03

276 37 1
                                    

Bunyi kereta masuk ke dalam kawasan rumah menunjukkan bahawa Min Yoongi sudah balik.

Seharian aku menunggu dia untuk bercakap dari hati ke hati sekali lagi.

Sudah seminggu selepas luahan hati Yoongi yang aku dengarkan hari tu berlalu.

Dalam seminggu itu aku masih melayannya seperti biasa. Aku hanya menggangap ia hanyalah sebuah mimpi ngeri bahawa Yoongi suami yang aku sayang sangat bercinta dengan kawan baik aku sendiri.

Bip..Bip..

Pintu ditolak dari luar. Kedengaran suara orang bergelak ketawa sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku yang terkejut itu tertanya tanya siapakah yang Yoongi bawa pulang pada waktu sebegini. Aku menoleh ke arah jam dinding.

1.16 a.m.

Aku kembali menoleh ke arah suara yang bergelak ketawa tadi.

Jiyeong? Jiyeong kawan sekolah aku dulu? Dia buat apa dalam rumah aku. Aku melangkah merapati mereka. Mereka berhenti dari bergelak ketawa.

"Yoongi, kenapa awak bawa dia balik rumah kita?" tanyaku direct terus kepadanya dengan wajah yang hampir meletup.

"Rumah kita?" Sinis sekali soalan dari Yoongi. Jiyeong juga senyum sinis padaku.

Aku memandang Yoongi kembali. Aku masih boleh bersabar dengannya lagi.

"Sorry? Rumah kita? Kau tu yang menumpang dalam hidup aku. Aku tak pernah terima kau dalan hidup aku la perempuan!" Cukup tajam setiap kata kata yang keluar dari mulut Yoongi.

Aku cuba untuk tidak mengeluarkan setitik air mata sekalipun malam ini untuk meraih simptai darinya.

"Aku pelik dengan kau ni. Dulu beriye kau goda aku sampai ke atas katil. Tapi, lepas kahwin sumpah! Selekeh nak mati aku tengok kau ni" sambung Yoongi sekali lagi sambil merenung aku dari atas kebawah. Jiyeong kelihatan sedikit terkejut selepas Yoongi berkata sebegitu.

Aku melirik diri aku. Apa salahnya aku pakai macam ni? Seluar purple, baju T-shirt kuning saiz XL untuk tidur malam.

Kemudian aku kembali melirik ke arah Jiyeong berpakaian. Dari atas hingga bawah terdedah. Lagi lagi bahagian dadanya. Memang sengaja ke dia nak goda suami aku?

"Kenapa awak nak pertikaikan pulak cara saya berpakaian? Apa salahnya? Bukan saya keluar rumah pon. Saya duduk rumah je" balasku berani. Yoongi menjegilkan matanya yang sepet tu padaku. Aku menunduk.

"Oh. Kau nak cakap dalam rumah nak jadi bidadari la? Luar rumah jadi setan? Goda semua laki dengan badan kau ni?" sinis sekali Yoongi menghina aku.

"Awak bencilah saya Yoongi. Tapi jangan sesekali awak hina saya sebegitu. Saya tak pernah buat macam apa yang awak fikirkan" keras aku berikan amaran padanya.

"Oh? Dah berani sekarang. Jangan belagak suci depan aku. Aku jijik dengan kau." akhiri Yoongi lalu menarik tangai Jiyeong menaiki anak tangga. Aku hanya memerhatikan dari bawah.

Aku masih lagi terfikir apa dosa aku? Kenapa dia benci sangat aku?

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now