35

17.1K 826 24
                                    

Let's read Surrounded Love by hunyyien

••••••••

"Aylie dah siap sayang?"

Aylie memandang Farhan yang baru melangkah masuk. Senyuman mekar di bibir Farhan. Dia hanya mengangguk. Sudah seminggu dia cuba mengingati memorinya, namun .. Sia-sia. Dia tidak dapat mengingati apa-apa. Pun begitu, keluarganya tetap melayaninya dengan baik.

"She's ready."

Farhan memandang Adelia dan senyum. Kerusi roda yang terdapat di sudut wad diambil dan diletakkan di hadapan Aylie. "Come." Farhan dan Adelia membantu Aylie bangun dari katil dan duduk di kerusi roda.

Farhan menolak kerusi roda itu keluar dari ward tersebut diikuti oleh Adelia. Mereka sama melangkah keluar dari Expo Medical Centre.

••••••••

"Welcome back!!"

Aylie terdiam bila menerima sambutan sampai begitu. Dia memandang sekeliling ruang rumah yang besar tersebut.

Happy Birthday to you.

Happy Birthday to you.

Happy Birthday to Aylie.

Happy Birthday to you.

Aylie memandang jejaka yang melangkah ke arahnya sambil membawa kek. Arrian.. Yang mengaku sebagai suaminya.

"Happy Birthday sweetheart."

Aylie memandang kek coklat itu. Hari ni birthday aku ke?

"Aylie, tiup lilin tu."

Aylie tersentak. Dia merendahkan badannya dan mulutnya meniup lilin yang diletakkan di atas kek.

"Yeayyy!!"

Aylie senyum seketika. Adelia mengusap lembut rambut Aylie. "Happy birthday sayang." ucapnya lembut. Aylie mendongak memandang Adelia. Dapat dia lihat mata mummynya itu bertakung dengan air mata. Tangan Adelia diraihnya.

"Thanks mummy. Thanks sebab lahirkan Aylie. Aylie minta maaf sebab tak dapat ingat mummy dan daddy."

Menitis air mata Adelia. Dia mengangguk dan tunduk mengucup dahi Aylie. Farhan senyum dalam dia mengusap lembut bahu Aylie.

Selepas sahaja menerima pelbagai hadiah dan ucapan, even daripada Alden dan Farash yang berada di Sweden, Aylie dibiarkan untuk berehat di bilik.

Pintu yang dibuka membuatkan Aylie berpaling. Dia memandang Arrian yang melangkah masuk. Arrian melangkah arah ke Aylie yang duduk di birai katil menghadap tingkap.

"Sayang."

Aylie memandang Arrian yang melutut di depannya.

"Happy birthday sweetheart."

Aylie senyum kecil. "Kau dah cakap tadi."

Arrian senyum. "Tu tadi. Sekarang, I want to wish you again."kata Arrian. Arrian bangkit dan melangkah ke arah laci meja. Dia mengeluarkan kotak baldu dari laci meja sebelum kembali melangkah ke arah Aylie. Dia membuka kotak baldu tersebut.

"This is for you, my sweetheart."

Aylie memandang Arrian yang memakaikan gelang tersebut pada tangannya. Seketika, sekeping memori terlintas di kepalanya.

"Apa ni?"

"Gelanglah. Takkan gelang pun tak kenal?"

Aylie mencebik. "I knowlah. Tapi untuk siapa?"

The Heirs's Destiny ✔Where stories live. Discover now