💦11

406 33 0
                                    

Flashback.

Seorang budak lelaki dalam lingkungan 9 tahun sedang bermain bola bersama rakan-rakannya yang lain. Mereka nampak terlalu gembira. Tiba-tiba sahaja seorang budak perempuan datang dam memanggil nama budak lelaki itu.

"Jong In-ssi."

Pantas Jong In mengalihkan pandangan. Dia tersenyum riang saat melihat budak perempuan itu datang mendekatinya.

"Ini ada makanan untuk awak. Omma yang masakkan. Makanlah." Kata budak perempuan itu sambil menyuakan mangkuk tingkat yang dibawanya kepada Jong In.

Pantas Jong In mencapainya dan mengucapkan terima kasih.

"Marilah duduk sini, tengok kami main bola."

Budak perempuan itu hanya akur. Dia menonton permainan yang mereka main. Matanya lebih tumpu kepada seorang lagi budak lelaki yang bermain bola dengan Jong In.

Keesokannya.

"Jen, petang ni kau datang taman tak? Boleh tengok aku main." Kata Jong In dengan teruja.

"Sorrylah Jong In. Petang ni saya dah janji dengan Sehun nak buat kerja sekolah sama-sama." Balas Jennie dan berlalu pergi.

Jong In berasa agak kecewa. Tetapi esok mungkin dia boleh cuba lagi.

Hari demi hari berlalu, Jennie dan Sehun menjadi rapat manakala persahabatannya dengan Jong In mula renggang. Jong In mula berasa kecewa kerana dia sudah lama menyukai Jennie. Tetapi kini cinta hatinya sudah dirampas. Dia mula menyimpan dendam.

Sampailah suatu hari tu, Jennie pindah rumah. Dia sudah tidak tinggal di situ lagi. Tetapi dalam hati Jong In bertekad. Dia mahu mencari Jennie semula.

"Kau akan tetap jadi milik aku Jen."

[C] GOMAWO(KAI FF)Where stories live. Discover now