Bab 24 - Hilang

2.6K 115 0
                                    

"Syazwan?"

"T-tak, kau salah faham ni! Tolong percayakan aku!"

"Penipu, kau penipu!"

"Amirah, tolonglah aku merayu. Dengar cakap aku..."

"Tak nak! Kau tipu aku! Kau penipu! Sanggup kau buat macam ni pada aku? Kau jahat! Aku benci kau! Benci!"

Amirah menekup wajahnya yang kemerahan itu. Peluh menitik di dahinya. Dia cuba mengawal pernafasannya yang tidak teratur itu. Nafasnya ditarik panjang lalu dia mengurut dadanya yang terasa sakit itu.

"M-mimpi apa tu?" bisiknya perlahan.

Dia mengangkat punggungnya untuk mengambil ubat di atas meja solek. Rambutnya dikuak sedikit. Dia menelan beberapa biji pil tidur lalu dia melangkah kembali ke arah katil. Selimut ditarik menyelubungi seluruh badannya. Dan entah bila, dia terlelap di situ.

* * *

"Syazwan?"

"Ya, mama?"

"Kamu nampak Amirah tak? Sejak kebelakangan ni dia jarang melawat mama. Bila mama cuba call dia, asyik voicemail jer. Mama risaulah kat Mirah."

Puan Sri Zahra menggeleng kepala dengan tidak bermaya. Naluri hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku pada Amirah. Risau sungguh dia akan menantunya.

"Biasalah, mama. Syaz rasa mungkin dia tak nak diganggu kot. Yelah, Syaz pun dah nak kahwin. Takde masa nak risaukan dia."

Puan Sri Zahra merenungnya tajam lalu membalas, "Nampak gembira benar nak kahwin kamu ni ya? Mentang-mentang ada 4 hari lagi. Sabarlah. Mama tak kira. Mama nak kamu cari jugak kat mana Amirah sekarang ni."

"Mama dah cari dia kat rumah baru dia?" soal Syazwan pula. Tiada langsung riak bimbang atau resah pada wajahnya.

"Dah cari semalam tapi tak jumpa. Pagi tadi pun mama dah cari."

"Mungkin dia ada kat rumah kawan dia kot." teka Syazwan seraya memandang wajah suram mamanya.

"Syaz kenal ke kawan Amirah?"

Syazwan menggelengkan kepala, "Tak kenal langsung, mama. Syaz kenal sorang jer kawan lama dia."

"Siapa?"

"Raudhah."

* * *

"Assalamualaikum, Raudhah."

"Waalaikumussalam, ya? Siapa ni?"

"Ini Syazwan, kenal kan? Ketua pengawas sekolah kita dulu."

"Ya Allah, Syazwan rupanya! Suami Amirah kan?" ceria sahaja suara Raudhah kedengaran.

"Err... ya."

"Kenapa call ya? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

"Raudhah, awak masih berhubung dengan Amirah tak?"

"Err... maaf ya, Syazwan. Saya dah lama lost contact dengan dia."

"Oh, erm... kalau macam tu, takpelah. Kalau awak ada apa-apa berita pasal dia, tolong call saya balik tau?"

"Baiklah. Eh, ada apa-apa yang berlaku kat Amirah ke?"

"Erm... nanti saya cerita. Saya nak minta tolong sesuatu. Boleh kita jumpa?"

"Oh, boleh."

Syazwan terus memutuskan talian lalu mengambil kunci kereta yang berada di atas meja. Dia menghayunkan langkahnya dengan laju keluar dari rumah agam tersebut.

Belum sempat dia memboloskan diri ke dalam kereta, Athena sudah merangkul lembut lengannya.

"Where are you going, babe?"

"Athena, lepaskan I. I ada kerja sekarang. Please, lain kali ya?"

Athena memuncungkan mulutnya. Tangannya disilangkan ke dada.

"Syazwan, not this time! We are going somewhere else!" Athena melirih dengan nada yang berbaur rajuk.

Syazwan melepaskan keluhan. Dia menepis lembut tangan Athena sambil mengulum senyuman tipis.

"She's waiting for me, Athena."

"Macam mana dengan saya? Dalam beberapa hari lagi saya akan jadi isteri awak yang sah!" bentak Athena.

Syazwan melepaskan keluhan yang berat. Dia cuba sebaik yang mungkin untuk berlembut dengan Athena.

"Athena, I nak cari isteri I yang sah. Walaupun you dan I akan kahwin tak lama lagi, Amirah tetap isteri I lagi. I risau kalau apa-apa jadi kat dia. Siapa yang nak tanggung?"

"Awak..."

Syazwan tersentak apabila Athena mula mengalirkan air mata di hadapannya. Rasa bersalah menyelubungi hatinya.

"Awak akan kahwin dengan Athena kan? Janji, jangan tinggalkan saya." Athena berkata dengan nada sayu.

"In sha allah." ujar Syazwan bersama senyuman yang tipis.

Athena mengangguk lalu membiarkan sahaja Syazwan memboloskan diri dalam kereta Porsche berwarna merah itu.

* * *

Syazwan melangkah hampa masuk ke dalam surau. Entah kenapa hatinya terdetik untuk melangkah masuk ke dalam walaupun ada satu suara yang menghalangnya.

Tatkala melihat seorang lelaki sedang sujud kepada-Nya, Syazwan tersentuh. Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepadanya namun dia tidak bersyukur langsung.

Dia melabuhkan punggung di atas karpet usang itu. Diperhatikan orang tua yang sedang membaca Al-Quran itu.

"Ya Allah, aku yang muda ni pun tak sekuat orang tua ni dalam beribadat. Betapa hinanya aku rasa. Aku tak sekuat hambamu yang taat melaksanakan perintah engkau, wahai Allah." hati kecilnya berbisik.

"Nak?" tiba-tiba ada satu suara yang menyapanya dari belakang.

Syazwan menoleh ke arah suara iti yang sedang tersenyum penuh kelembutan. Syazwan membalas kembali senyuman itu.

"Anak nama apa?"

"Nama saya Syazwan, pak cik."

Lelaki itu tersenyum lagi kemudian berkata, "Kenapa murung ni? Ada masalah ke?"

Syazwan menganggukkan kepalanya, "Ya."

Pak cik tua itu dengan tenang berkata, "Seandainya kesabaran membuat anda belajar, jadi belajarlah bersabar. Seandainya kesusahan membuat anda tabah,tabahlah dalam susah. Seandainya kesakitan buat anda kuat, berdayalah dalam sakit. Sesungguhnya tiap ujian dan cabaran itu terselit hikmah yang telah tersusun atur perancanganNya. Untuk mencari hikmah, belajarlah mendekati tuhanmu.”

Saat itu jugalah dia menitiskan air mata. Air mata seorang pendosa. Perasaan berdosa itu menyelubungi seluruh hatinya. Memecahkan benteng ego yang dulu menguasainya. Namun kini, tidak lagi.

TBC

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now