01

498 43 0
                                    

" Awak dah balik, Yoongi?"tanyaku apabila terdengar bunyi bip dari pintu seterusnya hempasan sedikit kuat dari pintu itu.

Terangkat sedikit bahu aku apabila pintu itu bertemu dan menghasilkan bunyi yang agak kuat.

"Hmm" hanya itu yang aku dengar dari mulutnya lalu dia melangkah ke tangga.

"Awak nak makan yoongi?" tanyaku lagi menarik perhatiannya.

Yoongi hanya memandangku dengan renungan yang tajam.

Aku memahami renungan itu lalu menudukkan pandangan ke bawah. Ya. Aku dah lali dengan sikap dingin dia. Kalau dia aktif sedikit hari tu mungkin juga aku mendapat tengkingan dia. Hm.

Aku hanya memandang sayu pemergiannya ke atas untuk masuk ke bilik.

****

Perlahan-lahan aku melagkah masuk ke dalam bilik tidur itu agar tidak mengejutkan orang yang sedang nyenyak tidur di atas katil bersaiz serdehana besar itu.

Aku merapatkan badan aku ke birai katil untuk lebih rapat dengan Yoongi yang sedang nyenyak tidur itu.

Perlahan-lahan aku usap sedikit rambutnya. Tidak berkutik langsung pergerakan darinya. Fahamlah aku bahawa dia teramat penat hari ni.

"Apa dosa saya Yoongi sampai awak buat saya begini?" ujarku perlahan tidak mahu mengejutkannya dari jaga.

"Kenapa begitu dalam awak membenci saya?" sambungku lagi dengan sedu tangisan perlahan.

Aku penat berhadapan dengan Min Yoongi yang berhati batu juga sedingin dingin air sungai. Aku hanya mahukan sedikit kasih sayang darinya.

Aku menghela nafas lemah. Mataku terasa ngantuk lalu perlahan lahan aku baringkan badanku di atas lantai di bawah Min Yoongi seperti biasa. Dengan berlapikkan lengan dan meringkuk sedikit badan memahan sejuk dingin malam hari.

Aku lena dalam tangisan yang aku sudah lali.

Perlahan lahan Min Yoongi membuka matanya dan bangun dari pembaringan. Dia menoleh melihat aku tidur dibawah.

Kedengaran nafas lemas dari mulut Yoongi.

"Bukan aku yang minta. Kau yang pilih untuk hidup begini." kata Min Yoongi lalu baring semula dan memejam mata untuk tidur kembali.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now