14

228 33 0
                                    

Yoongi menghempas pintu rumahnya dengam kuat. Dia terlampau benggang dengan apa yang dilihatnya tadi.

flashback..

Yoongi melangkah lemah ke dalam Paradise Club. Dia mencari cari tubuh gadis bernama Jiyeong itu sambil itu tangannya ralit menekan screen telefonnya menaip mesej kepada Jiyeong.

Dalam mata kejap mencari kejap menunduk menghantar pesanan mesej. Dia terpandang seorang gadis sedang sedap bercumbuan dihujung sudut dibawah tangga dengan seorang lelaki.

Yoongi hanya menggeleng melihat gadis.

"Perempuan zaman sekarang. Murah sangat" katanya lalu menaip balik. Tetapi dia terpandang gelang tangan milik gadis itu. Kemudian dia memandang kembali muka gadis itu yang terselak sedikit rambutnya.

"Jiyeong? Fuck!!" marah Yoongi. Sebelum keluar dari club itu sempat dia menggambil beberapa keping gambar. Kemudian dia berlalu pergi.

Menderum laju keretanya meninggalkan Club Paradise itu.

End flashback..

Yoongi yang ingin berlalu ke atas terpandang Yoohee yang tidur di atas sofa. Dengan pantas dia merapati isterinya. Perlahan lahan dia menyelak rambut Yoohee yang menutup separuh mukanya.

Terlihat bengkak dibawah mata Yoohee. Mungkin disebabkan Yoohee menangis dengan banyak tadi.

Yoongi mengeluh.

"Awak tak boleh tidur sini, sayang. Nanti awak sakit semula. Awak tak dengar cakap saya kan" kata Yoongi ketika mengusap pipi Yoohee lalu dia mencium sedikit dan menggangkat Yoohee dan dibawa naik ke atas.

Yoongi menyelimutkan Yoohee sehingga paras dada dan berbaring disebelah Yoohee pula. Ditariknya Yoohee dibawa ke dalam pelukannya. Kejap pelukkannya.

"Maafkan saya sebab menengking awak tadi. Saya tak boleh control emosi saya. Haih" keluh Yoongi lagi dan mengetatkan lagi pelukkannya.

Yoohee tidur tidak bergerak langsung di dalam pelukan Yoongi.

*****

Yoohee tersedar kerana dia berasa lemas. Dia bergerak sedikit untuk bangun tapi dia tidak boleh bergerak. Dia membuka matanya dan melihat muka Yoongi yang sangat rapat dengan wajahnya.

Yoohee terkejut. Dia terleka melihat wajah Yoongi yang polos itu sedang tidur. Cukup menyejukkan mata. Dengan mulut yang sedikit ternganga. Sungguh comel Yoohee melihatnya.

Tetapi apabila teringat kejadian malam tadi cepat cepat Yoohee tersedar dan menolak kuat tangan Yoongi yang memeluknya.

Yoongi yang terkejut itu terus bangun dari pembaringannya dan terus duduk sambil menggaru lehernya dengan mata tertutup. Comel!

"Kenapa ni Yoohee? Awak sakit ke?" tanya Yoongi dengan mata yang masih tertutup.

Yoohee tidak berkata apa apa kemudian dia ingin menurun dari katil tetapi dengan pantas Yoongi menariknya kembali.

"Awak nak pergi mana? Dah malam ni. Awak nak air ke? Air ada ni kat sebelah saya. Jap saya tuang."

Kelakuan Yoongi seperti tidak ada apa apa yang terjadi antara mereka malam tadi.

Yoohee sedih. Yoongi membuatnya seperti patung. Bila nak dicari. Bila taknak dibiarkan sendirian.

"Lepaskan saya. Saya taknak tidur dengan awak." Yoohee berusaha mencuba lepaskan pegangan Yoongi pada pergelangan tangannya.

"Awak taknak tidur dengan saya? Awak tahu tak. Isteri kena sentiasa ada dengan suami. Jadi kenapa awak taknak ikut?" tanya Yoongi apabila dia telah segar dari ngantuknya.

"Hanya isteri yang kena sentiasa berada dengan suami. Sedangkan suami boleh sesukahati buat apa pun pada isteri. Bila nak dicari. Bila taknak ditinggalkan. Macam tu?" tembak Yoohee.

Yoongi terkedu.

"Awak jangan mulakan Yoohee. Saya taknak gaduh dengan awak. Jangan cabar saya." marah Yoongi.

"Ya. Saya tengah cabar awak Min Yoongi. Lepaskan saya. Jangan jadikan saya patung awak!" jerit Yoohee lalu menolak Yoongi dan berlari turun ke bawah dan masuk ke dalam biliknya menangis lagi.

Apalah nasib Yoohee dilakukan seperti ini.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now