7

8.7K 464 36
                                    

I want you and only you
Nobody else just you and me💖

  
          Panggilan telah dimatikan yana lantas dia mula bergerak masuk kedalam namun langkahku terhenti saat dia terlibat beberapa orang sedang membaiki lif pekerja kemudian kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan sebelum dia mengambil keputusan untuk duduk dibangku yang berhampiran. Matanya memandang kearah lif yang boleh digunakan untuk orang orang besar seperti tuan Luke sahaja.

Niat naklah juga guna tapi tak pelah. Orang pun tak pernah guna lif dia, inikan kau pula! Semalam pun kira nasib je dia pelawa.

Dalam keadaan dia keseorangan dibangku bulu romanya tiba tiba tegak sendiri. Dirinya bagai diperhatikan seseorang dari arah belakang. Dia menoleh ke arah belakang ternyata hanya dia seorang saja disini. Jam tangan dilihat..enam tiga puluh lima minit pagi.

Tiba tiba telinganya dapat menangkap bunyi derapan kaki seseorang. Semakin lama semakin jelas kedengaran bagaikan bunyinya seperti ingin datang kearahnya. Bahunya tiba tiba disentuh lembut dan secara tidak sengaja siku yana terangkat dan terkena tepat tepat pada dagu seseorang. Tindakan refleks!

"Auch!" Terjerit Luke dibuatnya bila dagunya disiku secara tiba tiba. Dagunya digosok beberapa kali sehingga Yana terbangun dari duduk dan terus datang kearahnya.

"Tuan Luke! Maaf, saya tak sengaja. Saya ingat siapa tadi. Saya minta maaf sangat sangat..sa..saya terkejut bila ada orang sentuh bahu saya" kata yana serba salah. Begnya dicapai lalu dicari sesuatu sehingga dia ternampak ada sapu tangan berwarna ungu, tanpa banyak fikir dia terus ambil lantas dia menarik lengan Luke agar duduk sementara yana memerhati dagu tuannya yang sedikit berdarah. "I'm sorry sir. Saya tak sengaja. Sumpah saya tak sengaja tersiku dagu tuan sampai berdarah macam ni." Ucap yana.

Tempat disebelah tuannya menjadi pilihan. Tanpa buang masa, dagu tuannya dilap darahnya dengan gerakan lembut, jambang yang menyentuh kulit bersih gadis itu dibiarkan. Fokus betul dia. Luke sekadar diam dan melihat perbuatan gadis itu terhadapnya.

"Awak rasa dia masih ingatkan awak lagi? Empat tahun dah berlalu dan tak mungkin dia dah ada kehidupan baru dekat sana." Jawab Luke tiba tiba membuatkan yana tersentak dan tangannya berhenti mengelap luka tuannya. Matanya tuannya ditenung.

"Kenapa tuan Luke kata macam tu?"

"Kita tak tahu kan. Cuba awak fikir, empat tahun bukan masa yang sekejap tau, awak dah ada kehidupan awak sendiri. Dia? Awak tau kehidupan dia dekat sana? Dia tinggalkan awak dekat hospital sorang sorang..awak keguguran pun dia tak ambil kisah. Phone yang awak pakai tu pun sebab dia nak ganti phone awak yang ros..."

"Macam mana tuan Luke tau yang saya keguguran? Dan macam mana tuan Luke tau yang dia tinggalkan saya sorang sorang dekat hospital..pasal phone semua tu. Atau awak ni.." potong yana. Dia ada bagitau detail ke dekat tuannya semalam? Tak ingatlah!

Tangannya dipegang Luke kemudian pipi gadis itu diusap lembut. Mata bertentang mata. "Marry me. Saya boleh jaga awak, lebih dari dia jaga awak. Saya boleh ada dengan awak susah senang Maisarah. Saya suka awak..please be my wife. Stay with me until my last breath. I promise you that i can be a good husband for you. Apa yang saya cakap tadi tu lupakan, saya main teka je." ungkap Luke bersungguh sungguh.

Yana terpana. Otaknya tak mampu berfikir.. pantas saja tangannya ditarik semula setelah dia tersedar dari lamunan. "Saya tak boleh. Persefahaman agama kita lain..saya minta maaf" jawab Yana lantas pegangan tangan dileraikan kemudian dia berlalu meninggalkannya kawasan tersebut.

Yana melangkah masuk kedalam. Dia mahu menaiki anak tangga yang pertama namun langkahnya terhenti saat begnya ditarik dari belakang sehingga dia hampir terdorong kebelakang. Apa kena dengan dia hari ni? Apa yang ada dekat aku semua nak ditariknya.

"Yana. Pahal nak naik tangga? Kita guna jelah lif boss." Ujar rakan sekerjanya. Adam. Nasib baik yana tak sempat buka mulut.

"Bukan kita tak boleh guna lif tu ke? Undang undang syarikat kan?" Soal yana kemudian adam menepuk dahi sebelum dia memandang wajah yana kembali. "Kau gila kita nak naik tangga sampai tingkat lapan? Kau ingat kau atlet? Boss dah whatsapp dalam group, kita boleh guna lif dia sementara lif pekerja tengah dibaiki." Jawab Adam lantas dia menarik beg yana agar mengikutinya menuju ke lif. Butang lif ditekan.

"Bukan main mesra lagi aku tengok kau dengan boss dekat bangku sana. Berbulu mata ayah aku tengok.." ujar adam. Lagak seperti maknyah tapi dia bukan maknyah cuma perwatakan dia lembut seperti seorang wanita. Tak ada tulang. Sotong. Ucux raver tengok pun dia kalah.

Yana diam tidak menjawab tapi lengannya disiku lembut. "Eh! Kau dengan boss ada relay eh? Bagilah tau aku. Aku nak taulah Yana" rayu adam. "Aku tak ada apa apalah dengan dia, cuma tadi aku tersiku dia je. Dagu dia berdarah aku tolonglah lapkan. Tu je." Jawab yana lalu dia masuk kedalam setelah pintu lif mula terbuka.

         Sementara dari jauh Luke memerhati kemesraan Yana dan Adam. Rahangnya diketap kuat sebelum dia meraup wajahnya. Pinggan dicekak.

Nasib tak kantoi semua. Bodoh!

"Arghhh!! Sial! Aku ajak kawin kau tak nak kan. Tunggu lah. Ini Luke, apa yang aku nak aku akan usahakan." Omelnya sendiri. Dagunya yang sedikit berdarah dilap menggunakan jari lalu dilihat sebelum dia ternampak sapu tangan ungu milik yana. Diambil kemudian dia pula beredar dari situ.

       "Yana" panggil adam lembut. Yana sekadar memandang kosong wajah Adam. Komputernya dibuka. Tetikus digerakkan kesana kesini.

"Sarah mana?"

"Sarah keluar beli barang kau dia kata. Semalam kau ada pesan dekat dia kan suruh beli barang kau?" Jawab yana. Wajah Adam tidak dipandang. Sibuk menyiapkan kerjanya yang tergendala semalam. "Masa lunch nanti kau ada nak makan mana mana tak? Kalau aku nak join sekali boleh?" Pinta adam. Mimik wajah comel dibuat membuat yana geli hati melihat. Tergelak dibuatnya. "Aku nak pergi hospital lawat kawan aku baru lepas bersalin. Kau nak ikut ke?"

"Nakk! Aku suka tengok baby. Mesti comel kan. Nanti bagitau lah aku kalau nak pergi tau!" Kata Adam gembira. Bertepuk tangan dia. Happy nak jumpa baby baru lahir. Yana geleng kepala sebelum matanya terhenti pada satu tubuh yang sedang memerhati dari jauh.

"Awak tak ada kerja ke Adam? Sibuk mengacau orang buat kerja?" Kata Luke dingin. Adam tersengih memandang tuannya sebelum dia bangun dari duduk namun dihalang oleh Yana.

"Sekarang bukan masa kerja lagi kan? Duduk jelah sini teman aku! Kau bukan buat apa pun." Bisik yana pada adam. Lama lama Adam menurut, dia kembali duduk disebelah yana tapi wajahnya takut takut.

Luke terkejut. Dia jadi baran lantas dia terus menuju ke biliknya. Pintu ditutup kuat sehingga mereka berdua terkejut.

"Boss dah kenapa doh. Scary siutt dia tu..tak ada angin tak ada ribut tiba tiba taufan melanda. Mak takutlah!!" Soal adam. Yana geleng kepala.

         Barang barang Luke yang berada diatas meja ditolak kasar. Segala benda yang ada depan mata dibaling sehingga pecah.. samanya tegang.

"Kau cabar aku yana. Berani kau. Jangan sampai kau dapat dekat aku, hidup kau merana kali kedua yana. Aku dah kata, tak akan ada lelaki lain boleh rapat dengan kau selain dari aku."

Guysss i'm so sorry. Saya dah lama tak update..otak tak bagi kerjasama 😭😭 idea seriously zerooo!! Ini je yang sis mampu buat..maaf tak panjang dah maaf tak best huhuhu.. kalau tak faham komen je tak faham..sis faham😂..sis baca pun sis tak faham 😂😂


         

LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now