12

248 32 0
                                    

Yoohee merasa bosan duduk sahaja dirumah tanpa membuat apa apa. Maka dia mengikat sanggul rambutnya tinggi dan melangkah ke halaman di belakang rumahnya.

Dia mendekati tumbuhan-tumbuhan yang mekar itu. Sebelum mendekati pasu yang kosong sempat dia mencapai perkakasan alat menggembur tanah dan juga sarung tangan.

" Hi sayang sayangku. Lamanya mommy tak sentuh awak semua" sambil melangkah ke poko bunganya dia sempat berkata sendirian.

Yoohee leka menggubah pokok bunganya itu. Sudah sebulan labih dia tidak menyentuh kecuali hanya menyiram sahaja.

Yelah. Yoongi telah melarang dia dari menyentuh kerja kerja berat. Kalau boleh dia nak pegang cawan pon tak boleh. Melampau sungguh lelaki itu.

Yoohee yang sedar lagi sejam Yoongi mahu pulang ke rumah, cepat cepat dia menyudahkan kerjanya dan tidak meninggalkan sebarang bukti dia telah melanggar arahan suaminya.

Setelah memastikan kesemuanya sudah selesai Yoohee masuk ke dalam rumah dan membersihkan dirinya di biliknya.

*****

Yoongi

Yoongi pulang ke rumah pada jam tepat menunjukkan angka 6 petang. Sama seperti hari hari biasa.

"Yoohee-ah! Saya dah balik. Yoohee? Hee-ah??" jerit Yoongi sedikit takut isterinya tidak dengar. Dia melangkah ke tengah rumah. Tetapi tiada. Dia melangkah ke bilik isterinya pula.

Yoohee

"Yeayy dah wangi!!" jerit Yoohee sedikit kerana gembira sudah selesai mandi.

Hari ni baju yang dipakai Yoohee agak seksi. Dia mengenakan baju tidur  berseluar satin yang sedikit jarang.

Niatnya ingin berehat dibiliknya sahaja selepas ini. Memandangkan selalunya Yoongi akan terus naik ke atas selepas balik kerja dan terus mengurung dirinya di bilik study kerana menyiapkan kertas kerjanya. Tengah malam baru Yoongi turun ingin makan.

Yoohee sudah biasa. Sebelum tidur dia akan menyiapkan dahulu makanan Yoongi. Esok pagi baru dia kemaskan.

Yoohee mengeringkan rambutnya di depan cermin. Pintunya yang sedikit renggang tidak dia perasan. Dia leka mengeringkan rambutnya. Sesudah menegeringkan rambutnya dia menyapu losyen di badannya. Ini juga salah satu rutinnya selepas mandi setiap hari.

Yoohee tidak perasan suaminya sudah masuk ke dalam biliknya dan telah memerharti segalanya dari dia pakai baju hingga duduk di meja solek itu.

Perlahan lahan Yoongi mendaratkan tangan dia di bahu isterinya dan meletakkan mukanya dileher Yoohee.

Yoohee terkejut dan menjerit kuat.

"Ahh!!" Yoohee cepat cepat pusing ke belakang untuk melihat siapa yang memegangnya itu.

Yoongi hanya tayang senyuman gummynya itu.

"Yah!! Min Yoongi! Awak nak saya mati cepat ke??" marah Yoohee dengan muncung ke depan.

Yoongi pantas menarik tangan Yoohee supaya mendekatinya.

"Apa ni cakap pasal mati mati ni? Saya tak suka la." Yoongi memeluk pinggang Yoohee. Tiada ruang lagi untuk Yoohee lari.

Yoohee menelan air liurnya perlahan.

"Awak la. Kenapa awak terkejutkan saya macam ni. Kalau saya sakit jantung macam mana?" marah Yoohee lagi dan memuncung ke depan lagi.

"Haa buat muncung macam tu lagi. Saya cium nanti. Nak?" Yoongi menggugut dan merapatkan sedikit mukanya ingin menakutkan Yoohee.

Yoohee pantas menutup mulutnya dengan tangannya dan menggeleng laju bermaksud taknak.

"Tahu pun. Awak tu. Saya panggil awak banyak kali. Awak tak menyahut. Risau saya tahu tak." kata Yoongi perlahan dan meletakkan kepalanya di bahu Yoohee dan membenamkan mukannya di leher Yoohee.

Yoohee kaku dengan aksi Yoongi itu. Dia tidak mampu menolak atau melakukan apa apa reaksi.

"Err.. saya tak dengar. Saya mandi tadi" bergetar suaranya memberitahu suaminya.

"Awak dah mandi? Patutlah bau wangi. Sedapnya bau awak" acah Yoongi. Padahal dia sudah namoak isterinya menyalim pakaian tadi.

Suara Yoongi tadi seperti orang yang mamai sahaja kedengaran.

Bulu roma Yoohee sudah menegak apabila Yoongi mengetatkan lagi pelukan dipinggangnya.

"Yoongi.. Awak pergilah mandi. Nanti segar sikit badan tu. Lepas tu rehat. Nanti awak nak buat kerja lagi" pinta Yoohee yang sebenarnya ingin melepaskan dirinya dari Yoongi.

"Kerja saya dah siap. Saya taknak mandi lagi. Saya nak duduk dengan awak" ngada Yoongi inginkan perhatian.

"Tak boleh la macam ni. Awak baru balik kerja. Badan awak busuk. Pening saya" bohong Yoohee padahal bau minyak wangi suaminya tersangatlah dia suka.

Yoongi seorang yang sangat menjaga kebersihan diri dan juga penampilan diri. Buktinya, di biliknya di pejabat terdapat satu almari baju yang isinya penuh dengan baju kemeja putih dan juga t-shirt putih dan beberapa seluar yang berlipat.

Yoongi memandang Yoohee dengan pandangan geram. Yoohee hanya menyenggih. Yoongi bau badannya yang dikatakan busuk itu.

"Tipu! mana ada busuk!"

"Alaa tak busuk pon pergi la mandi. Awak penatkan."


Yoohee masih lagi dengan sengihannya. Yoongi hanya memandangnya dengan muka yang disengajakan muram untuk meminta simpati daripada Yoohee.

"Fine! Tapi saya nak malam ni awak tidur dengan saya" Yoongi berkata ketika dia menarik Yoohee sekali lagi ke dalam dakapannya lalu meninggalkan ciuman di pipi Yoohee dan melangkah laju meninggalkan Yoohee di situ dalam terpingga pingga.

"Apakah? Yahh!! Min Yoongi!! Awak ni kan" jerit Yoohee kuat. Dia tahu Yoongi boleh dengar suaranya. Buktinya dia dengar suara Yoongi gelakkan dia dengan sengaja dikuatkan.

"Awak buat saya sayangkan awak balik Min Yoongi" diakhir kata dia tersenyum sendirian.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now