09

16.2K 854 32
                                    

••••••••••••

PROMOTE

FRIEDRICH MRS AIRA by nur_arsh

••••••••••••

Aylin tidak senang duduk bila jejaka di depannya asyik merenungnya. Dari mula tadi sampailah sekarang. Siapa sangka rupa-rupanya keluarga Qarzrul yang merupakan client dari London itu. Menyesal pula dia ikut kakak dan abang sepupunya.

"Kak, Lin keluar kejap." bisik Aylin sebelum bangun dari duduknya. Aylie memandangnya dan mengangguk.

Qarzrul yang memandang langkah Aylin tersenyum sinis. Dia juga bangun dari duduknya selepas memberitahu Mr. Kyle.

Qarzrul melangkah keluar. Dia memandang Aylin yang duduk di gazebo yang terdapat di luar hotel HarSha itu.

"Hey."

Aylin yang sedang sibuk scroll Instagram mengangkat muka. Dia memandang Qarzrul. "Nak apa?" soal Aylin dingin. Qarzrul tersenyum.

"Can I sit?"

"Duduklah."

Qarzrul duduk di depan Aylin. Dia memandang wajah bersih Aylin. "I didn't expect you're a daughter of Uncle Farhan and Aunty Adelia."

"Sebab?"

"Sebab aku tak pernah jumpa kau. Plus, uncle and aunty tak pernah kenalkan anak-anak dia. Kecuali Farash. I know him."

"Oh." Aylin memandang Qarzrul. "Your younger brother mana?" soal Aylin.

"Qay?" Aylin mengangguk. "Dia demam. So daddy tak nak bawa dia sekali." kata Qarzrul.

"Oh." balas Aylin ringkas. "Bila kau datang sini? Sebab daddy cakap client dia datang semalam. But, kau.."

"Aku, Qay and mummy datang awal. But daddy baru sampai semalam." kata Qarzrul. Aylin mengangguk faham.

••••••

"So how?"

Mr.Kyle memandang kedua-dua anak muda waris HarSha itu. Senyuman terukir di bibirnya.

"Farhan really good in playing a trick." kata Mr.Kyle. Aylie dan Arrian mengerutkan dahi sebelum berpandangan.

"Maksudnya?"

"Your daddy ada call uncle semalam. Dia cakap dia tak dapat jumpa uncle sebab kena pergi Bali. But, he will ask his daughter to replace his place. And, dia tak cakap pula daughter dia tu pandai dalam bidang business. Siap bawa backup lagi tu. And backup tu pun sama hebat." kata Mr.Kyle.

Aylie dan Arrian berpandangan sebelum senyum. "So, we get this project?" soal Arrian. Mr.Kyle tergelak.

"Of course!"

Arrian dan Aylie berpandangan dan tersenyum. Arrian senyum bila melihat senyuman lebar pada bibir Aylie. Jarang melihat gadis ini senyum selebar itu.

"Thank you so much Mr.Kyle." tutur Aylie. Mr.Kyle memandangnya.

"Then call me uncle. Tak payahlah formal sangat." katanya. Aylie mengangguk.

"Sure."

••••••••

"Lin masuk dulu."

Aylie dan Arrian hanya mengangguk. Mereka sekadar memandang langkah Aylin. Aylie kembali memandang Arrian. Arrian menjongketkan keningnya.

The Heirs's Destiny ✔Where stories live. Discover now