15

252 36 0
                                    

Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 minggu berlalu dari kejadian Yoohee meminta cerai daripada Yoongi itu.

Yoohee hanya melayan Yoongi seperti biasa tetapi tiada langsung senyuman diwajahnya.

Yoongi pula sudah kembali kepada Yoongi yang asal. Yoongi yang tiada langsung senyuman. Yoongi yang savage.

Dia langsung tidak menyentuh makanan yang Yoohee sediakan setiap hari. Malah dia juga tidak bermanja seperti selalu.

Yoongi juga selalu pulang lewat ke rumah. Saat dia pulang Yoohee mesti sudah tidur. Sama juga pada waktu pagi. Yoohee sedang menyiapkan sarapan di dapur. Yoongi telah hilang ke pejabat.

Yoohee mengeluh sendirian ketika duduk di meja makan sewaktu tengah hari. Kalau sewaktu mereka berbaik. Yoongi mesti pulang makan tengah hari dirumah. Tapi tidak lagi sekarang.

Yoohee tidak betah begini. Dijadikan seperti patung bernyawa di dalam rumah yang dijadikan perhiasan sahaja.

Dengan pantas dia makan dan mengemas meja makan lalu masuk ke bilik dan bersiap siap ingin berjumpa seseorang.

Ya. Hanya seorang sahaja yang boleh bantu Yoohee.

*****

Yoohee tiba di cafe yang telah dijanjikan mereka untuk berjumpa. Yoohee mencari cari gerangan yang ingin dijumpainya di dalam Peaches and Cream cafe.

Setelah nampak kelibat orang yang dicari terus dia menuju ke tempat duduk orang itu.

"Yoohee. Lamanya kita tak jumpa. Awak makin lawa berseri dan nampak sedikit chubby. Jemput duduk." pelawa pemuda itu.

"Terima kasih." hanya itu yang dibalas Yoohee dengan senyuman manisnya.

"So, kenapa awak nak jumpa saya. Yoongi tahu tak awak keluar ni?" tanya lelaki itu memulakan perbualan mereka.

"Err Yoongi tak tahu. Saya nak jumpa awak sebab nak tahu lebih detail pasal Yoongi dengan Jiyeong. Awak kan kawan baik dia Namjoon. Mestilah awak tahu pasal mereka kan?" pujuk Yoohee.

Namjoon mengeluh lalu menyisip sedikit hot chocolate di hadapannya.

"Apa yang awak nak tahu Yoohee?" tanys Namjoon sambil meletakkan cawan kembali ke tempat asalnya.

"Dah lama ke Yoongi bersama Jiyeong? Maksud saya. Mereka bercinta?" tanya Yoohee tiada sembunyi sembunyi.

"Ya. Sebulan selepas awak berkahwin dengan Yoongi lagi dia sudah rapat dengan Jiyeong" balas Namjoon lalu melihat reaksi Yoohee.

Yoohee terdiam dan memegang dadanya menahan sakit seperti ditikam sesuatu. Berdebar laju jantungnya.

"Yoohee.. Boleh saya tanyakan sesuatu?" takut takut Namjoon bertanya.

"Apa dia?" tanya Yoohee.

"Betul ke awak pernah perangkap Yoongi di sebuah bilik di club malam 2 tahun yang lalu?"

Tercenggang Yoohee mendengarnya.

"Apa maksud awak? Club? Saya tak faham"

"Yoongi mengatakan awak pernah memerangkap dia di sebuah bilik di club malam 2 tahun yang lalu. Dan dia kata walaupun dia mabuk ketika itu, dia masih ingat lagi baju yang awak pakai. Dan kebetulan sewaktu malam pertama perkahwinan awak. Dia nampak baju yang awak pakai pada malam kejadian tergantung di dalam almari baju awak"

Panjang penerangan Namjoon. Sekali lagi Yoohee tercanggang. Yoohee menutup mulutnya tidak percaya.

"Saya berani sumpah atas nama mendiang mak dan ayah saya. Saya tak pernah melakukan perkara terkutuk seperti itu. Apatah lagi menjejakkan kaki ke tempat seperti itu." jelas Yoohee sambil menggeleng geleng kepalanya membela diri.

Baru lah dia tahu bahawa mengapa Yoongi bersikap dingin dengannya selepas perkahwinannya. Padahal waktu itu mereka telah bersetuju untuk menjadi kawan walaupun mereka terpaksa berkahwin atas sebab hutang budi keluarga Yoongi kepada Yoohee sekaligus rasa bersalah kerana meninggalkan Yoohee bersendirian selepas kematian emak dan ayah Yoohee.

"Yoohee. Awak tahu ka. Tak baik jika kita bermain dengan sumpah. Lagi lagi awak menyebut tentang mendiang emak dan ayah awak." ucapan lembut dari Namjoon.

"Jika saya bersumpah bermakna memang benar saya tidak melakukannya Namjoon. Saya tiada sesiapa didunia ini melainkan Yoongi dan keluarganya sahaja." tersedu sedu suara Yoohee menerangkannya.

Namjoon mengeluh lalu mengeluarkan sapu tangan dari koceknya dan memberikan kepada Yoohee.

Yoohee mengambilnya dan mengelap air matanya.

"Sudahlah tu. Saya percayakan awak Yoohee. Pasal Yoongi dengan Jiyeong tu. Awak janganlah risau. Nanti saya nasihakan Yoongi. Kenapa dia nak kena lepaskan isteri sebaik awak sedangkan betina seperti itu tak layak dijadikan isteri"

Marah betul Namjoon apabila teringat peristiwa dia ternampak Jiyeong keluar dari lif hotel sambil berpeluk lengan lelaki tua. Ketika itu dia pergi ke hotel itu untuk untuk berjumpa dengan client di cafe hotel tersebut. Sempatlah juga dia merakam aksi aksi gedik Jiyeong dengan lelaki tua itu. Masih belum dia tunjukkan kepada Yoongi.

Namjoon mengeluh melihat Yoohee yang termenung pula.

"Dah la tu Yoohee. Jangan awak fikirkan lagi pasal ini. Awak kena tabah dan kena kuat selamatkan rumah tangga awak." Namjoon memberi semangat pada Yoohee dengan gaya yang menggelikan hati.

Yoohee ketawa melihat kelakuan Namjoon itu


"Oh. Dah berani keluar rumah senyap senyap tanpa aku tahu eh. Dengan jantan tak guna pulak tu. Kau tunggu balik nanti"

Kata Yoongi lalu meninggalkan cafe tersebut dan bergerak pulang ke rumahnya.

Habislah Yoohee balik nanti. Apa lagi yang perlu dia hadapi untuk mencari sedikit kebahagian dari sang suami.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now