💦14

396 36 0
                                    

[JENNIE'S POV]

Aku dah tak tahu nak pergi mana selepas aku dapat tahu omma dan appa dah pindah rumah. Gamak diorang buat aku macam ni.

Tapi aku tak nak jadi manusia lemah, aku kena kuat. Jadi aku membuat keputusan untuk bekerja di sebuah restoran yang berhampiran dengan rumah usang aku itu dan tidur di stor restoran. Mujur majikan aku ini baik orangnya walaupun pada awalnya dia tak benarkan aku tidur dalam stor tu.

Aku bekerja seperti biasa, papan tanda yang tertulis 'Close' aku kalihkan kepada 'Open' menandakan kedai sudah dibuka.

Aku mengelap meja di bahagian penjuru restoran itu sementara pelanggan masih tiada. Sedang tangan aku mengelap meja, pintu yang diperbuat dari kaca itu dikuak seseorang. Seorang lelaki melangkah masuk.

Pantas aku mendapatkan nota dan pen yang terletak di kaunter bayaran. Dan berjalan menuju ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menunduk. Jadi aku tak dapat lihat wajahnya dengan jelas.

Tapi dari segi pemakaiannya jelas sekali nampak seperti seorang ahli korporat yang berjaya.

"Encik, order?" Soal aku sambil tersenyum ke arahnya walaupun tidak seinci pun dia memandang aku.

Lelaki itu hanya diam. Aku garu kepala.

"Encik?" Panggil aku lagi.

"Saya mahukan Kim Jennie kembali ke pangkuan saya."

Terus mata aku membuntang, suara ini. Ya aku kenal suara ini. Pantas lelaki itu mengangkat kepalanya dengan mata berair.

"K-kai?"

"Tolong, ikut aku balik. Aku merayu."

[C] GOMAWO(KAI FF)Where stories live. Discover now