bab 1

272 20 2
                                    

"Bunuh? Jangan buat lawaklah!"

"Kau?!" semua yang berada disitu terkejut dengan kehadirannya.

"Hehh.." katanya lalu tersenyum sinis.

"Bersedia untuk dikalahkan oleh aku. Korang pun tahu corak perlawanan aku macam mana. Dah heboh di antara kaum keji seperti kamu, bukan?" katanya lagi lalu tersenyum.

15 minit yg lalu.. Sebelum kedatangan dia...

Qairana pov...

Sedang aku mengayuh basikal di lorong sunyi tu, aku terdengar bunyi. Sekaligus terpamer senyuman pada wajahku, senyuman sinis. Korang dah buat kerja korang balik. Bukankah aku dah beri peluang sebelum ini untuk korang berubah? Mungkin mereka nak masuk penjara, masih lagi tak rasa serik.

"Masa untuk jalankan tugas aku."

Sedang aku mencari kumpulan gangster itu, aku terdengar sesuatu. Suara itu seperti pernah aku dengar! Aku seolah-olah kenal pemilik suara itu! Aku seperti nampak bayangan silam, namun ianya terlalu kabur.

"Maaflahh, aku rasa hilang sabar kerana diorang ganggu tugasan kita. Aku.. Aku.. Aku takut benda tu keluar. Aku takut aku langgar peraturan kita. Aku tengah cuba tahan benda ni.. Tolong, sesiapa. Selamatkan kami."

Baiklah, aku akan selamatkan kamu.

"Selamat? Jangan buat lawak lah. Bawa mereka ke tempat kita. Biar aku bunuh-"

"Bunuh? Jangan buat lawaklah!" sebaik sahaja aku berkata sedemikian, aku memunculkan diri di hadapan mereka.

"Kau?!"

Aku melihat reaksi mereka semua yang terkejut dengan kemunculan aku.

"Hehh.." melihat mereka sahaja mampu membuatkan aku tersenyum sinis. Ouh lupa, aku memakai topeng mulut. Mana mungkin mereka tahu reaksi muka aku sekarang.

"Bersedialah untuk dikalahkan oleh aku. Korang pun tahu corak perlawanan aku macam mana. Dah heboh di antara kaum keji seperti kamu, bukan?" Aku mempamerkan senyuman yang mereka langsung tidak tahu. Aku membuka hood dikepala ku. Maka terserlah lah rambut panjang ku yang berwarna hitam keperangan yang telah aku ikat sanggul, memudahkan aku untuk berlawan.

"Sedarlah, aku seorang perempuan, yang akan mengalahkan kamu semua!"

End pov..

Gangster itu masing-masing memegang senjata. Dua orang mangsa, semestinya remaja lelaki itu dilepaskan kerana semuanya tertumpu pada Qairana.

"Mara dan hadapi aku!" kata Qairana. Tanpa membuang masa, gangster itu mara ke arahnya dengan pantas.

Qairana melihat mereka dengan tenang. Walaupun mereka ramai, namun itu tidak membuatkan dia goyah. Terdapat lima orang gangster yang mara ke arahnya secara serentak. Qairana menarik sesuatu di belakangnya. Ianya sebuah pedang!

"Hiyarghhh!!"

Shraakkk..

Lima orang gangster itu terkaku. Kepala mereka dipenggal oleh Qairana lalu mereka lesap menjadi debu.

"Maafkan aku. Aku tidak sengaja membunuh mereka." kata Qairana dengan nada kesal. Namun riak wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia menyesal.

Ahli gangster yang masih berbaki 6 orang itu tergamam melihat kejadian tersebut. Dua orang remaja lelaki yang merupakan mangsa juga terkedu. Mereka melihat kejadian yang ngeri dan aneh.

HIGH SCHOOL OF WIZARD (Rewrite)Where stories live. Discover now