💦4

470 39 4
                                    

"Apa kecoh-kecoh ni Kai?" Soal Namjoon yang tiba-tiba saja muncul setelah mendengar kekecohan di bahagian belakang kelab.

"Pekerja kau ke ni?" Soal Kai sambil menunding jari kepada dua orang lelaki tersebut.

"Ha'ah. Kenapa?"

"Memang tak ada adab ke? Layan perempuan macam sampah." Kata Kai sambil menjeling dua lelaki tersebut. Namjoon yang mendengar hanya tersengih.

"Maaflah Kai, diorang cuma ikut arahan aku je." Balas Namjoon sambil memberi isyarat mata agar dua orang lelaki itu berlalu. Baru sahaja mereka ingin berlalu, Kai menahan lagi.

"Tinggalkan perempuan tu kat sini."

Dua orang lelaki itu teragak-agak mahu melepaskan Jennie, akan tetapi dia akur juga setelah mendapat anggukkan dari Namjoon. Jennie yang sedari tadi hanya membisu menyapu lengannya perlahan. Sungguh dia berasa takut sekarang ini.

"Siapa perempuan ni?" Bisik Kai pada telinga Namjoon.

"Dia benda baru. Bakal jadi pelacur dekat sini." Balas Namjoon dalam nada berbisik juga.

Jennie yang melihat dua lelaki ini berbisik mula berasa lain.

"Aku nak beli dia." Tiba-tiba saja Kai berkata begitu sambil tersenyum nakal. Terbuntang mata Jennie saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Kai.

"Tapi Kai-"

"Berapa kau nak, aku boleh bayar. Asalkan dia jadi milik aku."

Namjoon berkira-kira sendiri. Untung juga dia malam ni. Terus kepalanya dianggukkan tanda setuju. Kai tersenyum puas.

"Bermula detik ini, kau akan jadi milik aku semula."-Kai

[C] GOMAWO(KAI FF)Where stories live. Discover now