💦2

498 41 3
                                    

Jennie yang sedang menelaah buku terbantut seketika saat mendengar suara appanya memanggil. Terus dia menyahut dan keluar dari bilik.

"Ada apa appa?" Soalnya sebaik saja terlihatkan kelibat appanya yang sedang berdiri di muka pintu.

"Boleh temankan appa pergi kedai?" Soal Tuan Kim. Pada mulanya Jennie agak pelik bila appanya mengajak, tetapi dianggukkan juga kepalanya. Dia meminta diri dulu bersiap dan muncul semula lebih kurang 10 minit selepas itu.

Kereta dipandu oleh Tuan Kim menuju ke suatu arah. Jennie yang mula terperasankan jalan yang dilalui mula curiga.

"Appa nak pergi mana ni? Kalau nak pergi kedai bukan kena guna jalan lain ke?" Soal Jennie mula berasa yang bukan-bukan.

"Kejaplah, appa nak jumpa kawan appa. Jennie duduklah diam-diam." Balas Tuan Kim terus membelok keretanya ke sebelah kiri. Dan mereka sampai di suatu tempat. Jennie membaca papan tanda yang dilekatkan di bahagian atas bangunan itu.

'Bangtan Night Club'

"Jennie tunggu sini, appa nak masuk dalam." Kata Tuan Kim perlahan. Lalu keluar dari perut kereta. Jennie terpinga-pinga. Dia mula berasa tidak sedap hati.

Tiba-tiba sahaja cermin keretanya diketuk oleh seseorang dan pintu kereta dibuka. Dilihatnya dua orang lelaki sedang tersenyum sinis kepadanya.

"Ada apa ya Encik?" Soal Jennie mula berasa takut.

"Ikut aku, cepat!"

[C] GOMAWO(KAI FF)Where stories live. Discover now