Part 1

2.9K 81 2
                                    

Aku, Farhana Lee binti Mohamad Lee atau lebih dikenali dengan Hana. Aku bekerja sebagai pembantu peribadi di InQ Holdings.

"Hana!!!"

Badan aku terus berdiri tegak apabila nama aku dilaung kuat. Mata aku menjeling pada pemilik suara itu. "Yes, Miss Chin. May I help you?" Soalku lembut dengan segaris senyuman di bibir sedangkan hati aku membara.

Miss Chin memandang wajah Farhana dengan serius. "I already told you, don't ever put this file in my office." Katanya sambil menggoyangkan sebiji hard cover file yang berada di tangannya.

Tanpa aku lihat nama fail itu pun, aku tahu fail apa itu kerana itu satu-satunya fail yang Miss Chin paling tidak suka.

"Sorry, miss. Bos besar suruh miss yang settle kan." Ujarku penuh santun. Dari jauh itu pun, aku dapat dengar Miss Chin mendengus marah.

"I need to meet him. I tahulah dia bos besar but this kind of thing is not my job! Tell him now. I want to meet him." Ujar Miss Chin sambil memeluk tubuh.

You're not be kidding me, Miss Chin. Nak bergegar ke bangunan InQ Holdings ni? "Bos ada meeting kat luar, Miss Chin." Tipuku untuk menyelamatkan keadaan.

Tiba-tiba Miss Chin ketawa. "You buat lawak apa ni, Hana? Bos pergi meeting kat luar and you kat sini? You tak pernah macam ni."

Yes! Terkena satu tembakan tepat pada batang hidung. Nama pun personal assistant dan memang ke mana saja bos besar pergi, aku perlu ikut. Senang cakap aku ni kerja 24/6 sebab cuma ahad saja hari aku untuk bersuka ria.

"Miss Chin, saya tak nak buat kecoh kat sini. Miss Chin tahu kan bos macam mana? Dah berapa kali dah benda ni jadi and the result tetap sama kan?" Pujukku. Yelah, mana tahu jalan. Rasanya dah 5 ke 6 kali bos aku dan Miss Chin berperang mulut sebab fail itu saja. Kadang-kadang geram juga dekat Miss Chin. Yelah, bos besar suruh buat, jadi buat jelah.

"I don't care. I nak jumpa bos you." Miss Chin tetap berkeras.

Muka aku memang sudah berubah riak apabila Miss Chin kata nak jumpa bos. Baru saja aku nak melangkah keluar dari meja kerjaku, interkom aku menyala. Bos besar sudah panggil!

Kakiku melangkah cepat ke bilik bos besar. Pintu bilik itu aku tolak dan terus melangkah masuk. Mata aku dan bos aku berlaga. "May I help you?" Soalku.

"May I help you?"

Soalan dari mulut bos besar aku itu buatkan aku terkejut. Mata aku sedikit membuntang. "Pardon me?" Aku mahukan kepastian.

"I heard noises. Something happened?" Soalnya dengan riak penuh tertanya-tanya.

"Encik Luqman, Miss Chin nak jumpa." Ujarku tanpa dolak dalih dan aku lihat riak bos aku itu hanya tenang saja.

"Tell her just do what I asked to. No need to meet me. Full stop." Balas Luqman yang menyambung semula kerjanya.

Aku memandang bos aku yang mula menyambung kerjanya. Bos aku ni macam tak tahu je perangai Miss Chin. "Yes, bos. Tu je ke, bos?" Soalanku dibalas dengan anggukan. Jadi faham-fahamlah.

Aku melangkah keluar dari bilik bos aku. Keluar saja dari bilik itu, Miss Chin sudah bersandar pada mejaku sambil memeluk tubuh. "Bos cakap 'tell her just do what I asked to' and 'no need to meet me'. Itu je."

Wajah Miss Chin berubah. "What the hell? I better meet him now. Move!" Ujar Miss Chin pada Farhana. Miss Chin menolak tubuh Farhana perlahan agar memberinya laluan untuk masuk ke dalam bilik bos besar.

Baru saja Miss Chin melangkah masuk ke dalam bilik itu, aku sudah mula dapat dengar Miss Chin mengamuk. Waktu first time aku berhadapan dengan situasi ini, memang aku kelam kabut sebab takut kena fire dengan bos aku dan bila Miss Chin keluar dari bilik itu, muka Miss Chin memang tegang gila. Beberapa hari lepas tu, aku dengar kerja yang bos bagi kat Miss Chin settle dan Miss Chin dengan bos aku pun okey je. Tapi yang malasnya, aku yang kena hadap bad mood bos aku tu bila lepas gaduh dengan Miss Chin.

Satu Dalam Sejuta (Completed)Where stories live. Discover now