11

8.1K 386 27
                                    

Just be yourself.
You know who you

          Tubuh seorang lelaki menggigil ketakutan. Saat mata mula memandang tepat kearah 'dia', lelaki itu dapat mengagak bahawa riwayatnya akan tamat tidak lama lagi.

"Kau tau apa salah kau?" Soal dia dengan tenang malah siap diteguk lagi secawan arak. "Kau tau kawasan yang kau bagi aku beberapa hari lepas adalah kawasan terbiar? Kau dah mensia siakan tiga jam dalam hidup aku semata mata nak tunggu anjing kurap tu? Last last apa yang dapat? Nothing! Zero!"

Dalam keadaan tubuhnya diikat disebatang pokok besar, dia cuba untuk menundukkan tubuhnya sekali gus cuba untuk melepaskan diri "Ampunkan saya boss!! Saya janji saya tak akan buat lagi..tolonglah bagi saya satu lagi peluang!" Rayu lelaki itu namun dia tahu rayuannya tidak akan didengar sama sekali oleh tuannya. Wajahnya tuannya yang tenang seakan akan setenang air namun dibalik wajahnya itu tersimpan seribu satu api dendam. Hatinya lagi busuk dari sampah malah lebih lagi.

Ini baru dipanggil men are trash.

"Berapa banyak peluang yang aku dah bagi kau tapi satu pun kau tak pernah nak guna dengan baik jadi kenapa kau nak aku bagi lagi peluang? Pity of you men because this time I'll never give you peluang."

Perlahan lahan si dia menuju kearah kereta lantas pistol dicapai kemudian dia mula acukan pistol tersebut kearah lelaki tersebut. "Ada ucapan terakhir sebelum roh kau terpisah dari jasad?" Kata dia dengan sengihan melebar. Lelaki tersebut diam kemudian matanya melilau memandang sekeliling hutan.

Inilah pandangan terakhirnya sebelum..

BANG!!

"No? Okay..selamat maju jaya dialam sana." Jawabnya selamba lalu diarah beberapa orang untuk buang mayatnya. Darah yang terkena sedikit baju putihnya itu dibiarkan.

"I'll find you". Pintu kereta ditutup kasar kemudian meluncur meninggalkan kawasan hutan tersebut.

    Luke mendongak memandang langit. Vape dihisap nikmat, pelbagai bentuk asap dicuba buat namun hanya bentuk 'O' saja yang menjadi. Sial.

"Tuan Luke. Saya minta diri dulu." Pinta  julien lembut. "Tadi saya sempat masuk bilik puan yana. Lena dia tidur tuan luke, tengok lena dia tu mungkin petang baru bangun." Kata julien. Luke memusingkan tubuhnya menghadap julien lantas kerusi dihadapannya ditarik.

"I need to talk with you. Have a seat and wait." Arah luke kemudian dia berlari anak menuju ke peti sejuk lantas sekotak air diambil dan tidak lupa juga dengan dua potong kek semalam lalu dia mula menapak kearah beranda semula. "Aku ada benda nak cakap dengan memandangkan kau perempuan. Aku perlukan nasihat dari kau." Jawab luke. Piring kecil yang sudah diletakkan sepotong kek dihulurkan kearah julien malah air kotak dituang oleh luke untuk julien.

"Pasal apa tuan?" Soal julien pelik. Tak pernah dia dapat layanan yang agak baik dari majikan yang sorang ni.

"Kau pernah suka seseorang?"

Julien perlahan lahan angguk kepala. "Itu lumrah manusia ada perasaan suka dengan orang yang berlainan jantina dengan kita. Kenapa tuan tanya?"

"Tuan suka pada puan yana ke?" Pantas anak mata terarah kearah julien. "Puan yana baik orangnya. Pada pandangan saya, dia seorang yang penyayang dah tak sukakan keganasan. Perempuan macam puan yana tu kita kena jaga dia baik baik, jangan pernah kita mengasari dia tuan." Jelas julien namun pantas saja luke mencebik lalu kepala digelengkan perlahan. Tangan mula disilangkan.

"Ada ke perempuan nak suka orang macam aku julien? Look at me? Layak ke orang macam aku dicintai seorang gadis? I'm a killer not a lover." Jawab luke pantas. "Tuan, manusia perlukan cinta untuk berubah. Bagi saya itu amatlah penting. Tuan juga berhak dapatkan kebahagiaan macam yang tuan nak. Dan bagi saya, jika seorang perempuan tu sukakan pada lelaki tu maksudnya dia betul betul maksudkan..dia akan terima baik buruk lelaki tu."

Lalu julien mula merapatkan kerusinya dengan kerusi milik luke lalu tangan majikannya dipegang.For the first time!

"Macam tuan juga, kalau tuan ada sukakan seseorang...usaha dapatkan dia. Perempuan tak nak apa apa pun sebenarnya dari lelaki..dia cuma nak tengok sejauh mana usaha lelaki tu nak kan dia."

"Yang penting. Bila tuan dah dapatkan dia, kepercayaan dan kesetiaan tu kena letak paling atas sebab tanpa dua benda tu..maka goyahlah sesuatu hubungan tu."

Luke mendengar sambil memerhati raut wajah manis julien. Lama sehingga terdengar bunyi berdehem dari julien. Dengan gerak reflek, jari memegang garfu lalu dipotong sedikit kek tersebut disuapkan kedalam mulut.

"Makanlah kek tu." julien angguk saja kepala lalu kek tersebut disuapkan kedalam mulut. Kek larva, bila masuk je dalam mulut terasa cecair coklat mula mencair.

"Kau dah kawin?"

Julien menggeleng kepala. "Saya ni seorang maid saja tuan."

"Undang undang mana yang mengharamkan orang kawin dengan maid? Kau tu lawa, badan pun cantik. Pergilah cari. Kau pun muda lagi kan? 23."

Julien mampu tersenyum saja. Dalam hatinya sudah ada seseorang namun sukar diluahkan.

Dan orang tu adalah kawan majikan sendiri. James. Selama dia bekerja disini, James banyak ambil berat tentang dirinya dan itu membuatkan dirinya terpaut pada jejaka tersebut, nampak saja dia begitu tapi bagi orang yang sudah mengenali James..dia seorang yang baik dan paling mengambil berat tentang semua orang.

"Hye." Sapa james tiba tiba lalu kerusi disebelah julien ditarik. "You ada sebut nama I ke julien?" Soal james. "Tak ada tuan james."

Panjang umur.

"Julien. You may go now and thanks for your motivation." Ujar luke dingin lalu tanpa berlengah lagi julien akur kemudian mula menunduk hormat sebelum kaki melangkah keluar dari kawasan tersebut.

Sementara james hanya menemani julien keluar dengan pandangan mata saja sebelum matanya teralih pada luke. Kek milik julien yang masih bersisa itu dipotong menggunakan garfu lalu disuapkan kedalam mulut.

"Kau borak apa dengan julien? Kemain lama kau tenung dia macam nak baham."

"Nothing important to know. Borak benda bodoh je dengan dia." Jawab luke selamba. "Aku tengok julien tu lawa jugakkan?" Bual james.

"Pergilah try."

"Dia mana nak pandang orang macam aku ni. Lain lah kau, cukup pakej. Spender pun pakai nak yang brand mahal mahal."

Luke geleng kepala. Busybody sampai spender pun nak dibawa berbual!

"Eh tapi kan! Julien tu muka lawa tapi kenapa maid yang menjadi pilihan kerjaya dia?" Soal james ingin tahu.

"Ask her dad first and after that you ask her." Selamba saja jawapan yang keluar dari bibir luke. Terkejut james dibuatnya dengan jawapan luke.

"Bapak dia dah mati lah kau ni. Agak agaklah nak bergurau pun." Marah james." Dah kau tanya aku macam aku ni tau latar belakang kehidupan dia pula. Kau nak tau pergilah tanya dia sendiri!" Bidas luke pula.

"Tak membantu langsung! Bodoh!" Kata james lalu dia mula meninggalkan luke seorang diri. Tak guna punya apek! Siap kau!

Hye guys. Bab 11 ni kak ayins delete and kak ayins ada buat perubahan jalan cerita sikit..so pada sesiapa yang dah baca yang before punya tu rajin rajinlah baca balik and bab 12 pun sis delete and nak ubah jalan cerita 🤣🤣🤣 hehehehe tu je and btw sorry sebab tak dapat nak update untuk bab sererusnya😭 busy sangat👉👈

LUKE ARYANAWhere stories live. Discover now