Part 33

1.2K 50 0
                                    

Honeymoon? Ha... aku dengan Luqman baru 2 minggu jadi suami isteri. Selama dua minggu ni, ada lah beberapa perubahan dalam hidup aku ni. Salah satunya, kalau Luqman bangun tidur sebelum aku, dia akan say good morning kat aku and bagi morning kiss. Benda tu sampai sekarang aku takleh adapt lagi. Hari-hari jantung aku macam nak meletop sebab tu je.

Bukan tu je, kadang-kadang Luqman ada juga panggil aku sayang. Itu pun aku rasa awkward. Bila dia panggil aku 'sayang', aku rasa macam ada something di sebalik sayang tu.

Selepas dua minggu, tiba-tiba mommy dan daddy Luqman naikkan isu honeymoon. Weh aku dengan Luqman tak pernah pun bincang pasal honeymoon sehinggalah hari ni mommy tanya bila kami nak honeymoon.

Aku pandang Luqman yang sedang memandang mommynya. Janganlah Luqman setuju je. Aku bukan tak nak pergi honeymoon tapi honeymoon tu macam more romantik. Yelah, aku kahwin dengan Luqman bukan sebab cinta pun jadi aku prefer dengan istilah holiday. Siapa yang tak suka holiday? Dapat travel kot!

"Mommy daddy nak sponsor honeymoon Luq. Just tell me where you want to go." Ujar Datin Laila dengan senyuman lebar. Lagi cepat anaknya pergi honeymoon, lagi cepat dia dapat cucu lagi.

"Mom, kami tak discuss benda ni lagi. Actually for a couple of months, I'm very busy." Balas Luqman. Terpaksa menghampakan hasrat mommynya. Dia bukannya tak mahu tapi dia memang sibuk.

Datin Laila mengeluh. Itulah yang buat dia selalu bising. Kalau Luqman bekerja dengan suaminya, tak ada lah sibuk macam tu sekali. Datin Laila memandang menantunya pula. "Hana nak pergi honeymoon kan? Every woman wants right?"

Aku senyum segaris. Alah... kenapa ibu mertuanya main emosi ni? Aku pandang Luqman. Luqman pun pandang aku macam nak tahu jawapan aku pada soalan mommynya. Aku memandang Datin Laila semula. "Yes, I want but Hana rasa kami pergi after tak sibuk sikit. For now schedule Luq memang pack." Balas aku. Aku tahu balasan aku memang menghampakan ibu mertua aku tu.

"Sometimes mommy lupa yang Hana ni secretary Luq. And now jelaslah yang both of you to destined together." Ujar Datin Laila dengan tawa kecil.

Aku hanya senyum saja dengan apa yang dikatakan Datin Laila. Yelah, destined together lah kot. Sepupu ke bos ke tunang ke suami. Melekat je.

"Hana, let me know bila Luq free and that time, make sure both of you get your honeymoon time. Make sure don't be too late. Mommy nak cucu baru cepat-cepat."

Senyuman aku tadi terus mati. Clap clap clap bila mommy Luqman naikkan isu baby pula. Aku pandang Luqman.

Bibir Luqman tidak dapat menahan dari tersenyum dengan apa yang dikatakan mommynya. Dia memandang Farhana dan mata mereka bertentangan. Melihat reaksi wajah Farhana, dia tahu isterinya itu tak selesa tapi apa boleh dia buat? Luqman mengangkat kening dengan senyuman nakal.

Luqman memandang mommynya lalu merapatkan tubuhnya dengan Farhana. Tangannya mula melingkar di pinggang isterinya. "Mommy kalau nak cucu, tak payah tunggu honeymoon pun. Kalau Hana ready, secepat mungkin pun boleh." Ujar Luqman.

Mata aku terbuntang. Badan aku kejung bila Luqman memeluk pinggang aku. Aku rasa kalau check tekanan darah aku ni mesti turun naik turun naik ni. Apa yang Luqman cakap tu pun, aku tak boleh cerna dengan baik.

"Hana mestilah cepat-cepat ready. Kita perempuan ni, kena cepat-cepat dapat baby. Bila umur meningkat, makin susah dapat tahu? Luq ni mommy tahu, dari dulu lagi dah ready nak baby." Ujar Datin Laila sambil menjeling anaknya yang ketawa.

Aku fokus semula pada perbincangan walaupun makin lama makin erat pelukan di pinggang aku tu, sampai bahu aku terlanggar dada Luqman. "Erm... Hana tahu. InsyaAllah kalau ada rezeki, mommy." Itu saja yang aku mampu balas. Speechless.

*************************************************
Aku menarik nafas dalam-dalam. Bagi balik oksigen masuk dalam peparu aku. Kejadian Luqman peluk aku tadi tu masih tak dapat diusir dari minda aku.

Apa punya mainan yang Luqman main ni? Tak best langsung kalau jantung aku je yang berlumba macam nak mati.

Bunyi pintu tertutup di belakang aku, membuatkan aku menoleh. Ye, Luqman melangkah ke arah aku dengan senyuman. "Luq..." panggil aku.

Luqman melangkah menghampiri Farhana. "Yes?" Soalnya.

Aku mengeluh terlebih dahulu. "Don't do like that again." Ujar aku. Ya, aku benar-benar tak selesa.

"What again?" Soal Luqman tak faham-faham. Masuk-masuk bilik je, terus 'don't do like that again'.

Aku menggigit bibir. Dia tak faham atau buat-buat tak faham? "I know you understand what I mean." Balas aku.

Apa dia? Luqman berfikir sejenak. Oh... Mata Luqman memandang tepat ke mata Farhana. Luqman melangkah ke Farhana. Mata mereka bagaikan terkunci. "Do you mean this?" Ujar Luqman lalu memeluk Farhana. Dagunya diletak di bahu isterinya.

Ok... jantung aku macam susah nak pam darah ke otak aku. Aku tak tahu nak buat apa ni. Badan aku kejung lagi.

"You don't want me to do like this anymore?" Soal Luqman di telinga Farhana.

Membuntang mata aku apabila terasa nafas Luqman di telinga aku. Automatik aku menolak tubuh Luqman kuat. Luqman terdorong ke belakang sikit. Aku menelan liur.

Mata Luqman sedikit membuntang. Terkejut dengan tolakan Farhana. Seketika, dia senyum segaris. Walaupun hatinya sakit tapi dia harus terima. Farhana belum dapat menerimanya lagi. "Okey. Okey. I won't do like that until you're ready, okay?" Balas Luqman. Dalam hubungan ni, dia harus bertimbang rasa.

Walaupun aku gembira bila Luqman cakap macam tu tapi aku rasa sangat bersalah bila tolak Luqman macam tu. Aku mengetap gigi.

Luqman melangkah ke arah meja kerjanya dan duduk. Dia turn on iMac-nya. Keadaan janggal seperti itu perlu dihapuskan segera. Dia tak mahu buat Farhana tidak selesa.

Anak mata aku memandang Luqman yang duduk di meja kerja yang membelakangi aku. Aku mengeluh perlahan. Luqman terasa ke dengan aku? Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang penting. "Luq, awak ada meeting dengan Mr Joko now." Ujar aku bila mata aku terlihat jam di dinding lagi 5 minit pukul 4.

Luqman memandang kosong skrin iMac dia tu. Keluhan perlahan dilepaskan. Bos tetap bos. Suami? Luqman kembali menekan aplikasi di komputernya itu. "Yes, I know." Balas Luqman pendek.

Aku mengangguk. "Kejap, saya ambil diary saya." Ujar aku dan mencapai diari kerja aku di dalam briefcase aku dan aku terus melangkah ke Luqman. Aku berdiri di sebelah Luqman dan memandang Luqman yang sedang duduk. Malangnya, kat dalam bilik Luqman ni ada satu kerusi je.

Luqman mengangkat kepala. "Why?" Soalnya tak ada perasaan.

Aku sengih. "Takde kerusi." Ujar aku sedikit segan. Bila aku cakap macam tu, Luqman menolak kerusinya kebelakang. Dia nak bagi aku kerusi dia ke?

"Nak duduk atas riba saya ke?" Soal Luqman tanpa nada. Tiada nada bergurau langsung. Mood bergurau dia harini dah berkecai.

Aku speechless tapi kepala aku menggeleng laju. Bila Luqman kembali ke kedudukan asal tadi, aku menarik nafas lega. Tapi! Aku sedar perubuhan nada suara Luqman. Luqman version big boss. Aku memandang Luqman. Luqman sudah mula menelefon Mr Joko.

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Where stories live. Discover now