12

8.9K 430 33
                                    

I LOVE YOU💕

Julien menutup pagar halaman rumah tersebut. "Julien!" Pantas saja mata Julien memandang sekeliling mencari mana datangnya suara tersebut sebelum berhenti pada satu susuk tubuh yang kebetulan sedang menuju kearahnya.

"Ye tuan james. Kenapa panggil saya?" Soal Julien. "You balik naik apa? Teksi?" Julien angguk kepala menandakan tekaan james itu benar.

"You tunggu sini kejap. Tunggu tau!" Arah james kemudian james berlari pantas menuju kearah sesuatu tempat sementara Julien sekadar akur. Daun mati dipetik lalu dicampak kedalam longkang.

Tidak menyangka bahawa james menegurnya hari Ini. Sejak dia bekerja disini, jarang sekali dia dapat berbual dengan jejaka tersebut. Hari ini saja dia bagaikan bermimpi dapat berbual dengan lelaki idamannya itu. I'm happy!!

VROOMM!!

Superbike hitam putih milik james berhenti dihadapan julien. Hampir tercabut jantung Julien saat mendengar bunyi motor. "Jom i hantar you balik?" Pinta james lembut dan penuh sopan. Terkebil- kebil mata julien bila dipelawa sebegitu oleh james.

"You tak nak i hantar you balik ke? Ke you tak suka naik motor? Kalau tak i boleh hantar you guna kereta i, kejap i ambil kunci kereta." Saat motor mahu meluncur meninggalkan julien, pantas saja lengan lelaki itu dipegang sehingga menyebabkan pergerakan motor terhenti.

"Tak perlulah susahkan diri nak hantar saya balik. Saya boleh balik sendiri lagipun selama ni saya memang dah biasa balikis sendiri." Jawab julien lalu pegangan dilepaskan kemudian dihadiahkan satu senyuman yang menampakkan lesung pipitnya untuk james. "Tak susahkan i pun, lagipun i tak ada kawan pun dekat rumah ni. You nak jadi kawan I tak?" Kata james. "Tapi kenapa saya?"

"Entah. You nak jadi kawan i tak ni??" Perlahan lahan julien angguk kepala. " Good! Mulai sekarang kalau ada siapa siapa kacau you or ada niat nak buat benda tak elok dengan you, you bagitau i! I akan tolong you." Kata james lalu helmet disarungkan di kepala julien.

"Naiklah. Jangan risau, i ni pandai bawa motor." Kata james lagi lalu perlahan lahan julien naik walaupun ragu ragu. Setelah itu, kedua lengannya ditarik agar memeluk tubuh sasa jejeka itu. "You kena peluk i, i takut you jatuh. I memang pandai bawa superbike tapi i ni jenis tak suka bawa slow." Pesan james sebelum superbike miliknya dipandu laju meninggalkan rumah agam tersebut.

Saya suka awak james. I love you.

Ayat itu hanya mampu diucapkan didalam hati saja. Dagunya diletakkan diatas bahu james sementara pelukan terhadap tubuh james diperkemaskan.

Saya bahagia.

Satu cahaya menerjah ke mata yana sehingga membuatkan lenanya seperti diganggu. Bila mata dibuka, dia terasa pelik. Terasa ini bukan biliknya lalu dia bingkas bangun.

"You're awake maisarah."

Tubuh dipusing menghadap pintu bilik dan terlihat majikannya sedang bersandar ditepi dinding bilik sambil matanya merenung kearahku. Waduh! Pandangan tu yang lemah lutut ni!!

"S..saya minta maaf tuan. Saya tak sedar pun bila saya terlena..sedar sedar je dah terbaring." Jawab yana takut takut.

"Jom balik office." Kata luke kemudian dia mula meninggalkan bilik. Laju saja kepala mengangguk lantas dia membututi luke dari belakang. Satu per satu anak tangga dituruni dan sampai anak tangga terakhir luke sengaja memberhentikan pergerakannya secara tiba tiba sehingga yana terlanggar tubuh belakangnya.

"Auch!"

Yana menggosok hidungnya yang terasa pedih itu. Sambil itu matanya memandang sekeliling ruang tersebut. Cantiknya ruang tamu dia ya allah!

"Where's julien?"

"Balik."

"Ouhh." Kata yana pendek. "Pergi naik kereta dulu nanti saya datang. Saya nak ke dapur sekejap." Arah luke lalu kunci kereta diserahkan pada yana sebelum dia mula menuju kearah dapur.

Tanpa banyak kata yana terus bergerak menuju ke kereta. Pintu pemandu dibuka lalu punggung didaratkan diatas kerusi. Sterent kereta dibuka..dipusing pusing sterent tersebut dan sesekali bunyi seperti kereta mahu berlumba terluncur dari bibirnya. Break dan minyak dipijak seremban.

Jakun naik kereta mahallah katakan.

"Nur aryana maisarah kini sedang mendahului kereta bezza biru dan hampir ke garisan penamat dan ouhhh tidak! Sebuah kereta myvi mendahului dan kini mendapat tempat kedua dalam pertandingan. Nur aryana maisarah dapat membawa pulang sebuah trofi dan wang bernilai RM 50,000 serta tiket percutian ke itali!" Kata yana. Begitu seronok bermain sehingga tidak sedar yang majikannya sedang memerhati dari tepi kereta.

Geli hatinya melihat yana sedang berimaginasi sedang bermula dan pada masa yang sama menjadi pengacara. Tak nampak ke aku dekat sini? Sibuk berlumba ke?

"Bolehlah bawa saya pergi bercuti sekali pergi Itali dengan duit kemenangan tu. Saya pun dah lama tak balik kampung." Sampuk luke. Keras badan yana dibuatnya bila disapa begitu.

"Eheheheh." Tersengih sengih yana memandang tuannya itu. Luke sekadar mengangkat sebelah keningnya sambil kedua tangannya disilangkan. "Seronok? Berlumba dekat mana? Sepang circuit?" Sindir luke. Mahu saja dia mentertawakan gadis ini namun ditahan.

Gulp!

"Berapa lama awak nak duduk dekat tempat driver ni? Awak nak bawa kereta ke? Boleh je bawa, saya pun sakit bahu ni."

Laju saja yana keluar dari kereta dan bertukat tempat. Kini dia duduk dibahagian sebelah pemandu.

"Nur aryana maisarah kini sedang mendahului kereta bezza biru dan hampir ke garisan penamat dan ouhhh tidak! Sebuah kereta myvi mendahului dan kini dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan. Nur aryana maisarah dapat membawa pulang sebuah trofi dan wang bernilai RM 50,000 serta tiket percutian ke itali HAH!"

Serta merta wajah bertukar tona. Merah habis! Malu!

Luke geleng kepala lantas dia tergelak kecil. "Kelakar lah awak ni. Hilang stress saya." Ujar luke kemudian kereta mula keluar dari perkarangan rumahnya.

"Pakai seatbealt. Nanti takut jadi aksi macam tadi pula." Arah luke.

"Ouh sebelum saya hampir terlupa. Awak jangan tentang meeting kita dengan orang besar dekat langkawi tu." Pesan luke namun yana hanya buat tak entah saja. Entah kenapa dia terasa malas nak ikut serta sekali mamat ni pergi sana.

Pergi sendiri tak boleh ke! Hidup memang nak kena berteman je ke?

"Dengar tak?" Soal luke. Yana angguk malas. Luke senyum senget lantas tudung yana ditarik sedikit.

"Iye tuan luke. Saya dengar." Jawab yana sedikit geram. Ingin saja dipukul lengan nakal tuannya itu.

"Saya boleh je pergi sendiri tanpa ada orang teman."

"Lepas tu? Kenapa paksa saya suruh ikut kalau tuan luke boleh pergi sendiri?"

"Saya saja nak spendtime dengan awak dekat sana. I want to know everything about you." Luah luke. Dicuba untuk memegang tangan gadis itu tapi pantas yana menarik.
Satu jelingan diberikan untuk luke.

"Saya nak makan. Kita singgah mana mana kedai makan yang berdekatan." 

"Okay."

LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now