PROLOG

30.6K 1K 43
                                    

Aryana menyarungkan cincin yang berukir A&A di sekelilingnya pada jari Aylie dan Arrian. Aylie dan Arrian berpandangan.

"Apa ni Grandma?"

Aryana senyum. Matanya memandang kedua-dua cucu sulungnya itu. "Ini hadiah Grandma untuk Lie dan Rian."

"Hadiah untuk apa? Birthday kami lambat lagi." tutur Arrian. Aryana senyum lagi. Dia mengusap lembut tangan Aylie dan Arrian.

"I know what you guys feel to each other. I know that you guys love each other."

Aylie dan Arrian terdiam. Aryana menghelakan nafasnya. "Aylie, Arrian cinta tak semestinya memiliki. Kadang-kala kita kena berkorban perasaan untuk kebahagiaan orang lain. And I'm glad that you guys did that."

Aylie dan Arrian senyum kelat.

"Tapi, kalau dah memang takdir tu menuliskan korang akan bersama, kalau dah jodoh tu milik korang, you will be together. Tak kisahlah lambat atau cepat." Aryana menarik Aylie ke dalam pelukannya. "Grandma tahu kamu berdua terpaksa lupakan perasaan masing-masing kerana status keluarga kita. Grandma tahu, status, nama, pangkat dan gelaran yang keluarga kita pegang, kamu berdua kuburkan perasaan masing-masing. Dan Grandma bangga kerana ada cucu seperti kamu berdua."

"Tapi, Grandma tak mau kamu berdua menderita. Grandma tak mau apa yang keluarga kita pegang sekarang menjadi halangan untuk cucu-cucu Grandma mengecap kebahagiaan. Hubungan kamu berdua tidak salah. Kamu berdua kena ingat tu. Kalau dah jodoh, no one can stop you guys for being together."

Arrian memandang Aryana. "Don't worry Grandma. We're okay. Kami tahu status kami apa. Kami tahu apa yang patut kami buat. Yes, memang betul apa yang Grandma cakap. Kalau dah jodoh, no one can stop us for being together. Tapi buat masa sekarang, Rian rasa ada baiknya kalau kami lupakan perasaan kami. That is the best for now. Kami takkan jatuhkan maruah keluarga kita."

Betapa susahnya buat Arrian menuturkan kata-kata itu. Bibirnya diketap kuat. Tangannya digenggam kuat.

Aryana senyum kelat. "Baiklah. Kalau tu yang korang nak, Grandma akan sokong. Tapi satu je Grandma nak ingatkan, tak semua hati orang kita boleh puaskan. Your feelings is the most important. Jangan sampai korang biarkan hati korang menderita just because to protect our family's name. Kalau korang memang dah sayang sangat kat each other, fight for it. Darah HarSha bukan jenis yang mengalah tanpa bertarung."

Arrian dan Aylie terdiam. Arrian memandang Aylie yang dalam pelukan Aryana. Memang, dia sangat cintakan gadis yang bergelar sepupu itu.

••••••••

"Rian."

Arrian mengangkat muka apabila namanya dipanggil. Dia memandang Aylie yang sedang berdiri di sebelahnya menghadap kolam.

"Kau fikir apa?"

Arrian senyum kecil saat mendengar soalan tersebut. "Aku tengah fikir tentang someone yang aku sayang. And I'm sure you know the person."

Aylie senyum kecil.

"Kenapa kita tak kahwin je?"

Aylie memandangnya. "Excuse me?"

"Kenapa kita kena fikir tentang orang lain? Kenapa kita tak fikirkan cinta kita je?"

Aylie mengeluh. "Kita dah bincangkan pasal ni? Kau sendiri cakap kat Grandma tadi yang kau akan lupakan perasaan ni."

"Kau tahu ke betapa susahnya untuk aku tuturkan semua tu?"

"Kau fikir susah kau je? Habis selama ni kau ingat semua ni senang untuk aku?"

The Heirs's Destiny ✔Where stories live. Discover now