16

238 33 0
                                    

Masuk sahaja ke rumah terus Yoohee diterjah Yoongi.

"Oh. Dah pandai sekarang keluar dengan jantan lain belakang aku. Cehh" sinis Yoongi senyum.

"A..awal awak balik hari ni Yoongi?" Yoohee sedikit gementar apabila melihat muka Yoongi.

"Kenapa? Kau ingat aku balik malam so kau senang la nak keluar dengan jantan lain pulak belakang aku lepas ni?" tajam pandangan Yoongi pada Yoohee.

"Awak salah faham ni Yoongi. Saya bukan jumpa sesiapa pun. Saya jumpa.."

"Kau jangan bagi alasan bila dah salah Yoohee. Mana kau belajar tipu aku semua ni? Kau memang betul betul dah berubah."

Potong Yoongi belum sempat Yoohee bercakap perkara sebenar.

"Cehh patutlah siap mintak cerai bagai. Rupanya ada jantan lain dah menunggu. Siap bagi sapu tangan. Lap air mata konon. Apa lagi kau mengadu pasal rumah tangga kita dekat orang luar Min Yoohee??!"

terangkat bahu Yoohee apabila dijerkah seperti begitu.

Yoohee memandang tajam Yoongi.

"Awak jangan cuba letak semua kesalahan atas bahu saya bila awak sendiri yang curang belakang saya Yoongi!"

kali ni Yoohee tekad tidak mahu berdiam diri lagi.

Yoongi menanti lagi apa yang ingin dikatakan Yoohee.

"Selama kita berbaik ni apa niat awak sebenarnya? Kenapa awak layan saya macam ni? Awak.. awak sebenarnya sikit pun tak sayangkan saya dengan ikhlas. Awak cuma simpati sebab saya sakit. Kalau saya tahu awak layan saya sebab simpatikan saya. Saya lebih rela mati dari tak dipandang oleh awak Yoongi"

tersedu sedu Yoohee melepaskan segalanya petang itu.

"Saya sayangkan awak ikhlas Yoongi. Saya tak pernah ada lelaki lain selain awak dalam hidup saya selepas mendiang ayah saya. Tapi awak. Awak janji lain dahulu Yoongi."

Yoongi masih lagi diam. Dia sebenarnya ingin mengatakan sesuatu tetapi kelu lidahnya ingin mengatakan.

"Saya tak tahu kenapa awak begitu membenci saya selepas sahaja kita kahwin. Padahal kita dah berjanji akan mencuba dalam hubungan kita."

Yoohee memegang dadanya apabila teringat kembali apa yang Namjoon sampaikan kepadanya.

"Awak curang belakang saya dengan kawan baik saya Yoongi. Awak tahu tak aoa rasanya bila dikhianati? Tak. Awak tak pernah rasa. Sebab tu awak tegar memperlakukan saya sebegini Yoongi."

Yoohee mula rebah ke lantai kerana tidak mampu untuk berdiri lagi. Dia tertunduk menahan sedu dan sedih di hati.

Yoongi yang melihat Yoohee merosot jatuh ke lantai itu ingin dia memeluknya tetapi egonya kuat menyalahkan semua ini berpunca dari isterinya.

"Awak yang mulakan Yoohee. Awak perangkap saya 2 tahun yang lepas. Saya ingat lagi Yoohee. Baju yang awak pakai semasa bawa saya ke bilik itu ada di bilik awak malam selepas kita kahwin."

kali ini Yoongi pula mahu meluahkan. Tetapi belum sempat Yoongi meluahkan lagi Yoohee bangun dah berpaut pada kerusi.

"Katakanlah apa sahaja Yoongi. Sebab saya tahu. Perempuan murah dan hina ini tidak layak untuk buat pembelaan. Saya terima kebencian awak Yoongi. Biarlah saya bawa kebencian awak hingga akhir nafas saya."

Sebaik sahaja Yoohee berkata begitu dia melangkah kebiliknya dengan hati yang sangat terluka.

Yoongi terkejut dengan apa yang dicakap Yoohee. Ayat yang baru keluar dari mulut isterinya seolah isterinya akan pergi meninggalkan dia dan dunia ini.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now