[ 17 ]

554 30 1
                                    

13 . June . 2010

5.45 p.m.

" Jimin-ah, ireona. "

Jimin yang sedang lena tidur sebentar tadi, mengelip-ngelipkan matanya. Wajahnya diangkat perlahan.

" Hyu-hyung? "

Jimin menekup mulutnya. Air matanya kian jatuh membasahi pipi mulus itu tatkala melihat Yoongi sudah sedarkan diri itu.

Yoongi melihat baju yang dipakai oleh Jimin itu. Baju hospital, sama seperti yang dipakainya sekarang. Bermakna Jimin masih belum discharged keluar lagi.

" Chim sakit lagi ke? " soal Yoongi. Cuba dia mengubah posisinya dari baring ke duduk. Pantas saja Jimin bangun dan cuba membantu Yoongi duduk.

Jimin agak tergamam kerana Yoongi langsung tidak memarahi dirinya kerana ingin membantu. Yalah, biasanya dia marah kan.

" Chim kena buat check up kaki kiri ni ha kejap lagi. Tapi Chim dah sihat sepenuhnya dah. Bila dah siap check up nanti, bolehlah Chim keluar. " balas Jimin sambil mengangkat kaki kirinya.

Yoongi mengangguk tanda faham. Tapak tangannya yang masih terasa bisa itu dipandang sayu. Sakit. Tapi sakit lagi kalau tengok Jimin kena buli.

" Hyung, Chim nak tanya something ni.. Boleh? " soal Jimin gagap-gagap.

Yoongi mengalihkan pandangannya ke arah Jimin. " Tanya lah. "

Jimin menundukkan wajahnya. Hujung lengan bajunya digentel-gentel.

" Kenapa hyung pukul Jiwon sunbae? " soal Jimin perlahan kerana takut dimarahi Yoongi.

Yoongi mengeluh kecil. Wajah Jimin ditatap seketika.

" Sebab si tak guna tu lah yang buat Chim macam ni. Hyung tak nak tengok Chim sakit. " balas Yoongi.

Jimin mengangkat wajahnya memandang Yoongi. Selama ini Yoongi tidak pernah membasahakan dirinya sebagai ' hyung ' malah, dia sering gunakan aku-kau ketika berbual dengan Jimin.

" Gomawo hyung. " ucap Jimin dengan senyuman.

Yoongi tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tiada anggukkan mahupun gelengan.

" Hyung.. Cepatlah sihat.. Boleh lah hyung pukul Chim lagi nanti. " ujar Jimin sambil memicit-micit lengan Yoongi.

Yoongi tersentak mendengar kata-kata dari Jimin itu. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Ya, dia mengaku bahwa dia banyak pukul dan sakiti Jimin dulu. Itu semua kerana ego yang tinggi menggunung dan menguasai dirinya.

" Chim. "

Jimin mengangkat wajahnya memandang Yoongi. Kini, mereka saling bertukar pandangan.

" Hyung nak minta maaf. Sangat-sangat sebab hyung tak pernah terima Chim dulu. Hyung asyik pukul Chim. Cederakan Chim. Marah Chim tanpa sebab. Berdendam dengan Chim. Hyung salah sangat dekat Chim. Hyung minta maaf. "

Jimin mengukir sebaris senyuman pada Yoongi. Air matanya tidak dapat ditahan lagi dari jatuh membasahi pipi mulus itu.

Yoongi yang melihat Jimin menangis itu turut luluh sehinggakan dia turut mengeluarkan air mata.

Jelas kelihatan wajah Jimin yang dulunya menderita itu. Menderita untuk menagih kasih sayang seorang abang.

Mengemis untuk dapatkan perhatian seorang abang.

Sanggup dipukul agar abangnya berpuas hati.

Banyak yang sudah dia lalui untuk menagih kasih abangnya, Min Yoongi.

#2 brother  [ C ]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin