one ; convert

35.9K 2.1K 718
                                    


"I don't care kalau mummy nak kahwin dengan lelaki ni atau apa ke, janji dia tak ubah mentality mummy dan jangan paksa Jungkook untuk convert." Jungkook memberi amaran awal-awal sebelum daging steak yang telah dipotong disuakan ke mulutnya.

Park Jaehee atau nama sebenar yang diberi ibubapanya, Aisyah Milannie memandang Adam di sisinya. Meminta supaya dia bersuara. Adam berdehem beberapa kali lalu mulutnya dilapkan pada tisu.

"Jungkook, mulai dari sekarang nama Jungkook tukar jadi Taufiq Danial." Tutur Adam sopan dan berhati-hati. Dia menghadiahkan senyuman paling manis buat Jungkook.

"What the hell? Who are you to change my name anyway?" Jungkook memandang tajam ke arah Adam. Lalu wajah Aisyah yang sudah serba salah dipandangnya.

"Jangan cakap lelaki ni nak paksa Jungkook untuk convert. Mummy, explain please."

"Jeon Jungkook... nama mummy apa?" Tanya Aisyah perlahan namun tetap dapat didengari Jungkook dan Adam. Jungkook mengerutkan dahinya pelik dengan soalan itu.

"Park Jaehee ofcourse. Soalan apa ni? Kook suruh mummy—"

"No. My name is... Aisyah. Aisyah Milannie."

"You must be kidding me. Nak convert pun tak perlu kot nak tukar nama. Buruk nama tu, Park Jaehee is better, mum." Jungkook tertawa besar

Mendengarkan saja pernyataan baru ibunya itu, bagi Jungkook itu adalah satu lawak terbesar pernah dia dengar dari orang tua itu.

"Jungkook, dengar sini. Mummy nak cerita satu kisah. Tentang seorang perempuan melayu yang berjaya masuk ke Universiti seawal 21 tahun. Dia kenal dengan dua orang lelaki, satu lelaki melayu yang boleh dikatakan kuat agama, boleh menjadi suami yang baik. Dan satu lagi lelaki kristian, dari korea."

"Wow wow, wait. Is it your story mum? Tak lawak tau kalau mummy nak berlawak sekarang." Sekali lagi Jungkook tertawa, dalam hati sudah mengutuk apalah yang dikarutkan Si Aisyah ni.

Aisyah menarik nafasnya sedalam mungkin namun dia tekad untuk beritahu segalanya sekarang pada anak terunanya yang seorang ini. By hook or by crook, kesalahan dan dosanya akan dia tanggung apa jua sekali pun. Dia tekad! Benar-benar tekad untuk membetulkan semula keadaan.

"Lelaki melayu tu cintakan perempuan melayu tu tapi sayang, perempuan tu hidup liar dan langsung tak sesuai jadi isteri."

"Tapi lelaki tu percaya yang dia boleh ubah perempuan tu. Dia sanggup tunggu perempuan tu sehingga ke akhirnya." Adam mencelah sebelum dia menyedut air teh aisnya.

Aisyah melirik ke arah Adam sekilas lalu tersenyum nipis sebelum menyambung ceritanya tadi.

"Sebaliknya, perempuan melayu tu sukakan lelaki kristian tadi. Pada akhir tahun semester sebelum diorang graduated, perempuan tu dah terlanjur dengan lelaki kristian tadi dan dah disahkan doktor yang dia mengandung. Pada masa yang sama, lelaki melayu tadi hantar rombongan meminang dekat perempuan tu. Ibubapa perempuan tu setuju tanpa tanya pendapat dia dan rancang nak kahwinkan diorang lepas graduated.

Perempuan tu taknak sebab dia sayangkan lelaki kristian tadi. Lepas habis je diorang graduation, perempuan tu larikan diri dengan lelaki kristian tadi ke korea dan berkahwin. Hanya sekeping nota yang ditinggalkan di rumah untuk ibubapa tersayang. Perempuan tu convert kristian dan terus tukar identiti jadi Park Jaehee."

[√] Suami dari Neraka ° jjk Where stories live. Discover now