[ 7 ]

271 28 0
                                    

3 . January . 2001

6.50 a.m.

" Yoongi hyung! Ireona. Chim nak pergi tadika sama-sama dengan hyung. " ujar Jimin sambil menggoyang-goyangkan tubuh kecil Yoongi yang sedang lena tidur itu.

Yoongi perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Terbuntang anak matanya melihatkan Jimin yang berada betul-betul di hadapannya.

" Yah! Siapa suruh kau masuk bilik aku, ha?! " marah Yoongi. Jimin ditolaknya sehingga dia jatuh dari katil.

" Ah~ Appo. "

Jimin menggosok-gosok punggungnya yang agak sakit akibat jatuh ditolak oleh Yoongi sebentar tadi. Senyuman dihadiahkan kepada Yoongi yang bagaikan hendak bertukar menjadi hulk itu.

" Aku tanya siapa suruh kau masuk bilik aku?! " soal Yoongi dengan nada yang tinggi.

Akibat wajahnya yang serba putih, jelas kelihatan wajahnya berubah menjadi merah bak tomato bila dia mula naik angin.

" Omma. Omma suruh Chim kejutkan hyung sebab Chim nak jalan-jalan pergi tadika dengan hyung. " balas Jimin. Masih dengan senyuman bak bidadarinya.

Yoongi menggeleng laju. Kaki Jimin disepak-sepaknya. " Keluar! Sekarang! " arah Yoongi sambil menyepak-nyepak kaki Jimin sehinggalah mereka tiba di pintu.

Tubuh Jimin yang berusia 6 tahun itu terus ditolaknya keluar dari bilik. " Aku takkan pergi sekolah sama-sama dengan kau! Buat malu aje nanti. " jerit Yoongi sebaik sahaja dia mengunci pintu biliknya.

Jimin yang berada di luar bilik itu mengeluh kecil. Kepala ditundukkan ke bawah. Sudah macam-macam dia cuba buat untuk rapat dengan Yoongi tetapi Yoongi tetap sama. Tidak pernah langsung ambil berat tentang dirinya.

♡♡

10.30 p.m.

" Yoon! "

Yoongi yang sedang berjalan ke kantin itu menghentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang. Kelihatan jelas wajah Namjoon yang sedang berlari anak ke arahnya.

" Apa kau nak? " soal Yoongi dingin sambil mencekak pinggang.

Namjoon yang tercungap-cungap di hadapan Yoongi itu cuba menghadiahkan senyuman padanya.

" Kau ada dongsaeng eh? Asal aku tak pernah tau pun? " soal Namjoon.

Yoongi mendengus geram. Kedua-dua belah penumbuknya dikepal erat. Matanya dijulingkan ke atas. Menyampah!

" Kau tau kan aku anak tunggal. Aku mana ada dongsaeng lah! " balas Yoongi lalu terus berjalan menuju ke kantin meninggalkan Namjoon sendirian.

♡♡

2.00 p.m.

" Hyung! "

Yoongi mengeluh kecil tatkala ternampak Jimin yang sedang melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Shinah turut berada di sebelah Jimin.

" Ha Yoon, tu lah dongsaeng kau kan? " soal Namjoon yang entah dari mana muncul tiba-tiba berada di sebelah Yoongi.

Yoongi menjeling Namjoon tajam. " Aku kata aku anak tunggal kan! " balas Yoongi lalu terus berlari ke arah Shinah.

Tangan Shinah dipegangnya dan dia langsung tidak mengendahkan Jimin di sebelah Shinah itu.

" Hyung, Chim ada belikan mainan untuk hyung tadi. Nanti kita main sama-sama nak? " soal Jimin dengan wajah gembira.

#2 brother  [ C ]Where stories live. Discover now