Bab 15 - Ke mana?

2.5K 128 2
                                    

"Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata, tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa, namun kupasti ia kan kekal ke penghujung nyawa."

***

5 Bulan kemudian

Amirah melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu bersebelahan Rain dan Ain. Rakannya itu masing-masing tersedak sewaktu sedang minum jus oren di sebuah kafe.

"Kau, Mirah baru sampai? Pergi mana tadi?" soal Rain hairan sambil mengelap sedikit air jus yang melekat di tepi bibirnya.

"Maafkan aku korang. Perut aku buat onar tadi dalam tandas. Sejam juga aku berteleku dalam tandas tadi. Aku agak ni mesti sebab aku makan gulai ikan patin yang kau masak ni Ain."

"Eh apa pula salah aku? Salah kau lah. Yang kau pergi berselera makan masakan aku buat apa? Kan aku dah bagi amaran mesti sakit perut punya." Ain membela dirinya siap dengan tangannya yang menunjukkan gaya.

Amirah mencebikkan bibirnya lantas mengeluarkan dua buah buku tebal dari beg berwarna merah jenama tempatan itu. Rain memerhatikan gelagat Amirah begitu juga dengan Ain. Tak mungkin Amirah lupa janji mereka semalam?

"Weh Mirah, kau lupa lagi ke?"

Perbuatan Amirah terhenti. Dia mengalihkan pandangan ke arah dua sahabatnya itu dengan alis yang bercantum. Rain memandang Ain dengan isyarat, kau-lah-bagitahu-dia. Ain mengangguk faham lalu matanya fokus menikam tepat anak mata hazel Amirah itu.

"Kau janji semalam kau nak pergi jalan-jalan kan dengan kami berdua?"

Amirah menepuk dahinya perlahan apabila mula teringat akan janji yang perlu dia tunaikan. Dia mengangguk dengan muka yang bersalah.

"Maaf lah sebab aku tak ingat langsung pasal janji korang semalam. Aku tengah fikir pasal suami-"

"-Suami?" Belum sempat Amirah menghabiskan ayat, mereka berdua sudah memotong. Terkejut katakan. Tiba-tiba Si Amirah sebut pasal suami. Belum pernah mereka dengar.

"Eh silap pula. Maaf lah aku ni selalu berangan sikit. Aku maksudkan suamino. Kucing jiran aku. "

"Oh, Suamino. Pelik sangat nama kucing tu ya." Gumam mereka berdua dengan anggukan kecil.

Amirah menghembus nafas lega. Nasib sempat cover kalau tak, rahsia dia akan terbongkar. Bukan kehendak dia untuk merahsiakan semua itu tapi disebabkan permintaan Syazwan yang menginginkan perkahwinan mereka menjadi rahsia membuatkan Amirah terpaksa akur akan perintah suaminya. Ya, mungkin Syazwan malu hendak mengaku dialah isteri milik lelaki itu.

***

Rain memandang Ain dengan senyuman terselit makna. Ain turut memandangnya lalu mengangguk memberi isyarat rahsia. Dengan pantas, Rain memakai tali pinggang keselamatan dan enjin kereta mula dihidupkan.

"Korang nak bawa aku pergi mana? Kafe? Perpustakaan? Masjid?" tebak Amirah bertubi-tubi melihat Rain yang memandu laju kereta Swift kecil berwarna biru itu dengan tenang.

"Tak, Mirah. Kami nak bawa kau ke satu tempat yang cantik sangat."

"Ya aku tahu tapi kat mana?" soal Amirah lagi sambil bibirnya dicebikkan tanda tidak puas hati.

"Nanti kau tengok lah ya Mirah?" jawab Ain yang cuba menghilangkan resah yang menjamah hati Amirah. Mana boleh bagitahu nanti spoil pula mood mereka bertiga.

Hanya Amirah sahaja yang tidak tahu ke manakah destinasi Rebecca a.k.a. kereta Swift biru milik Rain.

Rebecca akhirnya berhenti di sebuah restoran mewah yang tersergam indah di tengah ibu kota. Restoran yang memiliki 3 tingkat itu menarik perhatian ramai pelancong dan penduduk setempat. Tempat ini turut terkenal di kalangan anak orang kaya yang mementingkan hipster dan kualiti makanan yang terbaik.

Amirah melangkah keluar daripada perut kereta. Matanya membulat dengan hati yang sedikit segan. Dia memandang Rain dan Ain dengan wajah seakan tidak percaya. Amirah menggosok matanya untuk memastikan yang dia tidak bermimpi.

"Korang ni serius lah nak bawa aku makan kat sini?" tutur Amirah laju.

Pasangan kembar perempuan itu mengangguk. Apa lagi kerja mereka berdua ni? Tentu ada udang di sebalik batu.

"Jangan cakap korang nak bawa aku ...?"

"Ya, kami nak kau jumpa seseorang. Dia tengah tunggu di tingkat tiga sekarang. Jom." laju sahaja Ain memotong bersama sengihan yang melebar.

Amirah mengeluh perlahan. Pening betul kepalanya dibuat oleh mereka berdua. Kenapa dia perlu terlibat dalam blind date pula?

TBC ❤

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now