09

263 34 0
                                    

Mereka tiba di sebuah kedai perabot di dalam bangunan BigHit Mall itu.

Min Yoongi menarik tangan Yoohee menuju ke bahagian bilik tidur.

Yoohee terpinga pinga setibanya dikawasan itu.

"Selamat datang ke BigHit Mall" ucap pekerja itu sambil menunduk hormat pada pelanggan mereka.

Yoohee membalas senyum pekerja itu. Manakala Yoongi menunjuk muka dingin pada pekerja itu. Yoohee mengeluh lemah melihat perlakuan Yoongi itu.

Yoongi melangkah pergi ke arah katil dan tilam. Yoohee hanya melangkah dibelakangnya sahaja.

"Boleh berikan saya katil dan juga tilam yang berkualiti?" pinta Min Yoongi pada pekerja yang sedia mengikut mereka dari tadi.

"Baiklah. Encik boleh tunggu di ruang menunggu sebentar." lalu pekerja itu pergi meninggalkan mereka.

Yoongi dan Yoohee melangkah ke sofa yang disediakan disitu.

"Awak nak beli katil lagi? Kenapa dengan katil awak?" Yoohee menanja polos.

Yoongi memandang wajah Yoohee sebelum menjawab.

Belum sempat Yoongi mahu menjawab sekali lagi Yoohee berkata.

"Oh. Saya tahu. Maafkan saya. Sebab saya, awak kena beli katil baru." kata Yoohee perlahan lalu menundukkan kepalanya ke bawah dan bermain dengan jarinya.

Yoongi mengeluh. Lalu dia membawa tangan Yoohee ke dalam peganggannya.

"Saya beli untuk awak. Dan takda sebab saya nak tukar katil baru melainkan kita yang patahkannya" kata Yoongi cuba berlawak.

Yoohee terpinga dengan apa yang Yoongi sampaikan.

"Kenapa nak belikan saya katil pulak?" Yoohee bertanya lagi soalan yang lain.

"Yela. Awak dah tak tidur kat bilik kita. Awak tidur bilik bawah. Takkan awak nak tidur atas lantai macam tu je. Bilik bawah kan takda katil." Yoongi masih lagi dengan senyumannya.

'Manisnya senyuman awak Yoongi'

"Tapi selama ni memang saya tidur atas lantai pun. Saya dah biasa. Awak jangan la bazirkan duit awak macam ni" Yoohee menolak tangan Yoongi yang sedari tadi memegang tangannya dan duduk bersandar sedikit. Matanya masih tak melepaskan memandang Yoongi.

Yoongi mengeluh.

"Saya minta maaf. Sebab buat awak macam tu selama ni. Saya kesal dengan apa yang saya lakukan." luah Yoongi dengan penuh kesal.

Yoohee terpingga pingga sekali lagi.

"Awak okay ke Yoongi? Awak tak sihat ke?" Yoohee kembali rapat dengan Yoongi. Risau wajahnya melihat kelakuan Yoongi.
Dia meraba wajah Yoongi untuk merasa suhu badan suaminya itu.

Yoongi menangkap tangan isterinya itu dan menggenggam dengan penuh erat.

"Saya minta maaf sangat sangat dengan awak sebab selama ni saya tak jaga awak dengan baik. Saya buat awak macam tak wujud. Maafkan saya." Yoongi merayu lagi dengan menatap dalam anak mata Yoohee.

Mereka berpandangan lama untuk benerapa saat. Terasa dunia seakan terhenti.

'Yoongi. Betul ke awak dah berubah? Atau awak hanya kasihankan saya sahaja?'

Saat mereka terlalu lama menatap antara satu sama lain pekerja yang membantu mereka tadi kembali datang kepada mereka.

"Encik.. Puan.. Ohh encik dan puan.." panggil pekerja itu seraya mematikan lamunan mereka berdua.

"Kita sambung dekat rumah" bisik Yoongi di telinga Yoohee ketika bangun lalu menarik tangan isterinya bangun sekali.

Yooher tersenyum dengan perlakuan Yoongi itu. Dia turut bangun dan mengikuti Yoongi dari belakang.

[C] KESETIAAN - BTS SugaМесто, где живут истории. Откройте их для себя