💦16

419 33 2
                                    

[JENNIE'S POV]

Lama aku mendiamkan diri saat pulang semula ke rumah milik Kai itu. Jarang sekali aku bercakap dengan Kai memandangkan lelaki itu selalu sibuk dengan kerjanya.

Aku memotong sayur-sayuran untuk dijadikan sebagai bahan masakan kerana Kai akan pulang dari kerja harini.

Sudah lama aku tidak melakukan kerja seperti ini. Aku mula membasuh bahan-bahan tersebut dan dimasukkan ke dalam kuali dan memasaknya sehingga siap.

Lebih kurang 30 minit berlalu, hidangan untuk makan malam aku dan Kai sudah siap, dan sekarang aku perlu siapkan diri dan menanti Kai pulang dari kerja.

Loceng rumah yang berbunyi menghalang aku untuk melangkah ke bilik. Pantas aku ke ruang tamu. Siapalah yang databg senja-senja begini.

Aku membuka pintu. Kelihatan seorang lelaki sedang memakai baju uniform khas untuk seorang pekerja dan topi di kepalanya. Aku membaca tulisan pada bajunya.

'Uminnie Florist'

"Ada apa ya?" Soal aku kepadanya.

"Ini ada penghantaran bunga untuk Cik Jennie. Tolong tanda tangan disini dulu ya." Katanya sambil menyerahkan kertas untuk di tanda tangani.

Setelah aku menyerahkan semula kertas tersebut, dia pula yang menyerahkan sejambak bunga rose berwarna putih dan terdapat 3 kuntum rose merah. Nota kecil yang terlekat disitu aku ambil dan baca.

"Three red rose mean, I LOVE YOU."

Aku tersenyum gembira dan kembali masuk ke dalam rumah.

[C] GOMAWO(KAI FF)Where stories live. Discover now