13💦

419 32 0
                                    

Aku menghentak stereng kereta dengan kuat. Melepaskan rasa yang terbuku di hati. Pertama, aku menyesal sebab percaya cakap Baekhyun. Kedua, aku benci diri sendiri sebab tak pernah nak dengar penjelasan Jennie sendiri. Dan sekarang aku terpaksa menanggungnya.

Puas aku pusing satu Bandaraya Seoul ni, akhirnya aku memutuskan saja untuk pergi ke Bangtan Night Club.

Aku melangkah dengan longlai, mata aku meliar mencari manusia yang aku hendaki. Akhirnya mata aku terhenti pada susuk tubuh yang sedang meletakkan botol arak di almari yang disediakan.

"Namjoon." Tegur aku sebaik sahaja mendekati. Namjoon menoleh.

"Kai? Kau nak apa ni, jarang aku nampak kau datang sini sejak ada perempuan baru."

"Aku perlukan bantuan kau Joon. Tolong aku?" Pinta aku dengan pandangan penuh berharap.

"Tolong apa?"

"Boleh aku tahu kat mana alamat rumah perempuan yang aku beli haritu?"

-----

Aku hentikan kereta di hadapan sebuah kawasan perumahan kecil yang terletak di hujung bandaraya Seoul. Boleh dikatakan kawasan perumahan ini agak terpencil.

Kalau ikut alamat yang Namjoon inilah rumahnya, tapi kenapa nampak usang saja?

Seorang ahjumma yang sedang berjalan itu aku tahan dan bertanya.

"Ahjumma kenal dengan pemilik rumah ni?"

"Kenal, ini rumah Tuan Kim Jun Ho, dulu memang mereka duduk sini, tapi lepas Tuan Kim tu selalu saja dikejar along sebab hutang sana-sini mereka mula berpindah dan tak tinggal sini dah." Jelas ahjumma itu kepada aku.

"Ouh, tapi anak perempuan dia ada datang sini tak?"

"Itu ahjumma tak pastilah nak." Kata ahjumma itu.

Aku mengeluh perlahan. Dan kembali merenung ke arah rumah dihadapan aku sekarang.

"Mana kau pergi Jen? Aku rindukan kau. Tapi ego itu mengatasi segalanya."

[C] GOMAWO(KAI FF)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant