💦15

411 37 0
                                    

[AUTHOR'S POV]

Kai memberhentikan keretanya di sebuah taman. Dia melihat ke arah sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari taman itu. Cermin mata hitam yang dipakainya dilorotkan ke bawah.

Seketika dia keluar dari perut keretanya dan melangkah ke arah restoran tersebut. Dia merenung ke arah pintu kaca yang tertulis 'Close'. Dia mengeluh lagi.

Tidak lama kemudian, datang seorang gadis menuju ke arah pintu itu. Pantas Kai mengorok untuk mengelakkan daripada gadis itu perasan akan kehadirannya di situ.

Papan tanda itu diterbalikkan kepada perkataan 'Open'. Tanpa membuang masa terus dia melangkah masuk tanpa teragak-agak. Kerana hatinya sudah ada pada gadis itu. Kim Jennie.

"Tolong jangan muncul lagi." Kata Jennie perlahan sambil melepaskan genggaman tangan Kai.

"Ikut aku balik, okey? Aku tahu kau marahkan aku. Tapi kau patut tahu yang aku masih perlukan kau disini." Luah Kai sambil mencari anak mata Jennie.

"Tapi saya tak perlukan awak Kai. Sebab bagi awak, saya hanya perempuan simpanan. Saya bukan siapa-siapa bagi awak. Jadi pergi sajalah. Tak perlu nak cari saya lagi." Mendatar saja suara Jennie menutur. Dia ingin melangkah tetapi sekali lagi ditahan oleh Kai.

"Aku perlukan kau. Kalau kau rasa kau tu tak guna itu semua itu hanyalah firasat kau. Sebab aku dekat sini tak pernah bencikan kau. Aku selalu sayangkan. Cuma kau, kau yang lupa siapa aku sebenarnya. Kau buat aku kecewa. Tetapi aku pendamkan saja. Sebab hanya kau yang aku inginkan Jen."

Jennie bingung. "Apa yang awak cakap ni Kai?"

"Kau masih tak ingat aku Jen?"

Jennie menggeleng.

"Aku Kim Jong In, budak lelaki yang pernah kau rapat suatu ketika dulu. Tapi kau abaikan aku sebab Sehun. Kau lebih sukakan Sehun berbanding aku. Kau tak tahu betapa aku kecewa dan terluka masa itu. Tapi aku pendamkan saja Jen. Sampailah aku jadi macam yang kau lihat sekarang. Semua sebab kau."

[C] GOMAWO(KAI FF)Where stories live. Discover now