3

9.9K 427 0
                                    

I can
And I will❤❤

Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Semua sudah pulang malah Sarah juga sudah pulang atas arahan yana sendiri.. siapa nak jaga rumah? Alang alang tu suruh dia masak sikit.

Hanya tinggal dirinya seorang saja yang belum. Tapi aras lain tidak tahulah ada yang dah pulang atau belum pulang lagi sebab waktu habis berkerja pukul empat petang.

Jarinya ligat menekan keyboard dan tiba tiba telinganya terdengar seperti ada yang menutup suis aircond, suis lampu dan segala bagailah. Yana sekadar membuat bodoh saja malah dia meneruskan membuat kerjanya yang sikit lagi nak siap.

"Maisarah?"

Yana meninggikan sedikit lehernya. Terlihat tuan Luke sedang memandangnya dari jauh. Ingat dia dah balik tadi.

"Kenapa awak tak balik lagi? Kan waktu kerja dah habis?" Soal luke. Fikir dia seorang saja yang belum pulang.

Rupanya ada makhluk lain juga yang belum pulang.

"Saya siapkan kerja sekejap tuan Luke. Almost done..tuan kalau nak balik tuan baliklah" kata yana. Lantas matanya memandang kearah komputer dan fail bersilih ganti. Jarinya lincah menekan setiap huruf pada keyboard tersebut. Sesekali dia menguap kecil.

"Dahlah tu Maisarah. Tinggalkan kerja tu, esok awak sambung lagi."

Yana memandang Luke kemudian dia memberikan satu senyuman. "Tak pe tuan Luke. Kerja saya nak siap dah.. nanti saya balik" ujarnya.

"Nur Aryana Maisarah binti Ahmad Samad.i said go home! Awak tu perempuan, apa apa jadi susah kalau awak sorang sorang dalam ni. Pergi balik, tutup komputer tu" arah luke tegas sambil dia bercekak pinggang.

Keras kepala!

Yana akur. Dia menyimpan kerjayanya didalam draft lalu komputer ditutup. Yana bangun dan terus keluar dari situ dan diikuti oleh Luke.

Butang lif ditekan banyak kali namun dia baru perasan yang lampu lif tidak menyala. Rosak ke??

"Lift untuk pekerja rosak. Awak naik saja lift ni" kata luke ringkas. Matanya memandang tepat kearah yana yang terlihat begitu teragak-agak mahu masuk bersama.

"Tak apalah tuan Luke. Saya boleh guna tangga je." Kata yana sebelum tangan Yana ditarik oleh Luke.

"Bahaya ada dekat mana mana je Maisarah. Awak turun guna tangga dibuatnya ada pencuri ke perogol ke datang serang awak macam mana? Sebab tu kena sediakan payung sebelum hujan" pesan Luke. Butang lif ditekan.

Yana akur lalu dilepaskan tangannya dari pegangan Luke. Dia menghela nafas dan matanya memandang kearah lif yang menunjukkan simbol anak panah keatas sebelum ia terbuka. Mereka berdua masuk dengan senyap.

Bila lif mula tertutup. Yana rasa tak tentu arah, berderau darahnya! Ditambah lagi dengan bau perfume tuannya itu fuhh! Malu dibuatnya.

"Awak kenapa diam je ni Maisarah? Just say something." Soal luke sambil kepalanya menoleh kearah yana yang diam sambil kepala ditundukkan.

"Saya tak..ada benda nak cakap." Jawab Yana perlahan. Lidah terasa kelu nak menjawab!

"Awak balik dengan siapa ni Maisarah? Kawan awak si Sarah tu dah balik kan?" Soal luke. Yana angguk kepala.

"Saya boleh panggil teksi je tuan. Lagipun bus stop dekat sana je..teksi pun banyak berhenti nak ambil penumpang"

Luke angguk kepala tanda faham sebelum pintu lif terbuka. Yana dan Luke mengambil jalan bertentangan..Yana hanya terus kerana ingin ke perhentian bas manakala Luke menuju kearah keretanya.

LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now