three ; reject

14.7K 1.5K 158
                                    


Wafa memberi salam ke kanan dan kemudian ke kiri sebelum menyapukan tangan ke seluruh muka. Setelah itu dia menadahkan tangan untuk berdoa kepada maha yang berkuasa, mengadu segala keresahan di hatinya kini.

Hajar setia menunggu di muka pintu melihat anaknya menunaikan solat isya' dari rakaat kedua lagi sehinggalah habis. Setelah mengaminkan doa, Wafa membuka telekungnya untuk disidaikan. Rambutnya yang mengurai hingga ke pinggang disisirkan ke tepi bahu.

Tok! Tok!

"Wafa, umi nak masuk boleh?" Wafa mengerling ke arah pintu yang sedikit terbuka. Dia tersenyum nipis sebelum mengangguk membenarkan ibunya masuk ke dalam.

"Pak Long dah balik?" Tanya Wafa sambil tangan sibuk menyidai telekung dan sejadah di tempat yang disediakan.

"Sudah." Ringkas saja balasan Hajar pada anaknya sebelum melabuhkan punggung ke atas katil Wafa.

Wafa menoleh ke arah Hajar, dari riiak wajah ibunya, Wafa tahu orang tua itu sedang risaukan akan sesuatu. Pantas dia duduk bersimpuh dilantai sebelum melentokkan kepalanya pada lutut Hajar. Hajar mengusap rambut Wafa lembut.

"Wafa tau kan... Pak Long takkan balik KL kalau belum dengar kata putus Wafa?" Wafa menghmkan saja pertanyaan itu. Dia mendongak memandang Hajar sebelum tangan ibunya itu dicapai untuk dikucup.

"Umi tak kisah ke kalau Wafa pergi? Umi tak takut sorang-sorang?"

"Umi lagi takut bila mengenangkan masa depan anak umi." Jawab Hajar lalu Wafa menunduk.

"Pak Long dah banyak tolong kita. Dia tolong bayar semua bayaran persekolahan Wafa sampai Wafa berjaya ke Universiti. Umi setuju kalau Wafa nak ikut Pak Long ke KL sebab nak kerja. Tapi kalau soal kahwin, itu terserah di tangan Wafa."

"Banyak dugaan kalau Wafa kahwin sekarang umi."

"Hidup memang banyak dugaan, sayang." Pipi Wafa diusap lembut oleh Hajar. Wafa pasti akan merindui detik-detik bersama ibunya ini nnnti.

"Nak nak lagi, bakal suami Wafa tu mualaf. Tapi umi percaya, Wafa mampu jadi isteri yang baik. Kita berkahwin, kena lah betulkan antara satu sama lain. Ke Wafa takut nak tinggalkan semua kenangan dekat sini? Takut nak tinggalkan Amir?"

"Umi...." Hajar tertawa kecil mendengar rengekkan Wafa. Kepala Wafa ditariknya dan satu ciuman terus melekat di dahi Wafa.

"Masa depan ditangan Wafa tetapi Allah yang menentukan. Ingat pesan umi." Wafa menganggukkan saja.

Terus Hajar bangun dari duduknya bersedia untuk keluar. Sempat matanya melihat ke arah anak kesayangannya buat kali yang terakhir sebelum masuk ke bilik untuk tidur.

•••

Ombak pantai memukul pasir pantai yang kekuningan. Burung-burung terbang berkicauan di atas langit (ya allah bahasa novel 😂) Wafa sibuk memerhatikan pantai yang begitu luas tanpa sedikit pun berganjak dari pondok di tepi pantai itu. Adam dan Alya yang sedang bermain layang-layang pun tidak diendahkannya.

Dari jauh, Amir sudah berlari-lari anak ke arahnya sambil memanggil-manggil nama Wafa tetapi Wafa asyik dengan termenung. Sesampai sahaja Amir di hadapan Wafa, barulah Wafa tersedar dari lamunan. Dari balik kain niqab, Wafa tersenyum.

"Assalamualaikum Wafa, maaf Amir lambat. Tolong mak belikan gula, dia nak masak gula habis." Terang Amir sambil-sambil cuba mencari nafas yang kian hilang. Wafa tertawa kecil.

"Takpe lah. Wafa faham. Amir ada apa nak jumpa Wafa ni? Sampai tak boleh nak cakap dalam telefon semalam." Amir memandang ke arah Wafa. Belakang tengkuknya digosok-gosok

Perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah Wafa namun jauhnya sedepa. Matanya menangkap ke arah Adam yang yang seronok bermain layang-layang bersama Alya. Sempat mata Adam mengerling ke arah Amir untuk beberapa saat.

"Amir nak tanya, betul ke Wafa nak ikut Pak Long pergi KL?" Mata Wafa dibulatkan mendengar pertanyaan Amir. Lalu wajah Amir yang kelat dipandang.

"Mana Amir tau?"

"Semalam masa Amir nak hantar karipap dekat Mak Jah, Amir dengar Mak Jah berbual dengan isteri baru Pak Long pasal Pak Long nak bawa Wafa ke KL. Lepas tu, Amir tanyalah dekat Mak Jah pasal Wafa."

"Lepas tu? Umi cakap apa?" Amir mencebikkan bibirnya, pandangannya dialihkan pada tempat lain.

"Mak Jah diam." Jawab Amir lambat-lambat. Wafa terus menunduk. Amir pula kembali memandang ke arah Wafa dengan penuh harapan.

"Buat apa Wafa nak pergi KL? Duduk sini kan bagus. Nanti Amir rindu." Usik Amir lalu tertawa sendiri.

Melihatkan Wafa diam tidak tertawa dengan usikannya seperti selalu, maka Amir juga turut diam. Suasana menjadi lebih janggal. Wafa menunduk saja tidak memandang Amir. Lama Amir berdiam diri sambil menatap Wafa.

"Wafa jangan pergi, Amir merayu." Wafa mengangkat wajahnya memandang Amir. Air bertakung ditubir mata Amir.

"Amir sayang dekat Wafa. Wafa tak sayang dekat Amir ke?"

"Amir..."

"Ya, Amir tau kalau Wafa pergi KL ada kerja bagus semua, mampu nak sara hidup. Tapi Wafa tau tak, Amir duduk sini, masih tak pergi ke mana-mana, sebab Wafa." Wafa terkedu seketika mendengar setiap ayat yang dilontarkan Amir.

"Amir cintakan Wafa. Amir takut kalau Amir merantau cari kerja dekat luar sana, Wafa ada pengganti lain. Amir nak Wafa dalam hidup Amir. Wafa tolonglah faham perasaan Amir, kenapa susah sangat Wafa nak pandang apa yang Amir dah buat dari dulu?"

Amir cuba mendekati Wafa lalu tangan Wafa ingin ditariknya. Namun Wafa terlebih dahulu bangun dan menjauhikan diri dari Amir. Pandangan Wafa dialihkan ke arah lain tidak mahu memandang Amir.

"Maafkan Wafa sebab menyusahkan Amir selama ni." Ucap Wafa setelah lama berdiam. Amir sekadar tergamam.

"Tapi mulai dari hari ni, jangan fikirkan pasal Wafa lagi. Pergi kejar cita-cita Amir kalau betul Amir sayangkan Wafa. Wafa sayangkan Amir juga, jadi Wafa nak tengok Amir berjaya."

"Tapi Wafa..."

"Assalamualaikum."

"Wafa! Tunggu! Wafa Nur Zara Binti Abdul Malik! Wafa!" Panggilan Amir tidak diendahkan sedikit pun oleh Wafa malah kakinya juga tidak berhenti untuk menoleh sedikit pun pada Amir.

"Hey perempuan! Aku cintakan kau tau tak!" Wafa tersentak. Barulah kakinya berhenti dari terus melangkah. Air matanya bertakung tunggu masa untuk jatuh.

"Aku cintakan Wafa Nur Zara!" Jerit Amir dengan esakannya yang menjadi-jadi. Hatinya hancur, betul-betul hancur.

Air mata yang mengalir di pipi terus Wafa seka. Langkahnya terus diaturkan semula meninggalkan lelaki yang telah dia hancuri hatinya.

•••







[√] Suami dari Neraka ° jjk Where stories live. Discover now