03

17.7K 886 20
                                    

Arria memandang Aylie yang duduk di sebelahnya sekilas.

"Lie, are you sure you're okay?"

Aylie memandang Arria yang sedang memandu. "Okay. Kenapa? Nampak macam aku tak okay ke?" soal Aylie.

"A little bit lah." balas Arria. Aylie senyum kecil.

"Sebab aku penat kut."

Arria senyum sinis. "Ke sebab kau nervous nak jumpa Rian?" tanya Arria. Aylie memandangnya.

"Sorry? Aku nak nervous jumpa dia kenapa?"

Arria senyum. "Well, kau dengan dia kan dah 5 tahun tak jumpa, contact semua tu. So, maybe kau akan nervous. Sikit kot."

Aylie senyum kecil. "That is not a good reason why I should nervous."

"Anyway, kita singgah kat AN Global kejap." kata Arria. Aylie memandangnya.

"Kenapa?"

Arria hanya senyum. "Adalah."

Aylie mengerutkan dahinya. Dia kembali memandang ke luar tingkap kereta. Arria hanya memandang Aylie sekilas.

••••••••

"So how Rian? Okay?"

Arrian yang sedang berlegar-legar di ruang pejabat milik daddynya itu memandang Aryan.

"Apa yang okay?" soal Arrian kembali.

"You and Aylie. Okay?" balas Aryan sarkastik. Arrian terkedu.

"Apa dia?"

Aryan menghelakan nafasnya. "Daddy tanya pasal syarikat, kamu tanya pula apa yang okay. Now daddy tanya pasal kamu and Aylie, kamu tanya apa dia pula. Rian fikir apa ni sebenarnya?"

Arrian tersengih. "Nothinglah. Rian cuma tak dengar daddy tanya apa tadi." kata Arrian. Dia duduk di kerusi empuk di depan Aryan. "So apa yang daddy tanya?"

"This company, you and Aylie. All of those."

Arrian terlepas gelak kecil. "This company? Patutnya Rian yang tanya soalan tu. Daddy, daddy yang handle company ni all the time, asal pula daddy tanya Rian company ni okay ke tak? What such a question is that?"

Aryan mengangguk. "Fine." balasnya ringkas. "So what about you and Aylie? Okay?"

Arrian memandang Aryan. Aryan menjongketkan keningnya. Arrian senyum kecil.

"Tak tahulah okay ke tak. Rasanya daddy pun tau kan what a situation both of us have."

Aryan mengangguk. Dia memandang jam di sudut mejanya. "Daddy ada meeting kejap lagi. So, Rian nak balik terus ke macam mana?"

Arrian memandang Aryan. "Balik terus kut."

"Nak daddy call our driver ke hantar Rian balik?"

"Eh no, takpe. Ria dah janji nak ambik nanti." kata Arrian. Aryan mengangguk. Dia bangun dari duduknya.

"Okay then. Daddy pergi dulu."

Arrian hanya mengangguk. Dia hanya memandang langkah daddynya keluar dari bilik. Arrian bangun dari duduknya dan melangkah ke arah dinding cermin. Matanya memandang semua bangunan pencakar langit di sekeliling bangunan utama AN Global.

Dia tersenyum. Bunyi deringan iPhone nya menyentakkannya. Dia mengambil iPhonenya. Panggilan daripada Arria dijawab.

"Hmm apa?"

"We're here. Cepatlah turun. Takkan nak bentangkan carpet merah baru nak turun."

The Heirs's Destiny ✔Where stories live. Discover now