14

7K 309 45
                                    

BANG

Luke terduduk saat peluru hampir mengenai bahunya tapi tidak berjaya akibat sut yang dipakainya itu. Cuma lalu lalu pada pangkal bahu namun peritnya seperti

"Malu pada diri sendiri Luke. Kau hanya lelaki yang lemah dan tak mampu nak melawan sesiapa termasuk aku!" Jerit lelaki dari atas tersebut. "Kau hanya lelaki pengecut."

"Mari ke atas. Kita lawan tanpa senjata. Kita lawan cara lelaki sejati. Itu pun kalau kau masih ada tenaga." Jawab lelaki tersebut. Luke sekadar mendengar saja, tidak mampu untuk berdiri. Bahu yang terkena tembakan terasa dalam walaupun peluru tersebut sekadar lalu saja "Betullah, lelaki macam kau boleh jadi pengecut bila jatuh cinta tapi boleh jadi iblis bila orang yang kau sayang bagai nak rak hilang dari pandangan atau dibawa lari. Kau memang lelaki pengecut Luke."

Saat terdengar ayat terakhir dari lelaki itu, terus matanya memandang kearah keretanya. Pintu terbuka dan ruang didalamnya kosong. " Mana kau bawak dia setan!!"

Bahu lelaki itu diangkat tanda tidak tahu. "Kalau kau lelaki sejati, kau boleh agak kemana 'dia' bawa lari perempuan kau. Mungkin dalam perjalanan kesana, perempuan tu diratah sebelum kau?" Gelak jejaka tersebut kemudian beredar dari kawasan tersebut meninggalkan Luke sendirian.

Kalau ikutkan hatinya, tidak mahu sesekali dia terlihat dalam kes ini tapi disebabkan skill menembaknya dikatakan hebat dia diupah Stephan untuk berada dalam kes ini walaupun tidak rela malah dalam diam juga dia ada strategi untuk membunuh Stephan kerana disebabkan dia jugak adik perempuannya mati dibunuh! Diratah! Disimpan lama. Satu satunya ahli keluarga yang dia ada.

"Orang tua tak sedar diri. Dalam diam kau masih tak sedar aku ada plan nak bunuh kau. Heh!" Kereta dipandu selaju yang mungkin. Rokok disedut kemudian rambut yang terkena pada wajahnya dibiarkan saja.

          
           Hampir sejam yana terlena akhirnya dia membuka matanya. Namun saat matanya terbuka, pandangan pertamanya.

Gelap. Hitam.

Aku buta ke?

Aik? Kenapa gelap? Wuit! Parah ni.

"Kejap. Dekat mana aku ni?"  Dia bukan buta tapi kepalanya ditutup dengan sarung hitam tapi dia masih boleh nampak keadaan diluar walaupun antara jelas atau tak.

Tapi kenapa? Tangan cuba digerak namun dia terasa tangannya diikat dengan sungguh kuat begitu juga dengan kedua belah kakinya.

"Siapa yang ikat ni? Ya Allah."

"You awake?"

"Hah?" Terus saja bebola matanya bergerak memandang ke depan, melihat seorang jejaka berbadan tegap berdiri dihadapannya sambil membawa bekas makanan. "Siapa kau? Kenapa aku dekat sini? Aku dekat mana?"

"Makan!" Diletakkan bungkusan makanan tersebut dihadapannya. Air botol juga disediakan. "Jawab dulu soalan aku lah!"

"Aku tak tau. Aku tak ada kena mengena dalam hal ni, aku cuma diarahkan untuk jaga kau saja." Dipusingkan tubuh gadis kecil itu lalu dibukakan ikatan pada tangannya. Sarung hitam yang menutup wajahnya juga ditanggalkan. "Jadi kau lah Aryana Maisarah yang budak budak ni selalu sebut?" Jejaka tersebut terduduk dihadapan yana. Dicuit seketika hidung gadis itu sebelum dia kemudiannya duduk bersila dihadapan gadis itu.

Dibuka penutup bekas makanan itu. "Makanlah. Nanti perut kau sakit, aku yang kena bunuh dengan boss aku."

Jawab lelaki itu tapi hakikatnya bertentangan dengan apa yang dia katakan. Dia langsung tidak dibenarkan sesekali bersikap baik dengan perempuan ni tapi apakan daya, perempuan ni terlihat penat. Perasan kesian pada gadis terlalu tinggi.

Seketika itu, Yana sekadar memandang saja. Takut untuk menerima bungkusan itu walaupun hakikatnya dia terasa sangat lapar. Perutnya pun sudah berbunyi kembali.

Bukan tadi kau dah kena isi ke perut? Takkan nak kena isi lagi? Perut ke tong kau ni?

PAMM

Lantas telinga mereka berdua terdengar seperti bunyi benda jatuh. Dari duduk, jejaka tersebut terus bangun lalu pintu dibuka sedikit memandang keluar. "Kau jangan keluarkan suara. Aku pergi tengok dekat atas kejap." Arah jejaka tersebut kemudian pintu tertutup lalu dikunci dari luar.

Perlahan lahan bungkusan tersebut diambil lalu satu suapan dimasukkan kedalam mulut. Biarpun nasi putih dengan telur sudah buatkan makan ni jadi sedap, setelah habis makanan tersebut air pula diminum sopan.

Aku dekat mana ni? Rumah ni rumah apa? Siapa mamat yang bagi aku makan tadi?

Bila teringat benda ni, aku jadi teringat kisah aku kena culik dengan Luke. Aku dah maafkan dia dan aku nak lupakan apa yang terjadi antara aku dengan dia. Aku tak nak ingat! Sakit!

Yana berpeluk tubuh. Dia baru perasan, sekarang dia berada di bilik senjata mungkin? Sebab pistol, pisau semua berselerak sana sini tapi semua dah rosak. Namun terlihat ada sedikit kesan darah kering pada pisau tersebut.

"Kau dah habis makan?" Jejaka itu mula bersiaran dan membuatkan jantung Yana berdegup kencang. Diurut dadanya berulang kali. "Da..dah."

Jejaka tersebut sandarkan badannya ditepi pintu. "Nama aku malik. Kau panggil aku abang Malik kalau kau nak sebab aku tua dari kau." Lalu dia berlalu menuju kearah Yana lalu dicepung tubuh Yana dan dibawa keluar dari bilik tersebut. "Nak bawak saya ke mana ni abang malik?" Soal Yana takut. Bukan apa, jika dilihat dari jarak dekat, tubuhnya penuh dengan parut begitu juga dengan wajahnya. Berkulit hitam manis.

"Aku nak bawak pergi satu lagi bilik. Bilik tu tak sesuai dengan kau sebab bilik yang kau duduk tadi bilik tempat kitorang bunuh bunuh orang. Sebab tu kau nampak banyak senjata berselerak lagi satu bahaya untuk kau, kalau kau jadi gila.. macam macam kau boleh buat dalam bilik tu."

Yana terdiam seketika namun dalam hati dia berkata kata.

'Dia lelaki baik tapi mungkin ada benda yang buatkan dia jadi macam ni. Dia seorang abang yang baik.'

Pintu dibuka. Ada katil dan juga tingkap yang boleh nampak bahagian luar. Cukup selesa berbanding tadi.

"Ni bilik aku tapi aku jarang duduk sini, aku selalu tidur luar. Kau duduk sini. Apa apa kau panggil je aku." Diturunkan tubuh Yana lalu dia keluar dari bilik tersebut. Terlompat lompat Yana mahu kearah katil.

         Sementara Malik sekadar mendengar gadis itu terlompat lompat sebab kakinya diikat. Tersenyum malik dibuatnya.

"Malik. Asal kau pindahkan budak tu dalam bilik kau?" Soal Siew. "Biarkan dia dalam ni, dia tak kacau kau pun." Jawan Malik.

"Memanglah dia tak kacau kau tapi nyawa kita berdua malik. Fikir lah sikit, Stephan tu suruh letak budak tu dalam bilik bawah bukan situ!"

"Dia perempuan siew. Aku yang kena soal dengan boss bukan kau, dia nak bunuh..dia bunuh aku bukan kau." Jawab Malik tegas. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan siew. Malas mahu bertengkar.

Siew pula sekadar memandang pintu tersebut sebelum dia terdengar suara Malik. "Sieww..jangan buat benda mengarut dengan budak tu! Sini! Makan dengan aku."

Siew hanya akur memandangkan perutnya sudah berbunyi.

Guysss sorry kak ayinss lambat punblish guyss. Ini pun kak ayinss cuti sem jadi bolehlah kak ayinss buat sikit sikit kan untuk habiskan cerita ni walaupun dah ingat lupa AHAHAHAHAHA. Kalau ada typo tu tolong betulkan eh.

LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now