18

245 35 1
                                    

Semenjak kejadian malam itu. Hubungan Yoongi dan Yoohee semakin renggang.

Yoohee tidak lagi menyediakan makanan untuk Yoongi.

Yoongi buntu untuk menyelesaikan masalah mereka ini.

Kedua duanya dia sayang. Ya. Dia tidak seharusnya tamak. Dia harus memilih antara satu daripada mereka. Tetapi dia tiada pilihan. Kedua duanya amat berharga bagi mereka.

Berharga sangatlah Jiyeong dimata kau Yoongi. Tupai masih belum jatuh ke tanah. Boleh la kau memihak kepadanya.

Hari itu Yoongi membawa Jiyeong pulang ke rumah. Yoohee yang sedang melihat television itu memandang sekilas Yoongi yang membawa Jiyeong masuk ke dalam rumah.

"Yoohee. Mulai sekarang. Jiyeong akan tinggal dengan kita. Awak kena biasakan diri dengan Jiyeong sebab.. tak lama lagi. Saya akan kahwini Jiyeong"

Sedikit pun air mata Yoohee tidak jatuh malahkan dia senyum sinis kepada perempuan dihadapannya.

"Bagusnya kau Jiyeong. Menjadi punca rumah tangga orang pecah belah disebabkan perangai kau ni"

Yoohee merapati Jiyeong dengan berani dan bertentang mata dengan Jiyeong.

Jiyeong berpura pura ketakutan dengan Yoohee.

Yoongi pantas menolak badan Yoohee kebelakang. Yoohee memandang tajam kepada Yoongi.

"Belum lagi jadi isteri dah bawak balik dia sini. Saya atau awak yang kotor sekarang ni Yoongi?" dengan berani Yoohee bertanya dengan suara yang lantang.

"Awak jangan berani nak tinggikan suara kat saya Yoohee. Saya suami awak?"

marah Yoongi sambil tampil ke depan merapati Yoohee.

"Suami? Haha!" Yoohee berpura pura gelak sambil menutup mulutnya.

"Saya tak pernah ada suami. Suami saya dah mati selepas sahaja saya kahwin dengan dia. Awak jangan berlagak macam suami saya!" jerit Yoohee tegas dengan kata katanya.

"Awak jangan melampau Yoohee!!" Yoongi menggangkat tangannya ingin menampar Yoohee.

Yoohee pantas ke depan merapati Yoongi untuk menunggu Yoongi memukulnya.

"Pukul lah saya Yoongi. Saya terima segalanya dari awak Yoongi. Cepat lah! Pukul la saya. Disebabkan dia awak berani buat saya macam ni."

kata Yoohee sambil menuding jarinya pada Jiyeong yang masih lagi berpura pura ketakutan dibelakang Yoongi.

"Awak dengar sini Yoongi. Bersaksikan Jiyeong malam ini. Saya bagi awak tempoh dalam masa seminggu ini. Untuk awak pilih sama ada awak nak teruskan hubungan kita dan tinggalkan dia atau awak pilih dia untuk dijadikan isteri awak dan awak ceraikan saya!!"

dengan lantang Yoohee berkata.

Yoongi menguak rambutnya kebelakang dengan kuat.

"Apa ni Yoohee?? Kenapa sampai nak bercerai? Saya tak akan sesekali ceraikan awak Yoohee. Awak dengar ni. Hanya mati yang dapat pisahkan kita!!"

jerit Yoongi lalu menarik tangan Jiyeong dan dibawa ke atas.

Yoohee jatuh tersungkur. Barulah air matanya jatuh ke pipi.

"Awak tamak Yoongi. Awak tamak. Awak akan menyesal dengan apa yang awak buat ni."

*****

"Yoongi. Awak akan tinggalkan saya ke?" tanya Jiyeong sewaktu mereka masuk ke dalam bilik tidur Yoongi.

Yoongi terdiam. Dia teringatkan Yoohee dibawah.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now