ThreeOne ; pray

12.6K 1.4K 837
                                    


"Saya dah lama tau tunggu Wafa telefon! Sampai baju Datin Fatimah yang pakai rekaan Wafa tu dah siap dah. Wafa taknak tengok ke? Datanglah esok. Wafa automatik jadi member Butik Muslimah ni tau, tak boleh kata tidak!"

Wafa tertawa kecil. Rambutnya yang menutupi wajah diselitkan di belakang telinga sebelum menyambung lukisannya yang tergendala.

"Ya, Wafa tak cakap pun Wafa tak jadi nak kerja situ. Esok Wafa pergi ok, Nurin?"

"Ok! Saya menunggu Wafa!"

Terus panggilan dimatikan. Telefon Wafa diletakkan ke tepi lalu dia kembali fokus pada lukisannya. Kali ini dia tidak melukis rekaan baju seperti mana dia lakukan selalu saat memegang pencil dan kertas sejak di zaman sekolah. Wafa melukis Jungkook, disebabkan Jungkook sudah melukis potretnya semalam, jadi dia ingin juga melukis satu buat Jungkook.

Beberapa saat kemudian, tangan Wafa berhenti dari terus melukis apabila bunyi kereta Jungkook yang masuk ke perkarangan rumah mengganggunya. Buku sketch ditutup lalu dia mengerling ke arah jam dinding. Baru berapa jam Jungkook ke pejabat, takkan dah balik?

Dengan riangnya; walaupun masih tertanya-tanya kenapa Jungkook balik awal, Wafa bangun dari kerusi meja makan yang dia duduk sedari tadi lalu membukakan pintu rumah untuk Jungkook. Tangan Jungkook yang ingin membuka pintu rumah dari luar terlebih dahulu pun terbatal niatnya. Matanya dibesarkan memandang Wafa, terkejut.

"Abang? Kenapa ni?" Soal Wafa risau lalu wajah Jungkook yang lebam-lebam dibeleknya.

Terus Jungkook menepis tangan Wafa yang ingin menyentuh pipinya membuatkan Wafa sedikit terkesima. Jungkook memandang ke arah lain tidak mahu memandang Wafa. Air liurnya ditelan kasar. Tegang saja wajah Jungkook seakan marah.

"Abang, Kenapa dengan muka abang? Abang kena pukul ke? Siapa buat abang? Jawablah soalan Wafa ni."

Pipi dalam Jungkook ditolak-tolak menggunakan lidah. Soalan-soalan Wafa yang ditanyakan bertubi-tubi membuatkan dia semakin panas hati apabila teringatkan punca dia jadi begini. Tanpa memandang Wafa mahupun menjawab sebarang pertanyaan isterinya itu, Jungkook terus melangkahkan kaki untuk naik ke bilik.

"Abang, kenapa palau Wafa? Wafa ada buat salah ke?" Soal Wafa lagi dengan kakinya yang sudah melangkah untuk mengekor Jungkook.

Lengan Jungkook disambarnya Wafa agar Jungkook berhenti melangkah dan memandangnya. Namun cepat-cepat Jungkook menepis kasar sehingga Wafa terjatuh terjelopok.

Wafa mengadu kesakitan sebelum air matanya mula menitik setitik demi setitik. Bukan sakit kerana punggung yang menghempap lantai, tetapi sakit hati kerana Jungkook kembali memperlakukan kasar kepasanya seperti dahulu.

Jungkook yang terkejut dengan tindakan tidak disengajakan itu memandang Wafa lalu menekup mulutnya kesal. Melihatkan air mata Wafa, lagilah dia lemah. Dia memejamkan matanya sekejap cuba menenangkan diri sendiri.

"I'm sorry." Ucap Jungkook seraya itu mendekati Wafa.

Jungkook terus mencangkung lalu lengan Wafa ditariknya lembut untuk membantu Wafa bangun. Kali ini Wafa pula menepis tangan Jungkook kasar.

"Jawab soalan Wafa tadi dulu!" Bentak Wafa sambil memandang tepat ke anak mata Jungkook. Jungkook mengetapkan bibirnya bengang.

[√] Suami dari Neraka ° jjk Where stories live. Discover now