💦3

488 39 0
                                    

"Lepaslah! Lepaskan saya!" Jerit Jennie sambil meronta-ronta agar dilepaskan. Tetapi apa kudrat yang dia ada? Dia perempuan sedangkan mereka berdua ini lelaki. Berbadan tegap pulak.

"Diamlah!" Tengking seorang dari dua orang lelaki itu sambil menekup mulut Jennie. Jennie tetap meronta walaupun dia tahu semua itu sia-sia. Kali ini air matanya menitis. Dia mula membayangkan wajah appanya.

Mana appa? Kenapa appa tak datang? Terus sahaja air matanya lebat mengalir dari pipi. Baru sekarang dia sedar, dia sedang diperjudikan oleh bapa kandungnya sendiri.

Semasa mereka sedang berjalan, tiba-tiba saja langkah dua orang lelaki itu terhenti. Begitu juga dengan dia. Dia memandang ke hadapan. Ada seorang lelaki yang menahan mereka.

"Kenapa ni? Dengan perempuan pun nak berkasar ke?" Kata lelaki itu sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.

"Tak ada Tuan, kami cuma ikut arahan." Balas seorang dari dua orang lelaki yang mengheret Jennie tadi.

"Lepaskan dia." Kata pemuda itu lagi. Jennie hanya diam, membiarkan tiga orang lelaki ini berbicara. Tetapi air matanya tetap mengalir.

"Mana boleh Tuan, kami hanya ikut arahan. Bos kami yang suruh kami bawa dia. Takkan senang-senang nak lepas dekat Tuan pula." Balas lelaki sasa itu tidak berpuas hati.

"Siapa bos kau? Bawa dia jumpa aku."

"Apa kecoh-kecoh ni Kai?"

[C] GOMAWO(KAI FF)Where stories live. Discover now