13

244 31 1
                                    

Sebulan sudah berlalu. Kini Yoohee kembali tidur di bilik Yoongi. Yoongi sangat manja dengan Yoohee. Tidak boleh berenggang langsung jika berada di rumah. Ke mana sahaja Yoohee pergi mesti dia akan berkepit dengan Yoohee.

Yoohee yang sangat sayangkan Yoongi itu hanya mampu menggeleng kepala apabila suaminya itu tidak makan saman apabila dimarahi disuruh menjauhinya.

Akhirnya dia mampu membiarkan sahaja.

"Yoongi. Awak sayang saya tak?" tanya Yoohee yang sedang mengusap kepala Yoongi yang baring di pangkuannya.

Malam ini mereka berdua melihat movie bersama dia bawah.

Yoongi yang sedang leka bermain dengan telefonnya terus meletakkan telefonnya di atas dada.

"Kenapa awak tanya soalan macam tu? Tak cukup ke saya tunjuk kasih sayang saya pada awak?" muka Yoongi serius membalas pertanyaan Yoohee.

"Heee tak lah.. Saya tanya je. Sebab awak tak pernah pon cakap yang awak sayang saya. Mana la saya nak tahu"

"Heyy pandang mata saya. Dengar ni ye. Walaupun mungkin kemudian hari nanti hati saya berubah ingatlah, saya sentiasa sayang awak. Faham, sayang?" diakhir kata sengaja Yoongi tekankan perkataan sayang. Dia ingin melihat muka isterinya itu kemerahan menahan malu.

"Faham Encik Min, hahahaha" balas Yoohee lalu ketawa comel.

"Eee geram. Ketawa pon comel awak ni!" kata Yoongi lalu menarik muka Yoohee yang ketawa sambil menolak muka Yoongi untuk dicium tetapi ketenangan mereka diganggu dengan bunyi dari telefon Yoongi.

Jiyeong

Yoohee perasan nama si pemanggil itu tetapi cepat cepat dia memandang ke arah television di hadapan mereka.

Yoongi memandang kembali muka Yoohee selepas melihat nama si pemanggil.

"Awak. Sekejap ye. Ada urgent call" kata Yoongi lalu bangun dari berbaring. Sebelum berlalu sempat dia mencium pipi isterinya.

"Dapat juga! Hee" katanya lalu senyum menampakkan gigi gummynya.

"Nakal!" marah Yoohee.

Yoongi berlalu ke atas, bilik tidurnya.





Belum sempat dia ingin mendail kembali nombor Jiyeong, Jiyeong kembali menelefonnya.

"Hello" sapa Yoongi.

"Sayang. Awak kenapa tak jawab call saya tadi. Awak kat mana tu?" Terus diserbu oleh Jiyeong.

"Sorry tadi saya dalam bilik air. Kenapa sayang?" tipu Yoongi.

"Jom keluar nak? Dah seminggu saya tak jumpa awak. Saya dah balik Seoul. Rakaman saya dah habis. Jadi saya balik awal"

"Keluar? Em awak tak penat ke baru balik ni? Nanti awak penat. Awak rest la dulu. Nanti kita jumpa" pujuk Yoongi.

"Alaa taknak. Saya nak jumpa awak sekarang juga. Atau awak nak saya datang rumah awak?" tanya Jiyeong kegirangan.

"Eh takpa. Saya jumpa awak. Lagi 30 minit saya sampai" cepat cepat Yoongi menghalang.

"Yeayy okay. Saya tunggu awak okay? Muah. I love you." balas Jiyeong.

"I love you too" balas Yoongi dengan senyuman. Dia meletakkan panggilan dan melihat telefonnya sambil duduk di birai katil.

Disebalik pintu yang terbuka sedikit itu ada Yoohee yang telah mendengar ke semuanya dengan jelas.

Yoohee memegang dadanya dengan kuat. Air mata laju menuruni pipinya.

'Kenapa awak tipu saya Yoongi? Kenapa awak layan saya begini Yoongi?'

Perlahan lahan Yoohee memusing dan kembali turun ke bawah.


Yoohee duduk semula di kerusi dan mendiamkan diri dan seperti tidak ada apa apa yang berlaku.

Kelihatan Yoongi telah turun dengan bersiap siap seperti ingin keluar.

"Yoohee-ah! Saya nak keluar. Jangan tunggu saya eh. Awak tidur dulu tau. Saya ada kerja sikit kat luar"

kata Yoongi sambil membetulkan rambutnya di hadapan cermin besar di ruang tamu rumahnya.

Yoohee hanya mendiamkan diri. Yoongi pelik melihat kebisuan isterinya.

"Yoohee?" panggil Yoohee lalu duduk disebelah isterinya.

"Haa? Ye? Apa?" hilang lamunan Yoohee apabila disentuh oleh Yoongi.

"Saya nak keluar sekejap. Awak jangan tunggu saya. Awak tidur dulu tau." kata Yoongi sambil mengelus rambutnya.

"Awak.. nak pergi mana? Dah malam dah ni kan. Esok tak boleh ke keluar?" tanya Yoohee.

"Saya ada kerja nak kena settlekan" balas Yoongi.

"Kerja.. kerja apa malam malam macam ni?" tanya Yoohee lagi.

"Adalah. Awak takyah tahu lah" Yoongi balas sambil berdiri.

"Saya tak payah tahu? Kenapa? Kerja apa awak buat?" tanya Yoohee lagi. Ia membuatkan Yoongi kelihatan benggang.

"Kalau saya cakap awak tak payah tahu. Awak tak payah tahu la! Kenapa awak ni banyak tanya pulak malam ni?!" tengkingan Yoongi membuat Yoohee terhinjut bahunya.

"Saya cuma nak tahu. Salah ke sebagai isteri saya nak tahu?" sekali lagi dia memberanikan diri bertanya.

" Tak payah sibuk urusan saya lah Min Yoohee!!"kata Yoongi lalu terus keluar dan menghempa pintu rumah.

Yoohee

Air mata Yoohee kembali jatuh di pipi.

"Awak dah kembali seperti dahulu Yoongi. Awak bukan Yoongi saya lagi dah" kata Yoohee dengan esakan tersedu sedu.


Yoongi

Yoongi yang masih belum masuk ke dalam kereta yang masih berdiri di hadapan pintu rumah dengar apa yang Yoohee cakapkan itu.

Dia menyelak rambutnya kuat kebelakang!

"Argh!! Stress la!" kata Yoongi terus masuk ke dalam keretanya dan menekan pedal minyak kuat meninggalkam rumahnya.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now