ten ; reason

12.7K 1.5K 204
                                    


Wafa menoleh ke arah Jungkook yang tekun memandu. Mata Jungkook masih sembab kerana menangis tadi, perlahan Wafa tertawa apabila mengingatinya semula.

"Kenapa kau gelak?" Tanya Jungkook sedikit keras dengan nada annoying. Wafa menggeleng.

"Awak risaukan saya kan tadi?" Tanya Wafa dengan sisa tawanya yang belum hilang. Jungkook berdecit. Wajahnya memerah sedikit kerana malu menangis di hadapan Wafa tadi.

"Aku cuma takut Adam marah aku je. Kau jangan nak perasan eh."

"Oh, macam tu." Jawab Wafa lalu tertawa lagi. Jungkook mengetapkan bibirnya menahan geram.

"Boleh saya tanya awak soalan tak? Dua soalan." Kata Wafa sambil mengeluarkan dua jarinya.

"Tak boleh. Duduk diam-diam dekat situ, menyampah aku dengar suara kau." Jawapan Jungkook membuatkan Wafa tersentap lalu mencebikkan bibirnya di balik kain niqab.

Perlahan Wafa memandang ke luar tingkap. Jungkook memandang sekilas ke arah Wafa yang seakan merajuk, wajahnya diraup kasar.

"Mengada juga kau ni kan? Nak tanya apa?" Soal Jungkook kembali dengan nada menyampah. Matanya masih fokus terhadap pemanduannya.

Wafa tersenyum nipis di balik kain niqab sebelum memandang semula ke arah Jungkook. Jungkook sekadar menggulingkan biji matanya, menyampah.

"Awak tak kerja ke?" Jungkook mengerutkan dahi. Soalan apa ni? Ke dah bosan sangat sampai takde soalan lain? Jungkook mengeluh seketika.

"Aritu masa kau berfalsafah dengan aku, kau tau pula yang mummy aku bagi kerja dekat syarikat dia. Ni taktau pula?"

"Eh, saya tau. Tapi awak tak pergi kerja pun sebab tu saya tanya." Jungkook mengguling biji matanya sekali lagi mendengar jawapan Wafa.

"Aku amik cuti sebab nak bercuti dengan member aku, tapi disebabkan Adam dengan kau muncul dalam hidup aku, terus jahanam percutian aku tu. Ada baki lagi seminggu, baru aku sambung kerja balik."

Wafa membuat mulut 'O' saja. Lama dia berdiam sebelum memandang semula ke luar tingkap. Jungkook melirik ke arah Wafa sekilas.

"Soalan kedua... apa dia?" Tanya Jungkook sedikit lembut dan dingin. Hatinya nak tahu juga apa yang ingin ditanyakan Wafa sampai minta izin tanya dua soalan tadi.

Perlahan Wafa memandang semula ke arah Jungkook yang masih fokus memandu. Wafa menarik nafasnya dalam, serba salah pula nak tanya soalan yang kedua ni.

"Eva tu... siapa?" Dengan berhati-hati Wafa bertanya. Jungkook mengangkat sebelah keningnya mendengar soalan itu.

"Kenapa? Kau jeles?"

"Eh, takde masa saya nak jeles. Awak tu bukan siapa-siapa bagi saya." Jungkook berdecit lalu segaris senyuman sinis menghiasi bibirnya.

"Banyak cakap juga kau ni eh? Urm, Eva tu girlfriend aku. Cantikkan dia? Lagi cantik dari kau."

"Yelah, saya tahu saya tak cantik. Sebab tu awak sampai ternganga tengok muka saya aritu kan? Buruk sangat eh?" Jungkook terus memandang wajah Wafa yang sudah selamba memandang ke luar tingkap.

Wajahnya merona merah apabila mengingati semula wajah Wafa. Dia fokus terhadap pemanduannya semula. Sebelah tangan lagi menekup mulut cuba mengurangkan rasa gementarnya.

"Taufiq... saya masih marah dengan awak sebab peluk saya dan cuba buka kain niqab saya tanpa persetujuan saya. Kalau awak nak tengok, awak cakap je lah, tak perlu buat macam tu. Saya ni bakal isteri awak juga nanti, jadi bagi saya, awak ada hak nak tengok wajah saya sebelum kita kahwin. Jangan ulangi lagi, jangan peluk saya, pegang saya sesuka hati, kita belum halal."

Jungkook diam saja mendengar bebelan Wafa, bebelan yang bernada dingin. Sedikit pun Wafa tidak memandang Jungkook. Perlahan Jungkook memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah.

"Jadi aku nak tengok."

"Oh?" Wafa memandang ke arah Jungkook terkejut. Jungkook menarik nafasnya dalam lalu memandang Wafa dingin.

"Aku nak tengok muka kau."

"Sekarang?"

"Ya." Wafa membesarkan matanya sedikit. Pandangannya dialihkan ke arah lain.

"Aku nak buka sendiri kain niqab kau." Lagi terkejut beruk Wafa mendengar permintaan Jungkook. Pantas Wafa menggeleng.

"Tak boleh."

"Kenapa? Aku minta dengan cara baik sekarang. Kau kata aku ada hak untuk tengok muka kau. Jadi aku nak tengok sekarang. Sebab sekarang masanya untuk aku putuskan samada aku nak kahwin dengan kau ke tak."

"Saya tak percayakan-"

"Aku janji aku takkan buat apa-apa yang tak elok. Kali ni aku janji." Wafa memandang Jungkook yang berwajah serius.

Mata Jungkook tepat memandang ke mata Wafa. Cepat-cepat Wafa menundukkan pandangannya sambil beristighfar di dalam hati. Dia memejamkan matanya dan terus menunduk sedikit seakan memberi kebenaran untuk Jungkook membuka kain niqabnya.

Jungkook menarik nafasnya dalam. Tangan kanannya naik memegang bahagian kain niqab sebelah kanan. Wafa masih kekal memejamkan mata. Dengan berhati-hati Jungkook membuka kain niqab itu memperlihatkan wajah Wafa.

Jantung Jungkook berdegup laju. Sama seperti pertama kali melihat wajah Wafa. Perlahan Wafa membuka matanya namun pandangannya masih ditundukkan.

"Sekarang awak dah tengok wajah saya... saya perlukan jawapan awak pula."

"Kenapa kau nak jawapan dari aku? Aku yang perlukan jawapan dari kau." Wafa mengerutkan dahinya lalu memandang sekilas wajah Jungkook yang dingin.

"Wafa Nur Zara, kau nak kahwin dengan aku tak?" Tanya Jungkook dingin dan menatap lama anak mata Wafa.

Ponnn!!!!!

"Astaghfirullah hal'azim." Wafa terus menjauhi Jungkook dan menutup kembali wajahnua dengan kain niqab.

Jungkook mengeluh kecil sebelum cepat-cepat memandu apabila lampu merah sudah bertukar hijau. Wafa memandang ke luar tingkap semula manakala Jungkook sibuk memandu.

Soalan tadi seakan hilang di bawa angin. Suasana kembali senyap dan mereka berdua melayan perasaan sendiri tanpa bersuara.

•••

"Cikgu Wafa!" Alya terus berlari mendapatkan Wafa apabila Wafa muncul di pintu utama rumah. Dipeluk Wafa erat seeratnya.

"Alya rindu Cikgu, Cikgu pergi mana?" Tanya Alya dengan cebikkannya lalu dia memandang Jungkook yang tercegat di belakang Wafa.

Adam yang baru muncul turun tangga dari bilik tidurnya bersama Aisyah memandang ke arah Jungkook dan Wafa bersilih ganti. Wafa memandang Adam sekilas sebelum membongkok sedikit untuk mengusap kepala Alya.

"Cikgu tidur rumah kawan cikgu, maaf buat Alya rindu." Jawab Wafa lambat-lambat.

Jungkook menolak pipi dalamnya menggunakan lidah kemudian terus melangkah laju untuk naik di bilik. Adam sempat menahan bahu Jungkook apabila lelaki itu ingin berselisih dengannya. Jungkook menepis lalu memandang Adam sedikit tajam.

"At least aku selamat bawa dia balik." Kata Jungkook seakan tahu apa yang bermain di fikiran Adam. Pandangan mata Jungkook beralih ke arah lain.

"Kalau kau nak ajar aku ucap dua kalimah syahadah, aku taknak. Aku nak Wafa yang ajar. Harap kau faham." Setelah berkata begitu terus Jungkook melangkah laju ke biliknya.

Adam mengeluh sedikit sebelum memandang ke arah Wafa yang sudah membawa Alya ke dapur untuk melayan kehendak si kecil itu. Dia tersenyum nipis melihat Wafa.

Sekurang-kurangnya, Wafa dah dapat ubah Jungkook sedikit.

•••



[√] Suami dari Neraka ° jjk Where stories live. Discover now