-kali. Dia terus melangkah keluar daripada bilik untuk menolong opahnya membuat kerja. Tok Zaim tersenyum jahat sambil menggosok telapak tangannya. Matanya memandang tajam ke arah Syazwan yang sedang tidur itu.

"ARGHH!"

Suara jeritan yang lantang dan garau itu menggegarkan rumah mereka. Amirah yang sedang berada di dapur ketika itu berpaling ke arah opahnya dengan wajah yang cemas. "Tok guna cara lama tu ke?" soalnya. Opahnya bersuara tenang, "Mestilah. Atuk kamu tu suka mengusik orang."

Di dalam bilik, Syazwan sedang ketawa terbahak-bahak apabila tubuhnya itu digeletek oleh Tok Zaim. Serta-merta dirinya menggelepar kegelian lalu jatuh ke lantai kayu yang lama itu. Dia menjerit lagi kerana geli lalu melompat semula naik ke atas katil. Tok Zaim turut ketawa sakan sehingga terbatuk dibuatnya.

"Ha main-main lagi nga tok. Tok nok buat lagi lain kali." Tok Zaim memberikan amaran sambil tersenyum kemenangan. Syazwan memeluk tubuhnya yang dirasakan amat sejuk tika ini. Matanya memandang tingkap bilik Amirah yang terbuka membiarkan angin menerjah masuk ke bilik.

"Atuk, tolong tutup tingkap boleh?" pinta Syazwan dengan nada lembut. "Mu ingat aku ore gaji mung? Buat sendiri. Cepat mandi ikut atuk pergi kebun. Kito nok ambik buoh." balas Tok Zaim dengan loghat kelantannya. Tok Zaim tidak pandai sangat berbahasa ibunda kerana memang dirinya sudah dibesarkan di Kelantan sejak azali. Kalau pandai pun sikit sahaja berbanding isterinya yang mahir berbahasa ibunda kerana dilahirkan di kawasan bandar. Takdir yang menemukan mereka berdua walaupun kedua-keduanya berbeza darjat.

Setelah Tok Zaim berlalu keluar, Syazwan terus bergerak turun untuk mencari bilik air. Apabila bilik air sudah ditemukan olehnya, dia masuk untuk membersihkan dirinya. Usai mandi, dia bersiap-siap untuk mengikut Atuk Amirah dengan memakai seluar track jenama nike dan baju t-shirt putih jenama Gucci. "Awak dah siap?" tanya Amirah sambil melirik pada Syazwan yang sedang memakai minyak wangi Sweetheart sambil mengemaskan rambut.

"Kau buta ke?" balas Syazwan dengan sinis. Amirah mengetap bibirnya. "Jom makan. Saya dan opah dah masakkan Nasi Kerabu  kat dapur tu." ajak Amirah. Namu ajakannya itu sia-sia apabila Syazwan menggelengkan kepalanya.

"Aku tak suka makan makanan kampung. Kat sini ada KFC tak?"

"Awak, ini Kampung Tasek Berangan. Dah nama pun 'kampung', mana ada kemudahan macam tu. Kalau awak nak pergi sangat, nanti kita keluar esok ke bandar."

Syazwan tidak membalas. Dia mengorak langkah keluar dari bilik meninggalkan Amirah yang terkulat-kulat dalam bilik. Setelah sedar, Amirah turut turun ke bawah bagi menikmati masakan kampung bersama atuk dan neneknya.

+ + +

Usai makan, mereka terus pergi ke kebun untuk mengutip buah yang sudah masak mengikut musim tertentu. Sampai sahaja di kebun, Tok Zaim mengeluarkan galah dari belakang bangsal yang dibinanya. Syazwan diarahkan untuk mengait buah rambutan yang sudah masak ranum manakala Amirah pula mengutip buah yang gugur ke dalam bakul rotan.

Syazwan mengerah kudratnya untuk mengait buah rambutan yang berwarna merah terang itu. Entah bagaimana timbul pula rasa seronok melakukan pekerjaan itu. Amirah mengetap bibir menyembunyikan senyuman saat melihat wajah Syazwan yang seakan sedang menikmati pekerjaannya. Syazwan mencuri pandang Amirah yang sedang tersenyum itu.

Galah panjang yang dipegangnya itu diserahkan kepada Amirah. Amirah menggelengkan kepalanya sambil berkata, "Saya tak biasa guna galah. Selalunya saya panjat pokok."

Syazwan melopongkan mulut saat melihat Amirah yang begitu lincah memanjat pokok. Terbit rasa kagum dalam dirinya buat gadis itu. Amirah melambaikan tangannya untuk mengisyaratkan Syazwan mengambil bakul rotan. Banyak juga buah yang dikutip oleh Amirah.

Amirah melangkah ke arah gugusan buah rambutan pada satu dahan. Tanpa sedar, kakinya terpijak ranting yang kecil menyebabkan ranting itu patah sekali gus dirinya turut jatuh. Amirah menutup matanya menunggu kesan hentakan tubuhnya dengan tanah namun tiada langsung kesan yang dirasai olehnya.

"Sampai bila kau nak syok duduk atas aku ni?" sergah Syazwan kuat. Amirah terus mencelikkan matanya lalu memandang dirinya yang terbaring di atas badan Syazwan. Cepat-cepat gadis itu bangun lalu meminta maaf berulang kali. Syazwan menyapu bajunya yang sudah kotor akibat terkena tanah. Dia memberikan pandangan tajam buat Amirah. Baru dia sedar bahawa wajah gadis itu sudah berona merah bak tomato. 'Comel.' desis Syazwan.

+ + +

Warna senja mulai memamah suasana. Azan merdu berkumandang mengajak umat islam menunaikan solat menghadap tuhan yang Maha Esa. Syazwan sedang bersiap-siap memakai kain pelikat dan kopiah milik Tok Zaim yang dipinjam olehnya. Selesai bersiap, dia dan Amirah menunggang motosikal menuju ke surau Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas.

Setelah menunaikan solat isyak, Syazwan bersalam-salaman dengan orang tua yang turut sama hadir di surau kampung itu. Selesai bersalaman, Tok Zaim mengajaknya untuk bercakap sebentar.

"Syazwan, tok mahu kamu uboh diri kamu. Jadi imam yang baik buat Amirah. Tok tidak mahu dio sedih tengok kamu laguni. Jadi suami yang baik yang boleh pimpin dia hingga ke syurga." Tok Zaim bersuara memecahkan keheningan suasana. Syazwan mengangguk.

"In Sha Allah saya akan cuba tok untuk jadi lelaki yang baik."

"Ingat tujuan kito beruboh demi Allah bukan demi manusio mahupun dunio. Kito hidup ni semata-mata untuk beribadat kepado Allah dan mencari reda-Nya."

Syazwan mengangguk faham. Tiba-tiba Amirah menghampiri mereka berdua mengajak untuk pulang ke rumah.

Syazwan menghidupkan enjin motosikal lambretta berwarna kuning milik Tok Zaim. Amirah duduk di belakang Syazwan.

"Kalau rasa nak jatuh ke, peluk jelah pinggang aku. Bukan berdosa pun." Syazwan bersuara sambil mula menunggang motosikal pulang ke rumah. Amirah tersenyum lalu memeluk erat pinggang lelaki itu. Kepalanya turut disandarkan pada tubuh Syazwan. Amirah memerhatikan butir-butir bintang yang menghiasi dada malam yang mengerdip cantik dengan gembira.

TBC

1020 word 💕

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now