Part 42

1.4K 46 0
                                    

Perlahan-lahan mata aku dibuka. Pelukan di pinggang aku, sudah aku tahu siapa orangnya. Luqman masih tidur sambil memeluk aku.

Jari aku bermain pada rambut Luqman. Kalau dulu, aku langsung tak berani nak menyentuh wajah Luqman kerana rasa tidak layak. Yelah, aku kan sepupu dan PA Luqman sehingga bila aku betul-betul telah menjadi isteri sebenar kepada Luqman.

Walaupun setiap hari aku melihat wajah tenang itu tapi aku rasa wajah Luqman harini handsome betul. Aku tersenyum. "Good morning." Bisik aku perlahan. Jari aku yang tadi mulanya bermain pada rambut Luqman, kini bergerak ke kening dan turun lagi ke mata dan ke hidung dan berhenti seketika di bibir Luqman. Saat malam tadi tidak dapat dia lupakan.

Bahang di wajah aku sudah dapat aku rasa. Tapi alang-alang Luqman tengah tak sedarkan diri ni, baik aku teroka keindahan ciptaan Allah ni. Tangan aku bergerak ke dada kiri Luqman. Mata aku terbuntang apabila terasa dengupan jantung kemain laju. Aku terus menarik tangan aku jauh dari tubuh Luqman. Luqman dah sedar ke?

Luqman menarik nafas dalam-dalam. Kenapalah isterinya mengujinya pagi-pagi macam ni? Matanya dibuka bersama senyuman di bibir. "Sayang goda saya pagi-pagi ni kenapa?" Soal Luqman lalu menarik tangan Farhana yang bermain di wajahnya tadi.

"Bila awak sedar?" Soal aku. Okey, aku pasti sangat yang Luqman mesti nampak wajah aku tengah merah ni.

"Saya bangun before awak bangun."

"Then you pretend to be asleep?"

"Saya tak ada niat pun tapi well my naughty idea just want to know what will you do to me when you wake up before me."

Aku menolak tubuh Luqman agar menjauhi aku. Memanglah ada gap dekat tengah-tengah tapi tangan Luqman tetap boleh memeluk pinggang aku. "Awak jahat." Kataku.

"Awaklah jahat. Pagi-pagi uji saya. Iman saya tak kuat mana bila dengan awak, tahu?"

Argh... apa ni?! Aku duduk. Bila selimut aku terlurut, mata aku terbuntang. Baru aku sedar! Aku terus menarik comforter menutup tubuh aku. Apa ni?! Aku menutup muka dengan comforter lalu menjerit. Malu!

Luqman gelak. "Tak payah malulah. Bukannya saya tak nampak." Ujar Luqman selamba.

Aku menjeling Luqman. "Semenjak awak jadi suami saya, awak tunjuk sisi yang tak pernah awak tunjuk kat saya sebelum ni. You're so naughty."

Luqman mengerengkan tubuhnya dan kepalanya dipangku dengan tangan. Dia bermain dengan hujung rambut isterinya yang beralun di belakang tubuh Farhana yang terdedah. "Saya bukannya nakal. Saya cuma nak manja dengan awak je."

Aiseh... naik sejuk badan aku ni. Nak-nak pula bila jari Luqman tersentuh belakang aku. "Dahlah. Saya nak mandi." Ujar aku lalu duduk di sisi katil. Kaki aku menyepit baju tidur aku di lantai dan aku terus sarung ke badan.

"Nak ikut..."

Aku bangun. Mata aku menjeling tajam ke arah Luqman. "Kalau awak ikut, malam nanti dan malam-malam seterusnya, tidur kat ruang tamu." Ujar aku tegas. Gila nak mandi sama-sama?

Luqman tergelak. Dia membaringkan tubuhnya semula sambil matanya memandang Farhana melangkah ke bilik mandi. "Mandi wajib tau, sayang..." Mendengar dengusan dari Farhana, membuatkan Luqman gelak lagi.

*************************************************
Aduh... satu kerja aku nak kena buat. Aku menarik cadar katil aku. Walaupun cadar ni warna merah hitam tapi kesan tu tetap nampak. Dahlah cadar ni baru minggu lepas tukar, nanti apa pula mama fikir kalau nampak aku basuh cadar ni.

Cadar yang sudah dicabut, aku campak ke lantai. Aku kena basuh dulu kesan tu, baru boleh basuh guna mesin. Tapi Luqman tengah mandi lagi. Aku duduk di sisi sambil kain aku bermain-main dengan cadar di lantai.

"Why?" Soal Luqman. Terkejut dia bila dia lihat cadar bersepah di atas lantai.

Aku bangun. Cadar dan pelapik tilam di lantai, aku kutip. "Jangan buat-buat tak tahulah." Balas aku. Takkanlah aku nak explain kenapa aku cabut cadar tu sekali dengan pelapik tilam.

"Why?" Soal Luqman tidak faham.

Geram pula aku dengan Luqman ni. Aku menunjuk kesan di atas cadar itu pada Luqman. "Faham?"

Luqman gelak. Pinggang Farhana dipeluknya dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya sedang sibuk mengelap rambut. "Sorry." Ujar Luqman lalu memberi satu kucupan di dahi Farhana.

Alah... apa ni main pujuk-pujuk macam ni. Cair terus aku jadinya. Tak boleh jadi ni. Nampak sangat aku lemah dengan pujukan Luqman kalau macam ni. Aku menolak tangan Luqman di pinggang aku. "Sorry naik lori."

Lagi sekali Luqman gelak. "Okay okay. Sayang, let me wash that. Saya yang buat, biar saya yang basuh." Ujar Luqman lalu menarik cadar dan pelapik tilam dari Farhana.

Aku terkejut. "Hei, janganlah. Biar saya basuh sendiri."

"Lah... biarlah saya basuhkan."

"Kalau mama nampak awak basuh cadar yang baru seminggu pakai ni, apa pula mama fikir."

"Lah... mama nak fikir apa?"

Aku terdiam. Mama nak fikir apa ye? "Ah... biar saya basuh sendiri. At least mama fikir saya bocor."

"Bocor?" Berkerut seribu dahi Luqman. Jujur dia kata yang dia bukannya tak tahu apa maksud bocor bagi perempuan ni tapi dia cuma saja nak menyakat isterinya.

"Bocorlah. Period pastu overloaded. Faham?"

"I knowlah. Don't be angry. Saya gurau manja sikit pun tak boleh."

"Tak boleh pun. Saya takde mood." Balas aku lalu melangkah ke bilik mandi bersama cadar di tangan.

*************************************************
Bersambung...

Satu Dalam Sejuta (Completed)Where stories live. Discover now