Part 45

1.5K 56 2
                                    

Sambil melangkah pergi, mulut aku terkumat kamit membebel benda yang otak aku pun tak tahu apa yang aku cakap. Aku geram betul dengan Luqman. Kenapa Luqman saja buat perangai macam tu?

Luqman tahu yang aku dengan Hariz memang tak ngam, ini pula nak duduk semeja dengan lelaki tu. Apa yang Luqman rancangkan sebenarnya?
Argh... geramnya. Hilang terus mood aku nak shopping harini. Baik aku balik rumah je terus.

Aku melangkah ke pintu utama shopping mall. Memandangkan aku datang ke sini bersama Luqman tadi so balik ni kena naik cab lah. Tak nak aku menghadap muka Luqman waktu geram macam ni. Karang apa pula jadi.

Getaran dan bunyi ringtone telefon bimbit aku dalam poket seluar menyebabkan aku keluarkan telefon bimbi itu dari poket. Terpapar perkataan 'My King' di skrin telefon dan aku terus reject. Luqman call. Apa tah dia nak cakap. Malas nak berbalah dengan Luqman.

Menapak je aku luar dari mall, aku terpandang deretan teksi yang menunggu penumpang. Nasib baik banyak teksi. Aku menghampiri teksi yang terdekat.

"Uncle, hantar saya ke Teressa Condominium." Ujar aku pada pemandu teksi India itu.

"Okey."

Aku masuk ke dalam teksi uncle India itu dan teksi itu terus bergerak.

*************************************************
Selepas pintu di buka, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku lihat skrin telefon aku ada missed call sebanyak 15 kali dari Luqman. Saja aku silent kan telefon aku. Kalau tak, memekak je berbunyi dalam teksi tadi.

Telefon bimbit aku campak ke atas sofa. Kaki aku melangkah ke dapur. Sudah lah tak makan lagi, bahan mentah kat rumah pun takde. Aku melangkah ke kabinet dapur di mana aku simpan Maggi. Fuh... nasib baik ada dua bungkus maggi lagi. Aku capai dua bungkus maggi tu. Moh ler kita masak maggi goreng.

Selepas 15 minit... "Siap!" Aku masukkan maggi goreng sudah siap dimasak ke dalam mangkuk. Hambek kau. Penuh satu mangkuk ni. Jarang gila aku makan maggi sekali 2 bungkus macam ni.

Aku mencapai chopstick dan membawa mangkuk yang penuh berisi maggi itu ke ruang tamu. Makan sambil tengok tv adalah the best.

Aku mencapai telefon di atas sofa lalu duduk. Aku lihat skrin telefon, 18 missed call dari Luqman. Tambah lagi 3 missed call masa aku masak tadi. Argh... biarlah. Aku letak telefon atas meja dan mencapai remote tv lalu menghidupkan tv.

Buka-buka je tv terus terpampang cerita Arena Panggang. Mata aku asyik fokus pada tv sampai maggi dalam mangkuk tak luak mana sebab asyik gelak je dengan gelagat pelawak dalam Arena Panggang tu.

"Sayang!"

"Oi mak!" Aku melatah. Terkejut aku. Aku pusing ke belakang. Luqman melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang masam. Marah lah tu sebab aku tak angkat call dia. Aku ni lagi marah. Aku memandang tv semula.

Luqman melangkah geram ke arah Farhana. Banyak kali dia call tapi tak berjawab. Risau tak kira lagi. Luqman berdiri di sebelah sofa yang diduduki Farhana. "You can simply laugh at home?" Soal Luqman tegas.

Aku buat-buat tak dengar apa yang Luqman cakap. Maggi yang tadi tak luak, semakin berkurang.

"Farhana Lee!"

Hambek kau! Luqman dah sebut nama penuh. Aku menoleh. "Apa?" Balas aku geram.

"I'm talking to you and you just ignored me?"

"You also ignored me masa dengan Hariz tadi."

"Kita cuma makan dengan Hariz je. What's the matter?"

"Apa masalah dia? He's my ex-boyfriend yang saya sayang sangat sampai saya trauma nak bercinta lagi lepas dia tipu saya. Now, awak faham kenapa saya anti sangat dengan dia? Ke awak nak saya rapat balik dengan dia and timbul balik perasaan lama tu?"

Luqman mengetap gigi. Walaupun dia boleh predict yang Hariz tu ex-boyfriend Farhana tapi dia tak predict pun yang Farhana pernah sayang lelaki itu sampai trauma untuk bercinta.

Aku letak mangkuk maggi ke atas meja. "Kalau awak susah nak faham saya, awak tak payah faham saya. Awak jangan sibuk private life saya." Ujar aku. Kejap! Apa aku cakap ni?!

"Sayang!" Luqman mengambil tempat di sebelah isterinya. Dia pun satu. Sepatutnya kalau Farhana tak nak tadi, ikutkan je. Entahlah kenapa ego dia tinggi melangit sampai sanggup sakitkan hati isterinya.

Luqman mencapai jari jemari Farhana. "Sayang, I'm sorry. I know, my mistake. Saya marah ni sebab awak tak angkat call saya. I'm worried. What if anything happen to you? I love you."

Alah... romantik betul bila Luqman cakap I love you. Terus sejuk hati aku yang tengah membara ni. "Good." Balas aku lalu menarik jari aku dari digengam Luqman lama. Saja. Ego kasi tinggi sikit. Aku mencapai semula mangkuk maggi lalu disuap ke dalam mulut.

Luqman menggeleng perlahan. Makanan lagi penting darinya. Dia kemain lah mencanak balik ke rumah sebab risaukan Farhana tapi balik-balik je nampak Farhana tengah sedap makan.

Luqman merapatkan duduknya dengan Farhana. Tangannya memeluk pinggang Farhana. "Sayang..." meleret Luqman memanggil.

Aduh... terasa kejung bila Luqman peluk tiba-tiba. "Apa?" Soal aku tanpa memandang Luqman.

"Awak tak masak untuk saya ke?"

"Bukan awak makan dengan Hariz ke?"

"Buat apa saya nak makan berdua dengan dia. Makan dengan awak lagi baik."

"Saya ingat awak pergi makan dengan Hariz. Jadi saya masak untuk saya jelah."

"I bet yang maggi ni bukan sebungkus."

Aku memandang Luqman. Wow, impressive. "Sekali sekala."

"Nak." Ujar Luqman dengan wajah dibuat-buat kesian.

Alah... rasa nak cubit-cubit je pipi dia ni tau. "Nah." Aku hulur mangkuk maggi pada Luqman tapi dia tak ambil. "Nah lah."

"Saya nak sayang saya suapkan."

Ei... mengadanya! Nasiblah Luqman ni suami aku. Satu sudu aku suap ke dalam mulut Luqman. "Sedap tak?"

"Tak sedap kalau awak tak suapkan."

Aku gelak. Apa sweet sangat suami aku ni. "Awak ni, kalau kat office jangan layan saya macam isteri pula."

"I'm professional, sayang. At the office, you're my staff and at the home, you're my sweetheart."

Aku mencebik. "Let see if you can treat me like a staff. Dekat rumah pun mengada-ngada macam ni. Ni kalau staf lain nampak, mesti diorang terkejut."

"Kan saya cakap yang saya macam ni bila saya dengan isteri tercinta saya."

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Where stories live. Discover now