10

8.7K 422 31
                                    

There's beauty
Into darkness

             Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja semula semuanya baik baik sehinggalah dia diarah oleh Luke untuk memakai tali pinggang keselamatan. Yana pelik tapi dia akur juga memakainya.

Bila tali pinggang selamat dipasang.. tubuh yana sedikit kebelakang akibat dari Luke yang menekan habis pedal minyak. "Tuan Luke! Stop it!" Jerit yana takut. Tali pinggang dipegang erat malah matanya juga terpejam rapat. Tidak mahu tahu apa akan berlaku selepas ini.

Tolonglah, kalau nak bahayakan diri janganlah bahaya aku sekali. Banyak benda aku nak buat sebelum aku mati! Mamat ni dah kenapa bawa kereta macam nak berlumba ni!! Tak tau ke aku dah takut sampai rasa nak terkencing dah ni!

"Damm it! This is too much Stephan!"

Seperti orang tidak siuman, Luke tidak mempedulikan jeritan yana disebelah malah dia teruskan pemanduannya. Segala jalan yang terasa kosong dia ambil, kereta dipotong laju malah lampu isyarat juga dilanggar. Nasib baik polis trafik tak ada.

Yana membuka sikit sebelah mata. Berani memandang cermin sisi luar dan ternyata ada dua buah kereta berwarna hitam sedang memandu laju seakan akan mereka sedang mengejar kami. Luke pula seperti melarikan diri dari mereka tapi kenapa? Ditoleh kepala memandang Luke. Wajahnya tegang. Tiada senyuman.

"Closed your eyes Maisarah. Don't look back." Arah Luke dingin tanpa memandang wajah yana. Matanya memandang kearah cermin sisi belakang dan ternyata mereka masih lagi mengejar.

What do you want! Bullshit!

Cermin sisi belakang dipandang kali kedua. Salah satu daripada dua buah kereta tersebut sudah mula merapati keretanya. Dia tiada pilihan lain..

Laci keretanya dibuka lantas diambil satu pistol yang sudah memang tersedia ada didalam. Yana yang kebetulan sedang membuka sedikit matanya terbuntang melihat pistol betul yang berada di genggaman lelaki itu. Laju saja air liur ditelan.

Aku dengan siapa sekarang ni??

BAMM!! BAMM!!

Bahu Yana sedikit terangkat akibat terdengar bunyi lepasan peluru dari pistol tersebut. Dia tak nak pandang apa yang berlaku! Apa yang dia fikir sekarang. Mati! First, tuannya bawa kereta seperti mahu berlumba.. pegang stereng dengan sebelah tangan pulak tu! Second..dia kini berada dalam kes tembak menembak!!! Boleh jadi kes polis?!

Luke mencebik seketika. Pelurunya tersasar dari target! Shit! Stereng dipusing dan kereta mula memasuki lorong kiri dengan pantas namun tidak berjaya bila mereka dapat mengekori dari belakang.

Sekali lagi bahu Yana terhinjut akibat dari lepasan peluru yang berdas das. Tapi lepasan peluru bukan dari Luke.

Luke memandang side mirror belakang. Senyuman sinis terukir di bibir lantas kepala ditoleh kekanan. Kereta Honda Civic silver mula berada disebelah kereta Luke. Kepala seorang lelaki terjulur keluar dari tingkap keretanya.

"Shit man! Kau tak mampu nak lawan empat orang dalam satu masa. Kalau tak mampu nak lawan, minta tolong oranglah sial! Jangan tunjuk terror dekat sini!?" Jerit alex. Rambut yang sudah menutupi separuh wajahnya dibiarkan. Barulah nampak hot and sexy!

"Thanks bro. I'm apperiacate that so much." Tanpa senyuman Luke menekan lagi pedal minyak dan mula meninggalkan si kembar di belakang.

Sementara alex sekadar memerhati dari jauh. Namun fokusnya bukan pada mamat poyo tu tapi lebih kepada gadis disebelahnya. " Kenapa budak tu pula jadi taruhan Stephan? Aku tak fahamlah dengan masalah dia ni!" Alan sekadar mengangkat bahu tanda dia malas mengambil tahu walaupun dia sudah tahu.

"Apa yang kau kena tahu. She's luke's. Apa apa yang berkaitan dengan budak tu dia kena tau walaupun sebesar zarah." Jawabnya sambil meneruskan pemanduannya. Sesekali dia memandang kereta musuh yang kini sudah berlanggar dengan kereta yang lain. Senyuman sinis diberikan.

Alex diam malah dia banyak soalan ingin ditanyakan pada alan tapi satu pun tak terucap.

         
          Luke memberhentikan keretanya betul betul dihadapan sebuah rumah agam yang mewah. Beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam mula menapak kearah kami sebelum pintu kereta bahagian pemandu dibuka dari luar. Mereka menunduk hormat.

"Where James?" Soal Luke dingin tanpa memandang wajah anak buahnya itu. "In his room sir."

Luke dengan wajah bengisnya muka turun dari perut kereta dan diikuti oleh yana. Matanya kusyuk memandang kawasan perumahan mewah ini. Dua tingkat semuanya tapi besarnya ya ampun! Macam istana.

"Julien!"

Terkejut yana dibuatnya bila jeritan tuannya mula memecahkan kesunyian di sini lalu matanya terpandang akan seorang gadis yang dirasakan seusia dengannya berlari menuju kearah Luke kemudian dia menunduk hormat...lagi?

"Yes Sir?"

"Bring her to the white room. Now!" Julien angguk kepala lantas tangan gadis itu ditarik lembut agar mengikuti langkahnya namun Yana sengaja mengeras tubuhnya lalu matanya dialihkan pada wajah tuannya.

"Why Maisarah?" Sebelah keningnya diangkat. "Bila kita nak masuk office balik? Kerja saya banyak tertangguh lagi pun rehat kita kan dah habis." Soal yana menyempat. Luke tersenyum sinis memandang wajah polos gadis hadapannya ini.

"Don't worry tesoro(darling). Awak dengan saya, kalau kita tak balik office pun tak ada masalah." Jawab Luke bersahaja lantas kepala yang dibaluti tudung itu diusap lembut sebelum mata memberi isyarat pada Julien agar membawa Yana masuk kedalam bilik. Julien sekadar mematuhi arahan kemudian mula meninggalkan mereka.

"Why you call me! You disturb my sleep?!" Jerkah james. Berang bila tidurnya diganggu namun tak lama selepas itu james terdiam apabila matanya memandang pada susuk tubuh yang tidak jauh darinya lantas dia mula tersenyum lebar.

"Hey buddy! I miss you damn much bitch." Ujar james lalu dia mula meluru kearah Luke. Mahu memeluk sahabatnya itu tapi tidak kesampaian bila luke menapak kedepan meninggalkan james yang ingin memeluknya. "Berkumpul dekat ruang tamu. Sekarang."

James mencebik seketika sebelum dia juga berjalan menuju ke ruang tamu. Dia tahu mengapa Luke datang kesini.

Kalau bukan pasal Stephan.

        "Erm Julien? Am i right?"  Tegur yana perlahan. Kakinya melangkah kearah lif lantas butang lif ditekan oleh Julien kemudian barulah wajah Julien berpaling ke arah gadis bertudung ini. "Yes mrs luke?"

Mrs Luke?

"Erk no! no! I'm not his special person. S_saya cuma pekerja dia saja! Saya nak tanya." Kedua tangannya dihayun kan kekiri dan kekanan lantas matanya memandang sekeliling. Takut takut ada yang terdengar soalan yang dia cuba nak soal dekat Julien lalu wajah didekatkan sedikit dengan wajah julien.

"I just want to ask .. why all bow down to Luke? Who is Luke actually? And why they wearing the black suit?"

"Simple mrs Luke. Because mr Luke is the leaders in this group. That's all that i can tell you." Jawab Julien lembut sebelum kaki mereka mula melangkah masuk kedalam lif.

Rumah dua tingkat tapi nak juga ada lif! Omel yana dalam hati. Pemalas sangat ke nak jalan?

"And why you call me mrs Luke? I'm not mrs Luke. I'm yana." Soal Yana lagi.
            
Ting!

Pintu lif terbuka. Kaki melangkah keluar dari lif dan yana terpana seketika. Nyaris saja mulutnya ternganga sebab terpaku melihat ruang ditingkat dia ini.

Ruang dia luas. Bilik pun banyak..warna pun nampak garang dan cantik. Allahu pandai orang ni deko rumah dia.   

"Because you will be mrs Luke."

P/s: tolong betulkan grammar kak ayinss kalau salah..kak ayinss bukan pandai BI sangat macam korang HAHAHAHA.. sesekali ada juga guna Google translate kalau tak tau maksud AHAHAHAHAHAHAHAHA😂😂

LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now