06

271 34 1
                                    

Aku pulang ke rumah sewaktu jam di dinding menunjukkan pukul 10.45 malam.

Aku nampak Yoongi duduk di sofa dengan tv yang bertutup. Aku sedikit pelik.

Aku hanya berlalu ke dapur untuk minum sedikit sebelum naik ke bilik.

"Kau pergi mana tadi?" terhinjut bahuku akibat suara Yoongi secara tiba tiba itu.

"Saya pergi beli barang" balasku dan kemudian ingin berlalu pergi.

"Beli barang atau jual 'barang' kau?" sinis sekali percakapannya.

"Apa awak ni Yoongi? Jangan buat saya macam ni boleh tak? Awak tak suka saya, saya dah pon terima tapi janganlah hina saya sesuka hati awak" balasku dengan geram.

Yoongi bangun menghampiriku. Dia terus menunjukkan telefonnya padaku.

"Ni apa? Bukan kau menggatal dengan lelaki lain kat belakang aku? Amboi.. Siap minta izin nak keluar ya sebab apa? Sebab nak menyundal belakang aku" cukup tajam ayat ayat yang dikeluarkan Yoongi.

"Yoongi!! Saya tak pernah buat macam tu dekat belakang awak. Cukup saya setia dengan awak Yoongi! Awak jangan samakan saya dengan awak. Awak yang berlaku curang belakang saya. Bukan saya lah!!" jeritku kuat padanya.

Pang!!

Yoongi menampar kuat pipiku sampai aku terjatuh dan terkana bucu tangga. Aku memegang perlahan kepalaku. Mataku sedikit berpinar. Rasa seperti mahu pitam. Aku rasa ada benda mengalir dikepalaku. Cepat cepat aku lihat apakah itu.

Darah pekat yang keluar dikepalaku. Aku menutup kepalaku yang berdarah dengan rambutku dikedepankan.

Aku bangkit dari jatuh dan memandangnya.

"Saya hampir jatuh sewaktu keluar dari klinik tadi. Dan lelaki tu kebetulan lalu disitu dia yang tolong saya. Kalau hanya dengan gambar seperti itu awak cakap saya perempuan sundal Min Yoongi. Awak sangat hebat Min Yoongi."

Selepas berkata sebegitu aku berlalu ke atas dengan cepat dan menuju ke bilik air.

Min Yoongi meraup wajahnya dengan kuat. Dia terpandang tompokan berwarna merah di bucu tangga. Kemudian matanya beralih ke handbag aku yang tercampak di bawah tangga tadi.

Yoongi mengambik beg tersebut ingin meletakkan di atas sofa. Tetapi dia melihat barang barang yang aku beli tadi dan juga dia ternampak kertas putih yang ada di dalam bag aku itu. Dia mengeluarkan kerana ingin melihat isi surat itu.

Yoongi duduk disofa dan membaca isi surat itu.

'Kifosis.. apa ni?'

Yoongi terkejut setelah membaca isi surat itu.

"Dia sakit sebab aku ke?" lalu dia memanjat anak tangga untuk nenuju kebiliknya.

Dilihat isterinya tiada di dalam bilik. Dia menghalakan pandangannya ke pintu bilik air. Terdengar air di singki berbunyi.

Yoongi merapatkan dirinya ke pintu bilik air dan mendekatkan telinganya di pintu.

Kedengaran tangisan perlahan dari dalam. Yoongi mengeluh. Sekali lagi dia buat wanita itu menangis.

Yoongi melangkah ke arah katil dan duduk dibirai katil sambil termenung memikirkan masalah ini.

Pintu bilik air dibuka dari dalam dan terpacul wajah Yoohee di pintu.

Yoongi yang terkejut dengan pantas dia bangun menuju ke Yoohee. Sewaktu sampai di hadapan Yoohee, Yoongi perasan luka dibahagian kepala Yoohee yang ditutupi anak rambut Yoohee.

Pantas Yoongi memegang kepala Yoohee dan menyelak anak rambut isterinya itu dan melihat luka itu.

"Apa awak ni Yoongi. Lepaskan lah saya"
Yoohee menolak bahu Yoongi supaya menjauhinya.

"Kenapa kepala awak ni? Ini sebab pukulan saya tadi ke?" selepas berkata begitu dia memandang juga pipi Yoohee yang dilempangnya tadi. Pipi Yoohee sedikit membengkak kebiruan.

Yoongi menarik tangan Yoohee menuju ke katil dan meletakkan Yoohee di atas katil.

Yoohee segera bangun semula.

"Kenapa bangun. Duduklah saya nak letakkan ubat" marah Yoongi perlahan.

"Saya tak akan duduk atas katil awak. Saya taknak katil awak kotor disebabkan saya" bergetar suara Yoohee sewaktu berkata sebegitu.

Yoongi yang sedar dengan apa yang Yoohee cakap itu menyelak rambutnya kebelakang. Lalu dia menarik kembali tangan Yoohee dan menuju ke sofa di dalam bilik itu.

Dengan pantas sekali lagi Yoohee bangun dan menjarakkan dirinya dari Yoongi.

"Tak apa. Awak tak perlu susahkan diri awak untuk saya. Saya masuk bilik ni cuma nak bersihkan diri. Saya akan tidur dibawah." Yoohee berkata dan memandang wajah Yoongi.

Yoongi kelihatan binggung dengan perilaku Yoohee. Yoohee bukan begini. Dia tidak pernah bantah apa yang dicakapkannya.

"Esok saya akak kemas barang saya dan pindah di bilik bawah. Saya.. saya taknak awak susah dah. Saya terlampau selfish sampai tak fikir perasaan awak yang tak selesa bila saya berada di bilik awak."

Habis sahaja berkata demikian, Yoohee turun kebawah dengan air mata yang menitis laju dipipinya yang sedikit membiru itu.

Yoongi terpanar dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut Yoohee. Dia terjelepok di atas sofa dan memikirkan apa yang dicakap oleh Yoohee.

"Yoohee dengar ke semalam?" sejurus berkata begitu Yoongi menyelak kuat rambutnya kebelakang.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now