Part 20

1.3K 45 0
                                    

Sepanjang perjalanan aku dan Luqman, kami dua-dua senyap. Pelukan di lengan Luqman sudah lama terlerai.

"Awak nak makan kat mana, Hana?"

Soalan dari Luqman membuatkan aku menoleh ke arahnya. "Saya ikut je. Yang penting saya makan." Ujar aku dan menguntumkan sebuah senyuman lebar. Aku tak mahu Luqman fikir yang bukan-bukan.

"Kalau macam tu, kita makan Fish & Co boleh?" Soal Luqman.

Aku berfikir sejenak. Hurm... why not? Dah lama juga aku tak makan Fish & Co. "Boleh je. Asalkan awak belanja." Ujar aku diikuti tawa kecil.

"Iye... saya belanja."

*************************************************
Aku memandang Luqman yang asyik dengan makanan dia tu. Aku ingatkan bila tengah makan, Luqman nak tanya pasal Hariz tadi tapi Luqman langsung tak buka mulut. Unexpected betul Luqman ni.

"Kenapa awak tak makan?" Soal Luqman sebelum mengangkat muka. Dia perasan yang Farhana memandangnya sehingga buatkan dia rasa tak selesa pula.

Aku menggeleng laju. "Saya makanlah. Slow-slow lah makan." Balas aku dan kembali pada makanan aku.

"Don't worry. Saya takkan tanya masa silam awak dengan dia. Cuma saya nak tahu nama dia je."

Balasan dari Luqman membuatkan aku memandangnya. Gentle nya Luqman ni! "Awak cakap awak tak nak tahu pasal dia tapi nak tahu nama dia je?"

Luqman mengangguk. Semua orang ada masa silam. Kalau Farhana nak cerita, dia terima je dan kalau sebaliknya, dia terima juga. "Just his name, Hana."

"Amar Hariz." Ujar aku. Amar Hariz! Amar Hariz! Aku rasa macam nak pijak-pijak je nama tu. Kalau dapat pijak tuan punya nama, lagi bagus.

"Amar Hariz." Bisik Luqman perlahan dan cukup untuk dia seorang saja yang dengar.

*************************************************
Aku melentokkan kepala aku di bahu abang aku. Dari tadi abang aku ni sibuk dengan The Sims. Aku tontom televisyen dan dia main games.

"Ish... nak tahu satu cerita tak?" Soal aku.

"Apa dia?" Jawab Faris dengan mata masih tertumpu pada skrin laptopnya. Dari game The Sims, dia tukar pula kepada Counter Strike.

Aku mengeluh. Apa punya abang lah macam ni. "Adik jumpa Hariz." Bila aku sebut je nama Hariz, abang aku terus menolak kepala aku supaya angkat dari bahunya dan dia memandang aku.

"Hariz? Hariz, senior kau tu?" Soal Faris. Excited pula dia mahu tahu tentang itu. Yelah, kejadian yang menimpa adiknya berbelas tahun dahulu, pastilah dia akan ingat. Orang yang dah melukai hati adiknya.

Aku mengangguk perlahan. "He's changed." Balas aku dengan nada lemah.

"Dia makin handsome ke? Ke dia dah buncit? Anak berapa dah?" Soal Faris penuh teruja sehingga tidak mengendahkan perubahan nada suara adiknya. Dia mahu tahu juga apa jadi dengan di Hariz tu.

Aku geram dengan Faris lalu menyekeh kepala abang aku tu. Ngekk betul dapat abang macam ni. "Handsome, yes." Balas aku. "But something has changed." Sambung aku lagi.

Faris mengusap kepalanya. Okey, sekehan adiknya bukan main kuat lagi. Sakit gila. Tapi apa boleh buat? Mana boleh marah adik kesayangannya itu. "Apa yang berubah? Dari tadi Ish tanya."

"He said he miss me."

"He miss you? Dia tu mati, hidup balik ke?" Faris berjenaka tapi lawaknya tidak mampu buat adiknya ketawa. "So what's your respond?"

"I hate it, Ish. I hate it so much. Lelaki macam tu, rindu? Semua penipuan je tu. Sama macam apa dia buat kat adik dulu."

"Macam mana kau boleh jumpa dia?"

"Coincidence lah. Ingat adik ni nak sangat jumpa dia? Belum tentu 20 tahun akan datang pun, adik nak jumpa dia."

Tetiba Faris teringat akan tunang adiknya. Sibuk cerita pasal lelaki lain pula. "Luq tahu tak pasal Hariz ni?" Soal Faris.

Aku mengangguk perlahan. "Masa adik terserempak dengan Hariz, Luq ada dengan adik. So he knows there's something happened between us."

"Mesti Luq tengah jealous gila sekarang ni."

"Jealous? Kenapa pula nak jealous?"

"Yelah. Dia mesti fikir something happened between both of you. Kalau Ish kat tempat Luq pun, Ish jealous dik oi..."

Aku berfikir sejenak. Tapi tadi Luq takde pun tanda-tanda jealous. Elok je Luqman layan aku tadi. "I don't think so. Luq even didn't ask me about Hariz. He just wants to know Hariz's name."

'Wah... bagus betul bakal adik ipar aku ni. Tak nak tahu pun pasal masa silam adik aku.' Bisik hati kecil Faris. "Kau tak pelik ke kenapa Luq tak nak tahu?" Soal Faris. Dia pula yang tertanya-tanya.

Aku mengangkat bahu. "I don't have any idea. Maybe he just don't like to know the past. Dia jenis yang more to look to the future."

Faris mengangguk faham. Dia kembali pada laptopnya. Luqman jenis yang look to the future? Betul ke tekaan adiknya itu atau cuma itu hanya tekaan semata-mata?

Aku menyandar tubuhku di badan sofa memandangkan aku dan abang aku duduk bersila di atas karpet. Otak aku bercelaru. Dalam bulan ni, dah 2 kali aku terserempak dengan Hariz.

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt