30

16.5K 776 86
                                    

Lena Aylie sedikit sebanyak terganggu apabila terasa ada jari meniti lembut di wajahnya.

"Ish! Apa ni? Jangan kacaulah!"

Arrian tersenyum sinis. "Bangun sayang."

"Hmm.."

Aylie hanya buat tidak dengar dengan panggilan Arrian. Jap.. Bukan aku kat bilik Angelicia dengan Aylin ke? Asal suara Arrian pula yang muncul pagi ni?

Aylie pantas membuka matanya. Matanya membulat besar saat melihat wajah kacak Arrian betul-betul di depannya dengan posisi Arrian yang berada di atas badannya.

"A..apa kau buat kat sini?" gugup Aylie menyoal.

"What a question is that? You are my wife and tempat seorang isteri adalah di sisi seorang suami."

Ayat cliche pula si Arrian bagi awal-awal pagi ni. Aylie mencebik. Cehh!

"Diamlah." balas Aylie. Arrian senyum. "Cepatlah cakap macam mana kau boleh ada kat sini?" soal Aylie. Arrian senyum sinis.

"Sayang, Angel dengan Aylin tu always on my side. So what?"

Aylie mengetap bibir geram. Arrian sengih tak bersalah.

••••••

Arrian melangkah ke arah Jasmine yang sedang menunggunya di tepi pantai.

"Hey."

Jasmine tersentak. Dia berpaling memandang Arrian. Senyuman terbit di bibirnya. Tangan Arrian ditariknya untuk merapatkan jarak mereka. Arrian terus menarik tangannya daripada terus berada dalam pegangannya Jasmine. Dia melipatkan tangannya pada dadanya.

"What is it?" soal Arrian. Jasmine menghelakan nafasnya.

"Nothing. I cuma terkilan sikit sebab sejak you jumpa Aylie balik, you dah tak pedulikan I." kata Jasmine. Arrian memandangnya.

"I'm sorry. Tapi dia isteri I dan I tak nafikan yang I memang sayang dia."

"Habis you tak sayang I lah?!"

"I sayang you. Tapi sebagai seorang kawan. You banyak support I dulu. Tapi untuk sayang you lebih dari seorang kawan, impossible. Hati I dah lama kat Aylie. Dan I takkan jatuh hati dekat someone yang bergelar kawan."

Mata Jasmine sudah berlinangan dengan air mata. "So kenapa you nak couple dengan I?"

"I setuju untuk couple dengan you untuk  balas jasa daddy you masa dia pinjamkan emergency airplane untuk I masatu."

Jasmine terdiam. Sebenarnya, dia lah mastermind dalam 'rancangan balas jasa' itu.

"Tapi rasanya, I tak boleh nak teruskan dah. Let's stop all the nonsense now." tutur Arrian nekad. Jasmine menggelengkan kepalanya.

"No.."

Arrian memandang Jasmine. "We're over. I'm sorry." tuturnya sebelum melangkah pergi.

"No! Arrian!"

Jasmine berlari mendapatkan Arrian. Dia berdiri di depan Arrian dan terus, tanpa kata dia mengucup bibir Arrian. Membulat mata Arrian.

"Rian.."

Arrian pantas menolak badan Jasmine. Dia memandang Aylie yang jelas terkedu. "Aylie.."

Aylie mengetap bibir menahan air matanya daripada menitis. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke belakang sebelum dia berlari meninggalkan Arrian dan Jasmine.

"Aylie!"

Jasmine senyum sinis. Arrian memandang Jasmine dengan tajam. Tanpa kata..

Pang!

Tangannya naik melekap di pipi Jasmine. Dan tanpa kata juga, Arrian melangkah pergi meninggalkan Jasmine yang jelas tergamam.

•••••••

"Aylie."

Arrian melangkah ke arah Aylie yang sedang duduk termenung di balkoni bilik.

"Sayang."

Arrian duduk di sebelah Aylie. Aylie memandangnya dengan pandangan kosong. Arrian mengetap bibir. Nampak sangat mata Aylie sembap.

"Sayang, what you see is not like what you think." tutur Arrian lembut.

"So kau nak cakap apa yang aku tengok tadi just an imagination?" soal Aylie. Arrian mengeluh.

"Sayang, let me explain."

Aylie menggelengkan kepalanya. "Keep your explaination for the reporters." kata Aylie sinis. Dia bangun.

Arrian menarik tangan Aylie dan itulah bukan tindakan yang baik bila tangan Aylie ringan sahaja menampar pipi Arrian.

"Don't touch me! I hate you!"

Aylie terus melangkah masuk ke dalam bilik. Pantas sahaja dia mencapai backpacknya sebelum keluar dari bilik tersebut. Arrian memejamkan matanya dan mengepal penumbuknya.

••••••

Aylin mengetap bibir. Iphone nya yang berdering dari tadi hanya dipandang. Dari ekor mata, dia dapat melihat wajah tegang Aylie yang sedang memandu. Kereta pun dah laju semacam je ni.

"Off phone tu. Bisinglah." arah Aylie.

"Tapi.."

"Don't make me repeat myself, Tengku Aylin Natasha." tegas Aylie menuturkan itu. Aylin mengetap bibir sebelum tangannya mematikan phone di tangannya.

Aylie hanya mergerling Aylin sekilas. Matanya hanya fokus pada pemanduannya. Dia tahu dia melulu, tapi, siapa je sanggup tengok suami sendiri kissing with other girls?

Okaylah tu dia tak bunuh si Arrian dengan Jasmine tadi. Even dia rasa dia nak je tikam perut Jasmine tadi, biar darah mengalir laju dari perutnya. Tapi haih, dia akan buat lebih dari tu satu masa nanti. Lebih kejam daripada apa yang Aryana dan Adelia dah buat.

••••••

Alden menarik Jasmine dengan kasar.

"Apa ni Alden?!"

Pang!

Memerah pipi Jasmine apabila Alden menamparnya. Dia memegang pipinya yang terasa sengal.

"That's for what you had done!"

Jasmine mengetap bibirnya. Alden menolak Jasmine. "Kau dengar sini bitxh, jangan ingat aku nak berlembut dengan kau hanya sebab family kau bagi emergency airplane. Aku takkan biarkan kau buat hal dengan keluarga aku! Aku takkan biarkan kau rosakkan kebahagian Arrian dan Aylie! Even in your dream!"

"Please get lost from our life."

Alden terus berjalan meninggalkan Jasmine. Jasmine mengetap bibir. Dia memandang pergelangan tangannya yang merah kerana genggaman kuat Alden.

•••••••










































Cari maut je Jasmine tu 😏 Tak serik agaknya kena cekik dengan Aylie 😑 Memang padan mukalah kena dengan Arrian dengan Alden 😏

Anyway, jom baca karya trisyiaa__ yang bertajuk SETULUS KASIH

The Heirs's Destiny ✔Where stories live. Discover now