32

16.5K 830 64
                                    

Let's read these stories

1) Cinta Hati Saya Encik Limited Edition by Airidylana

2) Evil Hero - The Next Mafia by Airidylana

3) Dia Juara DiHatiku by unicornxxx__

••••••••••

Arrian dan Farash melangkah laju masuk ke dalam Expo Medical Centre. Mereka melangkah ke arah information counter.

Hampir gugur jantung mereka saat mendapat call daripada Arria yang mengatakan Aylie kena langgar lari. Sebaik sahaja mendapat call, mereka terus menempah flight ke Malaysia. Nasib baik ketika itu memang ada HarSha Airlines yang available.

Alden pula terpaksa tinggal di Sweden kerana dia harus menguruskan beberapa urusan emergency holiday mereka. Tambahan pula, Alden dan Arrian berada di last year.

Mereka terus melangkah ke arah ward Aylie sebaik sahaja mendapat nombor bilik daripada nurse

Sebaik sahaja pintu ward dibuka, kaki masing-masing bagai digam saat melihat Aylie terbaring di atas katil.

"Kakak.."

Farash melangkah perlahan ke arah Aylie. "Kak, apa kau buat ni?" bergetar nada Farash menahan air matanya melihat keadaan Aylie. "Bangunlah. Aku datang ni."

Arrian melangkah perlahan ke arah mereka. Bibirnya diketap. "Aylie.." panggilnya perlahan. "Aylie, aku datang ni. Kau..bangunlah. Kau mesti nak tumbuk aku kan? Bangunlah tumbuk aku." tutur Arrian lirih. Setitis air matanya jatuh.

Farash meraup wajahnya. "Siapa buat kau macam ni kak?! Tell me!!" Farash mengoncang badan Aylie.

"Arash!"

Farhan menarik Farash. "Arash, you will hurting her."

Farash memeluk Farhan. Farhan menepuk lembut belakang satu-satunya anak lelakinya itu. Arrian terduduk sambil meraup wajahnya. Matanya memerah memandang Aylie yang masih diam, tidak memberikan apa-apa respons.

'I'm sorry wifey. Really sorry."

••••••••

Arrian setia menemani Aylie. Bibirnya tidak putus mengalun ayat-ayat suci. Tangannya setia memegang tangan pucat Aylie.

Arria masuk ke dalam ward milik Aylie. Dia memandang Arrian yang setia mengalun ayat-ayat suci di sisi Aylie. Arria hanya diam sambil dia memandang mesin di sisi Aylie. Fail di tangannya dibuka dan segera dicatatnya sesuatu.

Arrian mengangkat muka memandang Arria. "Macam mana dengan dia hari ni?" soal Arrian. Arria menghelakan nafasnya.

"Macam ni lah. Tapi Alhamdulillah, heartbeat dan blood pressure dia normal." kata Arria. Arrian mengangguk. Arria memandang wajah penat Arrian. "Kau dah makan belum ni?" soalnya. Arrian hanya menggeleng. Arria mengeluh.

"Jomlah teman aku makan."

Arrian memandangnya. "Kau tengah kerja kan?"

"It's my break time. Jomlah." kata Arria. Arrian mengangguk. "Kau pergi cuci muka tu. Bagi segar sikit muka kau tu. Stress sangat."

The Heirs's Destiny ✔Where stories live. Discover now