02

310 41 2
                                    

Pintu bilik air dibuka dari dalam. Aku menuggu orang dari dalam untuk keluar. Terpacul wajah seorang jejaka kacak yang aku sayang dari dulu.

Kelihatan dia sudah lengkap berpakaian dari dalam bilik air. Memang sudah menjadi habitnya apabila aku ada di dalam bilik untuk pakai baju terus di dalam bilik air. Baguslah. Aku juga segan melihat dia tidak berbaju.

Aku hanya memerhati Min Yoongi bergerak ke meja solek untuk memakai wangian kegemarangannya.

"Yoongi, awak nak keluar ke?" tanyaku perlahan sambil memandang wajahnya yang dipantulkan oleh cermin.

"Ya." balasnya pendek. Sekurang kurangnya dia balas juga pertanyaanku.

"Awak nak pergi mana? Harinikan hari Sabtu." aku beranikan diri lagi bertanya soalan padanya.

"None of your business" bukan balasan ini yang aku nantikan darinya. Aku senyum pahit.

Baru aku ingin buka mulut lagi telefonnya berdering minta dijawab.

"Ya sayang? Saya baru nak keluar rumah ni. Ya. Tunggu saya ya. Sekejap lagi saya sampai. Ya sayang" aku melihat dia tersenyum semasa menjawab panggilan dari si pemanggil.

Sesungguhnya aku teringin melihat dia senyum sebegitu kepadaku.

Aku masih membatukan diri di birai katil. Sebenarnya aku masih lagi terkejut dengan perkataan 'sayang' yang Yoongi gunakan tadi. Jantungku bagai disiat.

Suami aku ada orang lain dibelakangku? Sedangkan aku sentiasa percaya dan setia dengan dia walaupun dia sering dingin dengan aku.

"Saya balik lambat. Jangan tunggu" suaranya mematikan lamunanku lalu dia bergerak ke arah pintu. Aku menahan pergerakkannya.

"Awak nak keluar dengan siapa Yoongi?" suaraku bergetar semasa berkata padanya.

"Jiyeong" balasnya sepatah yang mampu buat tubuh badanku menggeletar.

Jiyeong. Kawanku semasa dibangku sekolah. Tapi adakah betul dia. Tapi kalau tidak betul mengapa Yoongi menyebut namanya seakan aku mengenali perempuan tu?

"A..awak dengan Ji..Jiyeong?.."

"Ya saya dengan Jiyeong. Kawan sekolah awak dulu. Kami bercinta." belum sempat aku menghabiskan soalan aku dia mematahkannya.

Aku menoleh memandangnya dengan mata berkaca.

"Yoongi. Apa dosa saya pada awak? Saya ikhlas sayangkan awak. Tapi kenapa sedikit pun awak tak berikan kasih sayang awak pada saya?" aku nekad untuk bertanyakan soalan ini padanya sekarang jugak.

"Dosa? Dosa kau ialah bila kau masuk dalam hidup aku. Aku bencikan kau. Aku penat hadap kau untuk Setahun setengah ni. Aku benci tengok muka kau depan aku."

Akhirnya. Aku memandang tepat anak matanya dengan mata yang berkaca.

"Kenapa awak benci saya? Saya sangat sayangkan awak sejak kita di zaman belajar lagi Yoongi. Tak boleh ke awak terima kita ditakdirkan bersama?"

Penuh tertib aku berkata agar tidak mengeluarkan sebarang tangisan.

"Tak. Aku takkan terima perempuan murah macam kau dalam hidup aku. Kau sangat kotor. Aku jijik dengan kau"

Sekali lagi aku tersedu dengar pengakuannya yang diluahkan melalui mulutnya sendiri.

"Awak masih percaya dengan apa yang awak nampak Yoongi? Berapa kali saya nak cakap. Saya.." belum sempat aku habiskan ayatku Yoongi berlalu keluar dari kamar 'kami' dengan hempasan pintu yang agak kuat.

Sekali lagi air mata aku mengalir disebabkan orang yang aku sayang.

[C] KESETIAAN - BTS SugaWhere stories live. Discover now