36

16.8K 787 33
                                    

Let's spend our weekends with CINTA SEBEKU AWAK by chocoobunnyy

••••••••••

Mata Arrian meneliti semua maklumat tentang kerjasama AN Global dan syarikat Jay Ryli. Dia menyelak satu-persatu kertas di depannya. Sesekali, matanya memandang skrin MacBook di depannya. Pen di jari setia dipusingkan.

"Rian."

Arrian memgangkat muka saat mendengar suara itu. Dia memandang Aryan yang melangkah masuk.

"Asal belum balik lagi ni?"

Arrian mengerutkan dahinya. Dia menilik jam di tangannya. "Allah!" Arrian menepuk dahinya. Dah lambat. Dah pukul 6:55 pm. MacBook di depan segera dimatikan dan ditutup. Kertas di tangan disusun dan diselitkan di dalam sebuah fail.

"Kerja sampai tak ingat dunia kan." sindir Aryan. Arrian memandang Aryan sebelum mencebik.

"Habis daddy tu? Buat apa kat sini lagi?" soal Arrian kembali. Aryan menjungkitkan bahunya.

"Daddy biasalah balik masa ni. Rian tu yang tiba-tiba terlanjur time kenapa?" soal Aryan sambil kakinya melangkah seiring dengan Arrian.

"I need to go through the information that you gave me."

Aryan memandang wajah kacak Arrian. "You have some plan already?" soalnya. Arrian memandangnya dan menggangguk.

"Rian dah minta Ald tolong detect her current location. So, I think, lepas tu I need to go back to Sweden by myself."

"Oh. Then, Aylie macam mana? Rian bawa sekali?" soal Aryan. Arrian menjungkitkan bahunya.

"Rian memang plan nak bawa dia sekali, but, you know her condition kan." kata Arrian. Aryan mengangguk.

"Rian plan lah apa-apa. Just tell me if you need my help or Grandma."

Arrian mengangguk. "Rian pergi dulu." kata Arrian sebelum melangkah ke arah keretanya manakala Aryan masuk ke dalam keretanya.

Nampak tak yang dorang dua ni antara penyumbang kepada pencemaran udara dan traffic jam? Tinggal serumah, tapi? Pergi kerja asing-asing. Haih..

•••••••

Aylie ralit meneliti gambar di depannya.

"Buat apa tu?"

Terkejut Aylie saat mendengar sapaan itu. Tangannya spontan membentuk penumbuk dan dilayangkan pada sisi perut Arrian.

"Aduh! Sakitlah sweetheart."

"Padan muka. Siapa suruh sergah aku macam tu?" balasnya sebelum tiba-tiba sekeping memori terlintas.

"Bahhh!"

Aylie mengetap bibir saat disergah sebegitu. Dia memandang Arrian yang tersengih. Terus beg di tangannya dipukul kepada Arrian.

"Kau jangan sampai aku kick kau masuk tasik sana!" tutur Aylie geram. Arrian sengih.

Berkerut dahi Aylie. Arrian yang perasan akan perubahan pada air muka Aylie mengenggam tangan Aylie. Perkara biasa kalau Aylie cuba mengingati sesuatu.

The Heirs's Destiny ✔Where stories live. Discover now