2

11.1K 498 0
                                    

I hate you
But i iove you.🎈🎈

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu yang tertulis CHIEF EXECUTIVE   OFFICER dan dibawah  perkataan tersebut tertulis nama Luke Bryan Lee diketuk lembut.

"Come in"

Pintu dibuka dari luar. Yana dengan penuh sopan masuk dengan senyuman manis terukir, perlahan lahan kaki menapak kearah tuannya.

"Tuan Luke. Ini kerja yang tuan Luke nak tengok tadi.." ujarnya lalu menyerahkan satu fail pada Luke. Luke hanya angguk kepala dan mengambil fail kemudian dibuka.

Sedang ralit tuannya check kerjanya. Yana juga ralit memandang wajah luke.

Kulit hitam manis.. matanya berwarna coklat Hazel, badannya sasa malah tangannya berurat. Memang tidak dinafikan wajah lelaki ini sangat tampan ditambah lagi dengan jambangnya yang kemas itu. Maskulin! Patutlah ramai yang meminati tuannya ini.

Malah aku pun tak nafikan muka dia macam dragon..

"Okay Maisarah. Kerja awak sangat teliti cuma ada beberapa kesalahan dan saya dah bulatkan kesalahan tu jadi awak cuma baiki saja." Kata Luke lalu dia menghulurkan fail itu pada yana semula.

Yana angguk kemudian fail sudah bertukar tangan." Baiklah tuan. Saya keluar dulu kalau tak ada apa apa lagi" ujarnya lantas dia menapak menuju ke arah pintu kemudian dia keluar dari bilik tersebut.

Yana duduk semula dimeja kerjanya. Matanya mencari fail dokumen yang dibuat tadi.

"Yana!" Jerkah Sarah. Yana sekadar memandang acuh tak acuh.. tak suka orang main jerkah jerkah ni!

"Hmm"

"Kau buat apa dekat dalam office boss tadi?" Soal Sarah ingin tahu sambil memandang bossnya yang tampan bagai putera raja itu. Arghhh!! Dapat dekat aku ni aku lah orang paling untung!

"Kan aku dah cakap tadi yang tuan Luke nak tengok kerja aku." Jawab yana tanpa memandang wajah Sarah.

Sarah angguk tanda faham. Kemudian dia bertanya lagi "Tapi kan..kenapa kau panggil dia tuan Luke sedangkan semua pekerja dia panggil dia boss. Kau ni pelik doh"

"Jadi isu ke kalau aku panggil dia tuan? Gelaran terhormat juga kan?" Kata yana. Sarah bengang bila soalannya dijawab dengan acuh tak acuh.

"Kau ni bapak bosan doh! Bila dah mengadap kerja memang kau berada didunia sendiri ke macam mana? Kerja kau dah settle kan?" Marah Sarah lalu dia dengan sengaja menutup suis komputer kerjanya itu. Yana memandang Sarah geram.

"Kau ni! Aku tak sukalah tanggung tangguh kerja aku, nanti dah siap kerja ni aku buat kerja lain pula. Kerja aku bukan sikit. Banyak! Aku tak macam kau suka tangguh tangguh kerja. Cuba kau tengok meja kau! Bersepah! Silap silap tikus pun boleh bersarang!" Bebel yana. Sarah hanya mencebik.

Tangguh tangguh pun aku buat jugak!

"Yana" panggil Sarah lagi.

Yana memandang Sarah dengan malas. Kening diangkat tanda dia respon. Bercakap dengan budak keras kepala macam ni dia memang tak guna.

"Kau tak terasa nak balik kampung ke? Yelah tengok rumah kau dekat sana. Mesti dah bersemak sana sini kan?"

Yana mula terfikir. Ye tak ye jugak, empat tahun sudah dia tidak singgah ke sana..barang perabot mesti banyak hilang atau reput atau apa apa jelah!

"Yelah kan. Kalau macam tu, minggu depan aku balik sanalah." cadang yana.

"Ermm nak ikut boleh? Lagipun aku tak pernah tengok kampung kau" kata Sarah dengan suaranya sengaja dicomelkan.

Yana geleng kepala. "Tak payah! Lagipun aku nak kemas rumah tu sekali..aku nak release tension alang alang tu. Aku nak pergi kubur ibu abah aku sekali." Halang yana.

Kerja pun berlambak nak ikut aku balik kampung haih. Perangai budak-budak lah dia ni.

"Kubur anak kau tak nak ziarah ke?" Soal Sarah tiba tiba. Yana pandang bawah..

Bila terfikir tentang kematian mereka bertiga, terasa dunia tak adil sama sekali. Lepas tu ditinggalkan lagi!

Tangan Yana dipegang Sarah.

"Aku tau kisah silam kau yana. Kau dah cerita semuanya dekat aku, aku simpati dekat kau tapi kau kena ingat sebabkan kau kuatlah tuhan hantar pelbagai ujian dekat kau. Bila kau hilang orang kau sayang, tuhan hantar orang yang boleh buat kau senyum macam aku. Ada hikmah kenapa tuhan bagi ujian ni dekat kau. Kita manusia kena terima qada'dan qadar"

Yana tersenyum kemudian dia mengangguk perlahan lantas tubuh sahabatnya dipeluk. Aku bersyukur ada kawan macam dia walaupun dia banyak buat aku sakit hati.

"Ouh ye. Kenapa kubur mak ayah kau dengan kubur anak kau tak sama tempat?" Soal Sarah setelah mereka melepaskan pelukan.

"Ibu dengan abah pernah mintak nak kebumi dekat kampung sana dan yes diorang dikebumikan dekat sana. Anak aku pula, kalau aku rindu dia aku boleh datang ziarah bila bila masa je." Jelas yana. Sarah angguk kepala.

Banyak persoalan yang nak ditanya pada yana tapi dia hanya berdiam diri saja. Benda ni privasi dia jugak..even kawan baik sekali pun kalau dia tak nak bagitau jangan paksa.

"Ermm..nak tanya satu soalan boleh tak?"

"Apa dia Sarah sayang? Tanyalah"

"Boleh tak aku nak tengok muka lelaki tu? Lelaki yang kau cintai sangat tu" pinta Sarah.

Phone dicapai kemudian galeri dibuka. Discroll gambar dari atas ke bawah..dia semakin pelik.

Gambar time aku dekat hospital ada tapi kenapa gambar dia tak ada? Bukan ada ke?  Wallpaper aku tadi pun dah bertukar?

"Ada tak?"

"Tak adalah Sarah. Maybe aku terdelete kot. Sorry" kata Yana lalu diletakkan semula phonenya diatas meja.

"Takpelah." Ujar Sarah. Matanya memandang kearah office milik bossnya. Matanya dikecilkan sedikit..salah pandang ke?

Lengan Yana disiku. "Aku rasakan boss pandang kitalah. A..aku gerak dulu lah" kata Sarah takut takut lalu dia terus menuju ke meja sebelah. Segala fail dibuka dan berpura-pura sibuk buat kerja.

Yana memandang tuannya itu. Agak lama jugalah..

Lelaki itu ada satu aura yang membuatkan dia rasa tertarik untuk memandangnya. Malah pandangan lelaki itu terhadapnya juga seakan akan ada sesuatu yang ingin dia ucapkan tapi tidak terluah.

Tersedar bila dia terpandang tuannya agak lama, yana terus memandang kerjanya semula. Komputer dibuka kemudian dia menyambung semula kerjanya.

Malu pula pandang anak teruna orang lama lama ni! Dosa!

Luke pula hanya memandang gadis itu dari dalam office sahaja. Sepatutnya Yana berkerja ditingkat atas tapi atas arahannya sendiri, Yana ditempatkan diaras sama dengannya.

"Nur Ayana Maisarah. Masih gadis yang cantik dan masih seperti dulu! Empat tahun aku tinggalkan kau then bila aku balik takkan aku nak lepaskan kau macam tu je. Dengan luahan kau dekat aku tadi pun, aku dah agak kau masih cintakan aku dan tunggu kepulangan aku kan? Just wait my sweetie.."

Matanya masih asyik memandang Yana yang sedang membuat kerjanya. Dagu digosok sebelum dia terfikir akan sesuatu.

LUKE ARYANADonde viven las historias. Descúbrelo ahora